Kurang Kasih Sayang Ibubapa

Bestnya tengok life kawan kawan saya . semua update kat insta pasal family dia orang .. tapi saya .. tak pernah merasa semua kebahagiaan tu .

Parents saya setiap hari busy kerja . Pergi awal balik lambat .. bila balik je , terus main fon . Mensyuarat pibg sekolah tak pernah datang . Report card day pun pergi sekali je setahun . Tu pun datang masa nak last last . Saya tengok kawan kawan saya yang lain, mak bapak dia orang sanggup ambik cuti demi report card anak walau keputusan cuma biasa biasa. Tapi saya tak merasa sangat semua tu.

Bila saya buat homework , saya tunjuk la hasil kerja saya kat parents, tapi dia orang nak tak nak layan je . Dia orang tengok sekejap dan sambung main fon . Apa la yang best sangat main fon tu . Sebenarnya di rumah , saya bertambah stress . Parents saya tak solat . Mereka selalu bertengkar . Saya rasa macam saya dah tak ada siapa siapa . Teringin sangat nak pergi masjid malam malam macam kawan kawan yang lain . Bestnya kalau dapat macam tu . Tapi tu la .. macam l a dapat .

Saya rasa , sekarang ini life saya cuma ada kawan kawan sahaja di sisi . Setiap hari kat sekolah , bila bunyi je loceng balik , saya akan salam semua classmate perempuan saya dan saya akan peluk dia orang . Setiap hari saya request nak peluk kalau rajin haha . Tapi memang best sangat peluk kawan kawan memandangkan kat rumah tak merasa benda ni .. part paling best bila , kawan kita tu tak nak lepaskan peluk nya . Dia still peluk sampai 1 – 2 minit . Boleh bayangkan dak berapa lama ..

Cerita pasal peluk ni , saya nak cerita pasal seorang senior saya . Nama dia fatin . Kami kenal sejak dia form 4 . Sekarang dia dah 18 tahun . Haritu kak fatin ni ada datang sekolah sebab nak hantar surat something dekat pejabat . Masa tu waktu koko dan kelab saya dah habis awal berbanding kelab lain . Tiba tiba saya terserempak kak fatin kat sekolah . Saya ajak dia jalan jalan satu sekolah . Dia kata dia rindu sekolah hahahahah .

Tapi dia nak pergi surau dulu sebab dia belum solat zohor . So kami pun pergi surau . Saya tunggu dia habis solat apa semua . Lepastu kami duduk dalam surau rehat rehat memandangkan masing masing kepenatan . Kak fatin ni baru balik kerja part time masa tu dan terus pergi sekolah atas niat hantar surat ke pejabat . Lepas kami dah siap pakai stokin apa semua untuk kami nak pergi kantin membeli air , Selangkah je keluar dari surau , kami dengar seruan ilahi untuk menunaikan solat asar . Maka , kami pun masuk semula ke dalam surau . Selesai masing masing solat , saya pun mintak sesuatu kat kak fatin . Saya kata kat dia “boleh tak nak peluk akak ? Kat rumah saya tak dapat peluk sesiapa kak . Saya suka peluk kawan kawan alang alang jumpa depan mata ni “ .

Lalu , kak fatin pUN mengizinkan saya memeluknya . Semasa saya peluk dia , saya berbisik padanya “akak , saya tak tahu kenapa saya nak sangat peluk akak . Dah lama sangat teringin . Sebelum ni selalu doa kat allah supaya dapat jumpa akak . Nak peluk akak . Tak sangka kalini allah makbulkan kak . Terima kasih sudi peluk saya “ . Lalu , air mata saya menitik . Kak fatin perasan. Dia kata “jangan la menangis “ . Maka berlaku la drama yang tak dapat dilupakan itu di surau perempuan. Kalau kak fatin baca confession saya ni , saya nak minta maaf dekat akak sebab saya selalu minta nak jumpa akak .

Tujuannya saya nak peluk akak je . Saya kurang kasih sayang kak … saya nak kongsi kisah hidup saya dekat akak tapi saya malu kak . Akak tu senior . Saya junior je . Kak , sebelum akak sambung belajar di university yg jauh jauh , boleh tak saya nak jumpa akak kali terakhir ? Mungkin lepas ni kita tak jumpa dah kak . Masing masing dah busy . Saya nak peluk akak je . Kalau tak dapat , tak apa la . Saya selalu cakap kat allah , kalau tak dapat jumpa akak kat dunia , nak jumpa akak kat syurga firdaus .

Kak , bagi saya peluk peluk ni bukan benda yang boleh di buat main untuk orang yang kurang kasih sayang macam saya ni . Lepas saya peluk kawan kawan & akak , saya dapat rasa sedikit ketenangan kak . Nanti di rumah saya stress . Saya dapat rasakan sesuatu yang lain macam apabila bahu bertemu bahu dan tangan saling memegang erat tubuh yang sang cipta ketemukan untuk memberi hikmah kepada kita .

Wahai para ibu bapa sekalian yang sedang membaca luahan saya , peluklah anakmu . Kadang kita tak sedar yang kita kurang beri kasih sayang kepadanya . Mereka hanya pendam dalam diri . Mereka cemburu melihat kebahagiaan keluarga rakan rakannya yang lain . Anak ini anugerah tuhan . Jagalah mereka sebaik mungkin selagi mereka masih bernyawa :)

– Kito

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *