Lelaki Baik Yang Tertipu

Assalamualaikum semua.
Oke..terima kasih kepada admin kalau sudi pamerkan kisah yg tak berapa menarik ni..ha2..
Oke..straight to the point..aku ada seorang kawan..bukan kawan..tapi sahabat..Kami kenal sejak dari sekolah menengah lagi..dia ni aku boleh ketegorikan sebagai budak “Baik” la jugak walaupun kadang2 masuk air parit jugak otak dia ni..aku panggil dia ihsan(fake name)..baik2 ihsan ni..serius dia tak pernah couple..nak mengorat apatah lagi..ha2..

Bukan apa…sebab kebanyakkan dari budak lelaki dlm kelas kami tergolong dalam nakal2 remaja..ngorat sana..ngorat sini..tapi si ihsan ni lain..tipulah kalau dia tak pernah jatuh hati kat sesiapa..dia ada bagitau rahsia dia kat aku yg dia suka budak perempuang yang paling noob dalam kelas aku tu..kira budak perempuan tu kurang pandai la nak di bandingkan dengan ihsan..aku pun apa lagi..cucuk jarum la suruh si ihsan ni ngorat.ha2..tapi time ni dia bagi ayat pedas kat aku sebijik..”Wei man(nama fake aku),kau rasa apa yg akan jadi kalau aku confess kat dia..dan kalau betul dia pulak suka kat aku..aku nak kena jaga hati dia plk..aku pun muda lagi..duit takde..nafsu pun aku takleh control lagi..makin aku rapat dengan dia..semakin aku rasa rapat dengan api neraka bro..”

Makk aihh..ha2..aku ditazkirah..tapi alhamdulillah..dia tetap single plural sampailah kami berjaya masuk ke universiti ni..dia masih macam dulu..kalau ada sesiapa minta tolong..dia akan tolong..walaupun ada member minta duit sebab takde duit nak makan dan si ihsan ni pulak ada 5 hinggit ja dalam dompet dia..dia kasi 5 ringgit tu..aku perhati ja ihsan ni..malam tu aku ngan dia Share satu mangkuk meggi..ha2..yg kawan dapat duit tu plk makan kt luar dengan awek dia..

Masa kat universiti ni la aku kagum ngan dia..sibuk sangat ngan aktiviti kat sana sini.sukarelawan lah..sampai takdak masa untuk diri sendiri..then..aku check phone dia..mana tau kot2 senyap2 ada awek..ha2..then aku terkejut..takdak no perempuan dlm phone dia kecuali mak dia..call history pulak..ada mak abah dia and geng kami ja..aku mula syak dia ni kunyit dah..ke bawang ka..tapi alhamdulillah.. Dia bukan macam tu..sebut ja heliza helmi tengah duk jalan.. Dia cari.. Mata melilau..dia.nak jaga hati aku la tu.. Ha2..tapi time jalan2 jumpa perempuan..tunduk habis..tu aku respect dia..

Dia ni pulak jenis berdikari..start habis spm..ihsan ni dah kerja kilang dah..hardcore punya kilang..aku tahan sebulan ja..ha2..tapi sesibuk dia..dia tak tinggal solat..
Then..balik semua ke cerita asal..kat last sem Kami..ada Sorang budak perempuan confess kat ihsan ni..ya aku kenal perempuan ni..jenis suka berpeleseran dengan jantan miang..berpeluk kat atas motor macam kena gam..tiba2 lepas sebulan clash dengan pakwe dia..dia confess kat ihsan…bagitau dia nak jadi isteri bagai..tapi aku tengok ihsan ni tenang ja..dia buat solat isthikaroh..tambah lagi buku agama tentang perkahwinan ni..then dia setuju..Terkejut beruk aku.

Dalam banyak2 awek kat U ni..dia.pilih perempuan ni..aku tau ihsan time tu dah kerja..kewangan stabil hasil kumpul duit sejak dari spm..tambah kerja sambilan lagi..then..ihsan ni bagitau aku yg dia akan terima perempuan pertama yg confess kat dia asalkan akhlak dia Baik dan dah bertaubat dari masa silam..dan aku pun tau banyak lagi perempuan yg baik sukakan ihsan ni..tapi mereka malu nak confess..ihsan ni lagilah berkali ganda malunya..esoknya dia pi jumpa mak ayah perempuan tu..ambil hati mereka..belikan hadiah..tolong berkebun dan masak..then..tak lama kemudian.. Dengar yg mereka akan berkahwin..time tu lah aku dengar dari kawan2 yg lain yg si perempuan tu dah tak suci lagi sebab kerap main dengan jantan lain..aku nasihatkan ihsan..dia buat tenang selamber nasi ayam ja…dia.kata”kalau aku judge dia sebab masa silam dia..aku tak rasa yg nabi Muhammad akan sayang aku..nabi walaupun dicerca dan dihina..still maafkan penduduk makkah yg dulunya balun nabi..aku nak ikut akhlak nabi la..ha2″

Deep..pastu mereka kahwin..aku skill contac ngan ihsan ni..dia punya la sayang isteri..sanggup balik kerja awal.semata nak tolong isteri dia masak..bab hadiah tu lagilah..ha2..aku pun selalu jugak jumpa dia kat Masjid dengan isteri dia..aku pun syok tengok dia bahagia..

Tapi..langit tak selalunya cerah..berapa tahun lepas..aku dapat berita yg mereka dah bercerai..isteri si ihsan ni minta cerai sebab dia nak ikut ex lama dia..dia takdak perasaan lagi kat ihsan..mereka masa ni pun takdak anak lagi

Aku jumpa ihsan..tanya dia apa yg berlaku.. Rupanya bekas isteri dia masih berhubung dengan ex dia walaupun dah kahwin ngan ihsan..mereka jumpa senyap2 tanpa pengatahuan ihsan..last2 minta cerai..

Tapi si ihsan ni tenang..dia halalkan makan minum bekas isteri dia..dia kata kat aku..”aku tak layak nak hukum dia atas perbuatan dia..sebab tu tugas Allah..mungkin isteri aku tu tak tahan dengan godaan syaitan..salahkan syaitan..jangan salahkan dia ya..dia cuma tak lepas dengan ujian Yg Allah beri..mungkin kt masa depan nanti..dia bertaubat sekali lagi..insya Allah..Allah tu maha pengampun..”

Tu last aku berjumpa ihsan..lepas 2 bulan,dapat berita yg ihsan ni kemalangan sewaktu balik dari melawat pak Cik saudara dia kt hospital.Allah lebih sayangkan dia..takpalah..setiap ujian yg kau dapat wahai sahabatku..kau laluinya dengan tabah dan penuh dengan kelembutan..moga kau tenang wahai sahabatku..Al Fatihah..
(cerita ni dari sumber yg lain.saya cuma sampaikan supaya menjadi pendoman dan iktihbar)

– Unknown

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *