Lagi Testimoni Surah Dalam AlQuran

Salam 1-Malaysia, terima kasih admin sebab sudi published artikel aku.

Selepas aku baca artikel bertajuk “Testimoni Al-Mulk dan Al-Waqiah” (link artikel – https://www.facebook.com/iiumcbm/posts/1411681298914681), hari ini aku terpanggil utk berkongsi jugak serba sedikit kemanisan yg aku kecapi di sebalik amalan 2-surah di atas(Al-Waqiah dan Al-Mulk) beserta solat Dhuha yg aku buat setiap hari.

Tapi sebelum tu, terlebih dahulu aku mohon maaf pada semua reader jangan dikecam NIAT aku pada amalan surah Al-Waqiah dan Al-Mulk ni. Sesungguhnya hati kita Allah yg PEGANG, Dialah yg membolak-balikkan hati ini atas kehendakNya.

** Intro solat Dhuha (memula Allah bukakkan pintu hati)
Aku isteri kepada seorang jurutera. Selepas nikah, aku jadi surirumah sepenuh masa duduk rumah dan jaga anak. Tahun 2013, adalah tahun pertama kahwin, kalau cerita bab duit memang tak pernah cukup waima gaji suami 3k. Banyak komitmen yg suami nak kena bayar, termasuk kereta dan motor aku(aset masa zaman anak dara). Jadi bertimpa2 itu ini nak kena bayar. Sampai tahap aku kesian dgn suami sebab dia terpaksa catch-up OT hari2 utk tampung bayar segala bagai komitmen yg ada. Dia keluar gelap tanah lepas Subuh dan balik pun gelap tanah time Magrib. Bab diri sendiri masa tu jangan cakap la, semuanya tolak ketepi dan kami dahulukan mana yg penting. Pernah, time hujung2 bulan dekat nak gaji barang dapur dah berkurang. Beras tinggal ngam2. Peti ais memang KOSONG tak ada apa. 2-minggu tu menu kami NASI GORENG bogel hari2. Aku pulak time tu tengah menyusu badan anak sulong. Bila tak makan, susu tak produce. Masa ni la aku banyak minum air masak, kekonon nak produce-kan balik susu mentara nak tunggu gaji suami masuk dan boleh makan sedap2 utk cover balik susu badan. Bila aku mintak izin suami nak kerja, dia tak bagi. Dia kata dia mampu lagi. Jadi, aku diam malas nak bertekak soal duit.

Nak dijadikan cerita kenapa aku mula buat Dhuha?
Sebabnya, bila suami aku asyik OT hari2 maka jadilah aku stress mengurus anak sulong yg masih baby masa tu. Suami keluar kerja awal Subuh, masa tu anak kami bangun tidur pun belum. Kemudian balik kerja dah malam, anak pulak dah lena tidur masa tu. Memang tak sempat la diorg 2-beranak nak bonding ke apa sebab memasing tak sempat nak BERJUMPA, padahal duduk 1-bumbung. Apa yg aku perasan, anak aku macam MEMERAP meragam siang hari. Buat la apa pun ada je yg tak kena pada dia. Tapi, bila cuti weekend kalau Abahnya ada, elok je perangai dia. Tak paham betul aku. Ha, dari sinilah Allah mula gerakkan hati aku utk buat solat Dhuha. Bermula dgn “pertemuan” aku ada terbaca keratan pasal solat Dhuha yg berbunyi – “Wahai anak Adam! janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan Aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”

Keratan ayat tu je dah MEMBUKA hati aku utk start buat Dhuha, supaya Allah mudahkan urusan aku jaga anak dan supaya dia tak meragam. Itu saja yg aku pohon tersangat2 pada Allah. Yela, pengalaman pertama ada anak sulong, aku pun masih kekok lagi masa tu – zero parenthood. Kerja duduk psiko perangai anak sulong supaya dia tak meragam. Hah, baru la tahu bukan senang rupanya nak jaga anak. Besar kesabaran seorang Mak sebenarnya kan? Aku perlahan2 buat solat Dhuha setiap hari. Aku buat sorang2, dan suami tak pernah tahu pun semua ni. Aku tak nak kongsi dgn dia lagi selagi aku tak merasa NIKMATNYA Dhuha. Seingat aku, dalam masa 3-bulan aku buat Dhuha dan bermohon pada Allah senang dan permudahkanlah aku jaga anak. Sikit demi sedikit, aku perasan anak sulong aku dah mula SOFT perangai. Jarang dia nak tantrum teruk macam sebelum ni.

Bila aku dah betul2 rasa yg Dhuha tu HIDUP dan memang betul keratan ayat yg aku terbaca tu – “maka akan Aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang” , maka aku pun share dgn suami. Aku cerita dgn dia dari A-Z sebab musabab aku buat Dhuha. Dia mintak maaf sebab biarkan aku sorang2 struggle jaga anak meragam. Sebab memulun duduk cari duit gara2 nak settle bayar koitmen bulan2, hal family terabai. Aku kata, aku ok je mungkin semua ni kifarah dosa kita mana nak tahu kan? Kadang Allah datangkan anak tantrum mungkin dia nak uji sejauh mana kita sabar dan amanah dalam menjaga dan didik anak.

Masa deeper conversation ni la aku guna peluang utk TARIK suami dekatkan diri dgn Dhuha. Bila dah jadi suami isteri, semua benda kita nak share sama2 kan? Walaupun benda tu kadang2 payah nak kita huraikan dgn kata2, jadi kita cuba suruh suami try buat. Aku ajar dia niat dan cara solat Dhuha tu macam mana. Masa ni, boleh nampak suami macam dalam keadaan terpaksa. Dia buat hanya sekadar isteri suruh. Sebelum tu, kat sini aku nak selit sedikit TWIST rumahtangga. Kita suami isteri serumpun jiwa dan raga. Kalau korang perasan, kita dgn pasangan mesti ada pro and kontra kan? Bab nak MENYATU jiwa raga tu macam payah. Tapi percayalah, Allah ciptakan pasangan kita saling melengkapi. Yg mana kurang, yg sorang lagi tu mesti akan TOPUP bagi complete. Sentiasa la brainwash pasangan memasing, sebab rumahtangga kita hanya kita berdua. Allah pun tak pandang isteri je tapi Allah pandang 2-2. Allah nak tengok sejauh mana kita dan pasangan MERANGKAK cari Dia utk mendapatkan keredhaan dan keberkatan rumahtangga. Di atas, nampak macam aku paksa suami utk buat Dhuha. TAK, tak sebenarnya. Aku nak kami sama2 DIPANDANG Allah. Biarlah kita mula dgn paksaan, tapi lama kelamaan ianya akan jadi sesuatu kesukaan dan kebiasaan.

Sampailah 1-masa, Allah perlahan2 PERKALIH mendung gelap dalam hidup kami. Dia datangkan bapak mertua utk SETTLE bayar kereta dan motor aku. Terduduk aku masa tu, bila tetiba bapak mertua kata dia nak settle bayar semua tu. Besar hati aku dan bersyukur sangat, masa tu rasa macam 1-beban dah diangkat dari bahu kami suami isteri. So komitmen kami bulan2 dah saving sedikit sebab motor kereta dah tak payah bayar. Kemudian, suami pulak dapat naik pangkat jadi Senior engineer. Naik la gaji sedikit. Plus, dia lulus kelas bahasa Jepun so dapat lagi elaun bahasa setiap bulan(company bagi). Bila sedikit demi sedikit Allah bukak hijab rezeki kami, yg paling best bila suami dapat intransfer-company di Jepun selama 3-tahun di sana. Boleh bawak anak bini semua menetap duduk di Jepun selama 3-tahun tu. Bestkan? Bagi aku inilah kemanisan Dhuha yg TERBESAR aku rasai. Aku tanya suami (hanya sekadar nak mengingati kembali siapa dia masa memula start buat Dhuha) ; berbaloi tak Dhuha yg kita mula amalkan ni? Abang nampak tak Dhuha tu hidup? Dia diam tak cakap apa, aku paham lelaki payah sikit nak exposed emosi tapi dari raut wajah dia aku nampak sesuatu KELEGAAN bila mana kami tak macam dulu awal2 perkahwinan. Nasi goreng bogel dalam memori………………….

Dhuha, jangan pernah jadi manusia yg alpa. Bila Allah dah bagi nikmat jangan pernah kufur. Dhuha kami tetap amal buat sampai ke hari ni(2017). Kadang tu ada jugak tak sempat nak buat, tapi diri sendiri akan rasa bersalah gila. Terbit perasaan dah TEWAS dgn hasutan setan. Tapi esoknya dan seterusnya MAKE SURE lawan setan sampai kita menang buat Dhuha utk hari tu(kuatkan diri). Dhuha sekarang bagi aku dah macam sesuatu SEDEKAH tulang belulang pada penciptaan Allah. Berharap aku dan suami akan terus istiqamah sampai bila2 dan semoga Allah memberikan aku suatu RUMAH di taman syurga. – SYURGA ALLAH MAHAL –

**Intro Al-Waqiah
Selepas aku amal buat Dhuha, terbukak pulak hati aku utk baca Al-Waqiah. Tahun 2015, suami aku dah ke Jepun(intransfer company). Syarat pergi Jepun, awal 6-bulan ni TAK BOLEH BAWAK ANAK ISTERI. Jadi bila dia dah ke Jepun, dalam tempoh 6-bulan dia tak ada ni aku pun balik kampung duduk dgn Mak Ayah. Suami tak bagi aku duduk sorg diri dgn anak2 di rumah. Bahaya… Masa di kampung, Dhuha aku lagi jadi best sebab Mak selalu buat Dhuha jugak. Seronok buat Dhuha ni tau kalau ada geng! Kadang dia peringatkan aku dah buat Dhuha ke belum? Kadang aku remind dia balik. Bila aku Dhuha, Mak tolong jagakan anak2 aku sebab diorg suka kacau. Normallah kan? Tapi aku dah biasa kalau anak2 kacau time solat. Surah Al-Waqiah ni aku baca dia melalui 1-buku yg bertajuk 7-SURAH PILIHAN SEBAGAI AMALAN HARIAN. Allah boleh lorongkan hati aku utk capai ambik buku ni dan baca Al-Waqiah. Ala buku ni kalau org kenduri kahwin/tahlil diorg akan bagi sebagai DOOR-GIFT. Ayah aku dapat dekat kenduri mana entah then dia simpan molek dekat rak almari dalam rumah tu. Dalam buku ni, dia tak ada tulis pun fadhilat ke semua 7-surah pilihan tu. Aku pun ambik la baca sebab cover depan dia lawa sangat, terus aku jatuh cinta dan aku tak tahu menahu langsung kelebihan kalau selalu baca Al-Waqiah. Aku start baca lepas Magrib, kebiasaannya time buaikan anak bongsu aku. Sambil buai anak, aku pun baca. Ngam2 sudah habis Al-Waqiah, anak bongsu aku dah lena pun tidur. . Hampir 3-bulan aku amal baca Al-Waqiah selepas Magrib sampailah 1-kejadian tu berlaku malam tu.

Rumah Mak kena pecah masuk pukul 4-pagi. Masa tu aku dgn anak2 tidur dalam bilik. Mak dgn Tok tidur depan tv dekat ruang tamu. Org jahat tu dia padamkan lampu depan hall, sebab nak bagi gelap 1-rumah so dia boleh la buat kerja jahat dia(lampu hall memang kami bukak tiap2 malam). Kebetulan masa tu, Ayah aku pulang lewat. Jadi, kami syak org jahat ni memang dah aim rumah kami ni bila lewat malam tinggal kekami je org perempuan. Org jahat ni dia boleh pergi kopek bukak tingkap tepi tv. Betul2 atas kepala Mak, tapi Mak tak sedar langsung masa tingkap tu dikopek dituil. Mak kata dia macam TAK SEDAR DIRI pun ada sebab malam kejadian tu je Mak tak berapa nak lelap mata sangat. Dekat pukul 3:30pagi baru mata rasa mengantuk. Kiranya, macam BARU lagi la org jahat tu buat kerja. Dia tuil tingkap dekat tv tu sebab nak ngendap tengok sama ada Mak dah betul2 tidur lena ke tak. Bila dia rasa semua dah lena, dia kopek tombol pintu belakang rumah. Dia masuk melalui pintu belakang(pintu dapur). Yg ini pun Mak tak sedar jugak kot bunyi apa2 di dapur. Tahu2 je aku dengar suara Mak dah menjerit melolong mintak tolong. Dengar macam Mak bergelut diluar. Tok pulak dia kurang pendengaran dan dah uzur. Aku entah dari mana datang tenaga kekonon bertenaga gila, bingkas bangun bukak pintu bilik. Bila bukak pintu, gelap tak nampak apa sebab org jahat tu dia dah tutup lampu. Kemudian terasa macam ada bayang2 lintas depan aku. Aku syak org jahat tu lalu depan bilik aku nak menuju lari ikut pintu dapur tadi tu. Ish, sebab tak nampak je kalau tak aku dah tahan kaki masa dia lari tu. Biar tersungkur jatuh baru aku pikir nak ketuk dgn apa utk protect diri sendiri dan keluarga masa tu. Tangan ni dah menggeletar memikirkan ajal maut semuanya aku ready bagai dah. End up org jahat tu tak dapat kami nak cam/tak ada langsung barang bukti yg tercicir. Mak aku dah la ada asma, semput sekejap dia masa tu. Tok aku pulak masih lagi lena tidur. Bila bukak lampu baru Tok terjaga. Dia tanya kenapa? Sebab dia tengok Mak aku dah terduduk tercungap2 asma,aku pulak kelam-kelibut pergi dapur tutup balik pintu dapur tu. Bimbang kejap lagi kot dia datang balik ke apa sebab tak puas hati KERJA JAHAT dia tergendala. Aku terus check duit dalam wallet, check barang kemas. Semuanya ada. Mak pun sama, duit dia semua ada. Gelang emas dekat tangan pun masih ada lagi. Tok pulak lagi penuh barang kemas dekat badan, pun masih duduk elok lagi.

Bila aku tanya Mak ok ke? Dia kata org jahat tu cuba nak cabul Mak. Dia cuba nak sentuh kemaluan Mak, dan masa tu la Mak terjaga dari tidur. Bila celik mata, dia nampak bayang2 hitam cuba nak tindih Mak. Terus Mak jerit mintak tolong. Tok menyelit cakap, dia kata masa dia tidur buah dada macam disentuh2. Tapi Tok still pejam mata lagi sebab dia ingatkan anak2 aku bangun kacau dia tidur. Anak2 aku nun di bilik masih lena tidur masa tu, tapi bila dengar suara kami duduk gegar di luar diorg pun bangun. Jiran? Rumah Mak rumah kampung. Jiran selang jauh nun belah sana. Rumah jauh-jauh. Memang tak dengar la kalau kami terjerit ke apa. Esoknya tu kami buat polis report. Aku inform suami apa yg jadi pagi nak dekat subuh tu. Dia duduk jauh, bertambah risau akan kami anak-beranak di kampung. Bila polis datang siasat, cap jari pun tak jumpa. Polis tanya dekat kawasan kampung ada ke kes cabul2 org ni? Memang tak ada, dan tak pernah lagi la dengar. Ini baru pertama kali terjadi. Ada sorg pakcik tu bagitahu instinct dia kuat kata kejadian malam tu seolah2 macam NAK TRY ILMU HITAM – org minyak. Aku tanya Mak, masa Mak bergelut terajang org jahat tu kaki tanya rasa minyak tak? Mak kata tak ada, susuk badan penjahat tu pendek dan pendek lagi dari Mak. Sampailah sekarang, tak dapat dikesan siapa punya kerja pecah masuk rumah kami pagi tu. Atas tujuan apa dia pecah masuk, dia nak apa?? (semoga akhirat kita bersua dan Allah tunjukkan dekat aku siapakah dia)

Sejak kejadian tu, aku selalu tertanya2 kenapa org jahat tu dia serang Mak dulu? Mesti dia dah aim aku dgn anak2 di bilik. Pintu bilik masa tu memang tak berkunci. Kalau yg tua dgn yg 30-an ni mesti NAFSU lebih kepada yg muda. Tapi kenapa Mak? Mak dah tua kot. Ish entah la, tak terpikir aku. Bila puas pikir, seolah2 aku rasa macam malam tu bilik aku DISEMBUNYI/DITUTUP PANDANGAN. Ke sebab Al-Waqiah? Ke sebab doa anak2 sulong aku?
” Kami berlindung dengan kalimah Allah yg sempurna, dari godaan semua syaitan, dan daripada binatang berbisa, dan daripada pandangan mata yg jahat.” – ni doa yg aku ajar anak sulong umur 3-tahun. Dia akan baca setiap malam sebelum nak tidur. Antara doa dan Al-Waqiah, Allah JAGA kami malam tu. Aku dan anak2 TAK DISENTUH dan Mak serta Tok di luar tak diapa-apakan. Bersyukur sungguh. Mulalah aku tergerak hati pergi Google apa kelebihan amalan baca Al-Waqiah. Aku terbaca salah satu antaranya adalah ALLAH TAK MELETAKKAN KITA DALAM KESUSAHAN UTK SELAMANYA. Terduduk jelepek masa tu. Susah?? Ye la, andai malam tu org jahat ada bawak pisau ke apa? Di tusuknya perut Mak sebab menjerit meronta mintak tolong, tidak ke jadi kes lain pulak nanti. Aku pulak Allah sengaja tak bagi nampak kelibat penjahat. Kalau nampak, aku tak pikir lain dah memang aku capai pisau dekat dapur tu je sebab bilik aku dekat yg amat dgn dapur. Demi keselamatan anak2 aku dan semua org, aku sanggup redah. Jadilah nak jadi apa pun masa tu, asalkan semua org yg aku sayang selamat. Tapi gerak hati aku silap masa tu, Allah lebih sayangkan aku. Dia mungkin tak nak apa2 jadi dekat aku sebab nanti MENYUSAHKAN anak2 aku dan suami. Sungguh, Allah tak izinkan semua tu terjadi. Allahuakbar……………………..

** Intro Al-Mulk
Setelah aku rasa manisnya Dhuha dan Al-Waqiah, aku jadi seorang yg suka nak muhasabah diri sendiri dgn apa yg terjadi. Sebab yg aku NAMPAK, Allah akan selalu ada utk aku masa ending2 cerita. Aku pun bukan baik mana. Kifarah dosa lampau pun duduk TAK BAYAR habis lagi ni. Aku cuba utk mengubah diri jadi yg lebih baik dari sebelum ni, sebab sekarang hidup aku alhamdulillah dah tak macam dulu. Hati lebih tenang bila meletakkan Allah no-1 di depan. Aku start hafal surah Al-Mulk masa era kemunculan POKEMON-GO. Huhuhu… Sebab apa?

Sebab aku nak challenge suami aku. Aku tak berkenan benar bila suami menghabiskan masa mengadap benda alah tu. Jadi aku ambik masa utk deeper conversation dengan dia. Aku kata benda tu semua lagha. Melalaikan, sampai 1kerja apa tak jadi kalau asyik mengadap main Pokemon-Go tu. Aku bias suami, dari mengadap main tu baik mengaji Quran ke apa sungguh berfaedah. Suami aku ni alhamdulillah, hati dan minda dia cepat terbukak kalau aku BRAINWASh benda2 macam ni. Selagi ada reason logik aku akan pertikai bagi supaya dia NAMPAK dan kami sama2 NAMPAK. Ye la, nak masuk syurga Allah takkan la aku sorang je kot? Aku nak dia utk selamanya sampai syurga. Jadi aku terpaksa PIMPIN tangan dia di dunia ni dahulu sebelum kami berpimpin tangan dia syurga. Amiiinnn….. Terbukak pintu hati suami aku utk uninstall games tu dan dia kembali utk tidak kejar nikmat dunia sangat. Bukan niat aku nak cantas semua kemahuan suami, tapi ketahuilah isteri benar2 berniat sesuatu yg baik utk dunia dan akhirat KITA BERSAMA. Aku pun tunjukkanlah effort aku pada suami, dgn menghafal 30-ayat Al-Mulk secara slow dan steady. Aku nak buktikan pada dia, beza banyak main Pokemon-Go dgn hafal Al-Mulk. Antara dunia dan akhirat, jauh beza nilai dia. Aku ambik masa setahun lebih berjaya hafal surah Al-Mulk. Sengaja aku mintak suami tolong update bacaan aku dari masa ke semasa. Sebab aku nak timbulkan rasa cemburu dia di hati supaya dia pun rasa tercabar jugak. Kalau aku boleh hafal, kenapa dia tak boleh?? Tak ada alasan, sebab kita serupa dan 1-ACUAN yg sama dari tangan Allah. Suami tak tunjuk obvious rasa cemburu dia, tapi yg aku perasan masa aku berjaya hafal semua ayat Al-Mulk tu suami kerap bukak youtube dengar ceramah pasal Al-Mulk, “surah peneman alam kubur”. Ke dia terbayang saat aku dalam kubur dah ada Al-Mulk datang temankan aku. Hihihi…

Sungguh, saja2 suka mendekatkan diri pada Allah dengan tak sengaja maka Allah akan hadirkan suatu perasaan yg manis sangat. Pada 30-ayat Al-Mulk disaat aku nak BENAMKAN dia betul2 dalam kepala dan hati ni, menitik airmata aku. Seakan tak percaya aku dah merangkak sejauh setahun lebih ni berusaha utk menghafal “SI PENEMAN ALAM KUBUR” tu. Hati berbunga2, itu baru pertama kali dalam hidup hafal surah ayat Al-Quran. Macam ni la kot penghafaz Al-Quran rasa sepertimana aku rasa. Aku sangat takut kalau semua yg aku DAPAT ni akan hilang sekelip mata hanya kerana godaan syaitan. Maka aku nak kena kuat setiap hari, semoga Allah beri aku kekuatan iman utk terus istiqamah. Doakan aku.

Banyak kali jugak aku ajak suami jom hafal Al-Mulk, tapi hidayah dia belum sampai. Allah belum memberi hidayah Dia lagi pada suami. Yg aku tahu, suami berjaya hafal sampai ayat ke-5 je. Dan hari ni aku nak dia tahu come-on teruslah maju ke ayat seterusnya sampai habis. Hati kau pada Allah, Dia saja layak membolak-balikkan hati kau utk jatuh cinta dgn Al-Mulk sepertimana kau cintakan Dhuha sehingga ke hari ini. Aku isteri, hanya mampu berdoa semoga hati kita sentiasa dibalut hidayahNya. Amiinnn…..

– sekian –

” Sesunguhnya Al-Quran ini dan ayatnya memberi petunjuk ke jalan yg betul dan memberi berita gembira kepada org yg beriman yg mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yg besar. ” – (surah Al-Israk : ayat-9)
:: kita tahu niat utk jadi apa dan apa, tapi hati kita Allah lebih mengetahui ::

Tips hafal Al-Mulk cara aku :
1. Download apps nama Bayan Quran.
2. Fokus surah Al-Mulk dan klik “repeat 9x”.
3. Repeat la baca 1-ayat sampai 9-kali ulang. Ulang sampai lekat di mulut. Pejam mata pun boleh dengar sayu2 alunannya.
(sila guna earphones sebab lebih jelas cara bacaan dia, kalau dapat ikut rentak alunan “HAFIZ” tu lagi best)
4. JAUHKAN diri dari dengar muzik2 yg lagha sebab sedikit sebanyak akan ganggu hafalan kita. (ini godaan setan nak kita HANYUT dgn lagu yg tak berfaedah).
5. Mintak tolong Mak-Ayah-suami-adik-abang-kakak semak hafalan kita. Bila tang part kita silap tu diorg tegur, kita akan jadi geram kenapalah boleh lupa tak ingat. Hehehehe…

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit