Lagi Cerita ‘Surprise’

Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca. Terima kasih kepada admin jika confession ini disiarkan
Saya merujuk kepada luahan Puan Arizatul tentang kekecewaannya apabila suami beliau membelikan kereta yang bukan pilihan hatinya dan tanpa berbincang terlebih dahulu dengan beliau.

Ingin saya kongsikan sedikit cerita tentang ‘surprise’ yang saya peroleh daripada suami. Tapi bukan surprise madu yaa..hehe
Ini cerita masa Ramadhan lalu. Saya awal2 dah beritahu suami yang raya tahun ni saya nak pakai kebaya and dah already ada wishlist baju nak beli dari butik mana. Honestly saya berkenan dengan dua baju ni je..harga sepasang tak sampai rm200 pun. Suami kata okay, nanti dia bagi duit.
Seminggu sebelum raya, suami balik dari kerja terus berikan saya satu beg kertas dan suruh saya tengok apa di dalam. Surprise katanya.

Dan bila saya buka, ada baju dari butik berjenama. Buka sepasang, tapi 3 pasang terus dibelinya..saya pada waktu tu mcm agak kecewa juga sebab baju2 tu totally lain daripada apa yg saya idamkan..bukan tak cantik, memang cantik sangat2..Cuma saya kasihankan suami yang terpaksa keluarkan budget beribu untuk buat isterinya happy..bayangkan sepasang saja sudah mencecah rm500..

So kerana memikirkan pengorbanan yang suami dah buat, saya buang terus perasaan kecewa tu dan saya menjerit kesukaan..siap lompat2 lagi..hehe..then guess what? Saya tengok wajah suami saya berseri2 bercampur bangga sebab dah ‘berjaya’ buat saya gembira.
Bayangkanlah dia punya happy sampai dua tiga hari tak habis cerita tentang baju2 tersebut. Dia cerita macam mana dia habiskan berjam2 untuk pilih yang terbaik untuk saya..dari segi material, design dan lain2..suami cakap masa dia pilih baju2 tu, dia bayangkan saya sedang memakainya. Jadi, boleh tak anda bayangkan jika saya mengamuk atau merajuk apabila dia memberikan saya baju raya yang bukan pilihan hati saya? Pastinya suami akan kecewa dan secara automatic saya tidak akan dapat melihat kegembiraanya itu.

Beberapa hari selepas itu, suami belikan lagi sepasang baju raya untuk saya. At last, dia tak ada baju raya. Sebagai isteri, saya sedih melihat bagaimana suami mendahulukan kepentingan saya berbanding dirinya sedangkan suami bukanlah bergaji besar..tapi dia cakap pada saya “abang nak ayang nampak cantik raya nanti dan abg puas sebab ayang suka” Saya terharu walaupun sampai ke sudah saya tidak dapat beli pakaian yang dalam wishlist saya tu..hehe

So buat confessor, saya faham anda kecewa sebab anda merasakan seolah2 suami anda membelakangkan anda..tapi percayalah, di mata suami, mungkin kereta itulah yang paling sesuai untuk anda dan itu yang termampu dibelinya..anda juga ada mention yang ‘nak aje pakai kereta buruk suami tapi manual’..bermakna, suami anda sanggup mendahulukan anda berbanding keselesaan dirinya. Bukankah itu yang patut disyukuri?
Saya Cuma dapat baju, tapi anda dapat kereta tanpa perlu susah2 buat loan sana sini dan suamilah yang bayar bulanan. Bersyukurlah..dan kena ingat, kita berkahwin dengan makhluk yang bernama lelaki..jangan ingat lelaki akan sentiasa dapat membaca isi hati dan fikiran kita. Sebab itulah tolak ansur itu penting dalam hubungan.

Walaupun terpaksa berpura2 gembira, tapi itu amat berbaloi apabila melihat insan yang kita sayangi yakni syurga kita bahagia. In sha Allah, daripada berpura, lama2 kita akan redha..Jangan pentingkan diri sendiri..di luar sana mungkin ramai lagi yang masih sendiri dan suami puan mungkin akan jadi salah satu lelaki yang mereka impi.

Bila anda ungkapkan yang suami ego sebab tak minta maaf, anda silap. Sebenarnya anda yang ego..anda yang sepatutnya meminta maaf sebab terlalu ‘demand’ dan terlupa untuk ucap terima kasih. However, the damage is done. Masa tak boleh diundur, tapi kasih itu jangan dibiar luntur. Adakalanya lelaki lama2 akan bosan dengan wanita yang banyak ‘cekadak’ atau mengada2..lelaki juga sibuk mencari nafkah untuk keluarga, jarang ada masa untuk melayan karenah kita yang macam budak darjah tiga. Tapi ingat, budak darjah tiga kena hormat budak darjah lima! Haha..just kidding.

Sekian saja confession daripada saya.

– Isteri Redha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit