L Dah Kenapa?

Assalamualaikum and Hi semua.

Aku suka baca IIUM Confessions ni sebab kadang- kadang aku rasa bukan aku sorang je ada masalah and pelik. Meaning to say, bila baca kisah orang lain aku pun tahu setiap orang ada masalah, ujian and perangai pelik masing- masing. So bukan aku sorang je ada. Selepas aku baca Hidup Seorang D by D tu, aku pun nak share kot kot ada yang sama and faham aku. Aku tahu nanti mesti ada yang akan comment ada jugak orang yang macam ni. So sebab tu aku confess sini bahawasanya orang macam aku wujud dan mungkin ramai lagi ada masalah ni.

Aku umur 24, fresh graduate. Haritu ada kerja sekejap part time contract dan sekarang tengah menggangur sebulan dan masih apply kerja. Macam D aku jadi selesa duduk rumah. Stress mula- mula tapi lama- lama minat lain semua start hilang. Aku tidur bangun pukul 1 tengah hari sebab aku tahu aku tak ada apa- apa nak buat dan aku rasa diri tak guna sangat. Masalah utama aku dengan diri aku sendiri sampai aku rasa benci dengan personaliti aku sendiri which are introvert, low self esteem and high anxiety. Macam tah apa-apa kan? Jadi extravert kan senang. Semua orang suka extravert. Aku tak tahu apa yang aku anxious sangat padahal benda tu sebenarnya tak ada apa- apa pun or even sebenarnya baik baik bagi aku.

Masalahnya bila aku nak mintak kerja, aku jadi overthinking dan takut sampai aku nak send pun sepuluh kali lebih lah juga fikir. Ada yang sampai, aku tak hantar pun akhirnya. Padahal hantar tu pun belum tentu dapat. Lagi- lagi bila baca requirement dia, aku dah macam tak boleh ni, susah sangat or macam- macam alasan yang aku sendiri reka. Kadang- kadang aku just wish reject jela application aku dan aku akan salahkan takdir dan memang aku tak ada rezeki. Aku tahu salah tapi bila kau ada perasaan takut and anxious macam apa yang aku rasa ni, hati kau jadi takut and tak tenang walaupun diterima interview. * Masa edit part ni aku dapat ilham solutionya iaitu Tawakkal dan biar Allah uruskan hati supaya lebih tenang dan tak risau* Alhamdulillah.

Kau bayang tu baru mintak kerja tau. Nak tunggu reply pergi interview, tak kisah la by phone or email tapi yang parah memang by phone call la, aku boleh jadi takut and nervous sesangat. Aku memang phone tak pernah berbunyi orang call sebab aku tak ada kawan and family aku memang prefer message je daripada call. So, aku jadi takut bila nak call orang and jawab call. Kadang- kadang selepas apply kerja, aku silent phone or letak dalam bilik biar tak berapa dengar sangat kalau ada company call and paling teruk, aku pernah off terus. Padahal aku nak kerja tu tapi kalau jawab call tu pun aku takut. Kau rasa?

Worst part, is INTERVIEW. Aku tak tahu kenapa aku paling lah takut and benci bab interview ni. Aku tak pandai sangat communication skills ni and aku takut bila pergi tempat baru dan buat benda yang tak biasa aku buat. Haritu kerja part time pun sempat interview on the phone je. Itu pun aku rasa macam teruk betul aku jawab interview tu. Aku punya takut sampai aku buat research dari semua websites yang ada tips soalan- soalan interview, compile and hafal jawapan. Hebat tak? Jangan cakap aku tak usaha. Nak menghadapinya je masalah besar. Walaupun dah prepare camtu pun, nanti mesti ada je aku rasa anxiety tu datang.

Aku nak tanya ada ke nak cari kerja tak perlu interview? Kan senang kalau tak ada interview sebab bukan semua orang berani nak pergi interview macam aku, janji boleh buat kerja dan rajin sudah. Aku lebih suka dan rela soalan- soalan interview tu jawab atas kertas je. Lagi lancar dan sampai apa yang aku nak cakap. Macam interview ni orang yang pandai cakap je dapat kelebihan tapi aku tahu kelebihan ni memang sepatutnya ada pada setiap orang. Tapi bukan semua orang ada kelebihan itu sebab manusia ada kelebihan yang tersendiri. Cuba kalau aku tak rasa takut, pergilah minta mana mana jawatan kosong, aku bole pergi interview tu dengan rasa riang gembira dan membebel masa interview sebab bakal dapat kerja. Instead, aku jadi takut, takut, takut pastu stress dengan diri sendiri. Nak kerja pastu takut -takut pulak. Macam tak nak hidup je.

And yes, aku rasa life after graduate memang paling down dalam hidup in which kau dah tak ada kawan and kau baru nak kenal dunia lagi- lagi orang macam aku yang tak pandai independent. Aku baru tahu nak survive hidup ni susah and at some moment kau rasa hidup kau sorang-sorang. Dia macam, ‘hidup pun susah, mati pun susah.’ LIFELESS. Kadang- kadang losing hope tapi aku tahu Allah ada, cumanya aku takut benda ni jadi bukan sebab tak ada rezeki tapi tapi sebab aku tak usaha. Aku nak usaha tapi usaha tu perlu banyak keberanian dan aku hanya ada ketakutan. Aku jadi tak percaya dengan cita- cita especially bila kecik berangan jadi doctor lah, angkasawan lah, arkitek bagai dan akhirnya bila kau besar kau NOTHING and HELPLESS and USELESS macam apa yang aku kadang- kadang rasa ni.

Jangan marah dengan pendapat aku ni and semua benda yang aku cakap ni pun I am blaming myself. Tiada kaitan antara yang hidup dan yang mati. Aku tak salahkan sapa- sapa termasuk orang dewasa yang selalu suruh anak-anak kecil bercita tinggi melangit. Tapi bila jatuh dan tak ada jalan pun nak capai cita-cita tu, disalahkan dunia. Aku perlukan semangat dan advice yang rare untuk tolong aku survive hidup and live life to the fullest. Aku rasa dunia gelap dan tiada jalan untuk move on selepas graduate dengan kecelaruan yang aku hadapi ni. Atleast lancar la process pencarian kerja yang tenang dan bekerja dengan tenang sampai mati. Sekian.

– L

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit