Lembab atau Lembap?

Assalammualaikum wbt ..(senyum dulu sebelum baca ya).terima kasih sudi baca and terima kasih jika disiarkan .maaflah ni bukan cerita pasal economic tau,okay nak mula cerita ni,Bismillah..,baru baru ni saya ada tengok cerita movie Bollywood tajuknya taare zaame par (every child is special) kalau tak salah tu maksudnya, kalau salah maaflah ..tolong betulkan .cerita ni dah lama tahun 2007..tapi best,trylah tengok cerita ni best tau.kalau dah tengok ,tengoklah lagi..saya nangis tengok cerita ni dan esoknya Mata saya lebam ,sebab cerita ni mengingatkan tentang diri saya. memory semasa saya budak budak dulu,saya rasa sangat dekat dengan cerita ni .kisah saya lebih kurang macam budak dalam cerita tu..dalam movie tu, budak tu nama ishaan.cerita kisah saya taklah 100% sama macam dalam movie tu…banyak bezanya,cuma saya dapat rasa perasaan budak ishaan dalam movie tu.saya cerita sikit pasal movie tu ye ,untuk lebih faham..ishaan budak sekolah rendah,umur dalam 8 or 9 tahun yang masih belum tahu membaca,menulis,mengira.. kesimpulannya lemah dalam pelajaran.selalu di marah,di denda..budak ishaan ni comel ada gigi rabbit kat depan .nanti ada masa tengoklah movie ni ye,mesti lagi faham.okay stop sampai sini..saya nak perkenalkan diri dulu.

Saya budak normal,saya ada banyak adik beradik( lebih dari lima) bagi saya lebih dari lima, ianya banyak..saya ada akak akak Dan abang yang pandai.kalau nak di bandingkan antara kami adik beradik, sayalah yang sangat lemah dalam pelajaran dan lembab nak mampos (Astaghfirullah al’azim).saya bukan anak sulong,bukan jugak yang tengah,bukan jugak yang last..tapi anak yang terakhir tapi bukan jugak yang terakhir..hahaha,ni mesti ada yang marah.jangan marah marah pembaca sekalian..sekadar hiburan.tapi betullah bukan terakhir,tapi anak yang belakang-belakang..saya lahir tak cukup bulan,mak saya yang ceriter..arr apa lagi ye,aah saya kidal.keluarga yang hidup sederhana saja.saya dulu selalu di panggil lembab,slow,pemalas dan saya tak ingat..ada lagi tapi saya tak ingat.

Sama seperti budak ishaan dalam movie tu..saya tak pandai membaca,menulis,mengira..walaupun berpuluh-puluh Kali di ajar oleh cikgu,akak saya,mak saya dan orang orang sekeliling saya ..masih tak pandai pandai( ya Allah).saya selalu di marah dan didenda sebab tak pandai dan tak tahu..bila cikgu tanya ,saya tak tahu nak jawab ape.saya kosong,saya blur..masa saya darjah 2 kalau tak silap,saya pernah di marah oleh cikgu saya sampai buku latihan saya di buang atau di lemparkan kepada saya sehingga buku tu koyak..dan masa tu,saya terdiam tanpa berkata sepatah pun.di sebabkan saya tak pandai membaca,saya dimasukkan dalam kelas pemulihan(kelas untuk focus murid yang tak pandai membaca)dulu saya ingat ni kelas untuk budak b*d*h tau,saya sangat benci,dan saya sangat sangat malu ketika tu,sebab bila je kelas BM..saya akan keluar kelas untuk pergi kelas permulihan.saya akan dengar kawan kawan yang mengejek,”eee tak pandai baca”,”eah budak pemulihan”,”eja ayam pun tak tahu”,..bukan saja budak,cikgu pun ada.”budak pemulihan pergi belakang”,”kenapa kamu ni lembab sangat aah,akak akak kamu takde macam kamu ni “.. akak saya dan abang saya memang pandai,cepat membaca,pandai math dan tak pernah masuk kelas pemulihan pun..tapi saya tak,saya sangat slow dan saya tak boleh nak jadi macam mereka arrhh .,bila tak pandai dari segi akademik..mesti di pandang rendah serendah rendahnya.sikit sebanyak mempengaruhi diri saya dan mengubah sifat saya.saya jadi pendiam,penakut untuk menonjolkan diri.

Sama seperti ishaan,saya tak boleh nak bezakan a b c..contoh “b” dan “d”,”p” dan “q”dari segi bunyi “j” dan “g” dulu saya sangat susah nak bezakan.saya akan tulis huruf a b c dan nombor secara terbalik seperti pantulan mirror..Sama seperti dalam cerita movie tu.bagi saya iyanya susah untuk bezakan,sangat sangat susah dan saya struggle untuk faham.. saya pernah tertanya tanya, kenapa ada A besar, a kecil(huruf besar,huruf kecil).. saya akan keliru dan pening.fikiran saya akan mula kosong..dan saya seorang yang susah nak focus bila tengah belajar,macam mane pun saya cuba untuk fokus tak dapat.saya taklah macam ishaan tu,sampai nampak tulisan bergerak menari nari..saya masih ingat lagi,saya tengok tulisan yang cikgu tulis di papan dan berfikir kenapa tulisan tu bentuk macam tu..contohlah, huruf “g” tu kenapa macam tu.saya berfikir huruf g tu adalah gajah(visual gajah bukan dari segi tulisan ejaan tapi bentuk gajah)..sampai cikgu tegur saya kenapa termenung.saya tak tahu adakah ianya normal budak budak terbayang dan berfikir begitu..saya hanya menganggap,mungkin sebab saya budak budak.sehingga sekarang saya masih menganggap tu imaginasi budak budak je .saya jugak tak tahu kiri dan kanan,saya tak boleh nak bezakan..jadi saya cari cara lain untuk saya tahu ini kiri ini kanan.saya cari tanda yang kekal untuk mudahkan saya.tangan kiri saya ada tali lalat yang kecil dan tangan kanan saya takde..jadi saya buat sebagai tanda symbol untuk saya tahu kiri dan kanan.sampai sekarang saya guna tanda symbol ni..asal je saya nak tahu kiri dan kanan saya tengok tangan saya(saya tak pernah bagitahu orang tau tentang ni)..saya jugak mudah lupa,bukan lupa macam orang tua tua.tapi mudah lupa apa yang saya belajar..contoh cikgu tunjuk jalan kira kat sekolah,lepastu saya cuba buat sendiri soalan yang sama kat rumah.tapi saya akan lupa jalan kira setengahnya(setengah saya ingat dan setengahnya saya dah lupa) .padahal baru je cikgu tu ajar.so,untuk bantu saya ingat..saya akan salin semua yang cikgu tulis di papan,untuk saya rujuk balik di rumah.

Saya sebenarnya sekolah agama jugak..pagi sekolah kebangsaan dan petang sekolah agama.saya dulu tak suka pergi sekolah agama tau…kenapa saya tak suka pergi sekolah agama?,sama macam sekolah kebangsaan selalu kena buli,bukan buli pukul pukul..tapi buli mulut (ejek).selalu kena marah sebab tak pandai baca jawi.saya nak baca bahasa Malayu pun belum pandai,apa lagi jawi..Ya Allah,betapa struggle nya saya nak cuba baca jawi.sebab sekolah agama tak ada kelas pemulihan(saya sebenarnya suka kelas pemulihan,walaupun saya kena ejek. kelas pemulihan ni seronok, tak macam kelas biasa).saya teringin sangat nak pandai baca jawi macam kawan Kawan kelas saya .seronok tengok bila ustazah suruh baca sirah nabi ,mereka boleh baca..saya sebenarnya walaupun ketika tu tak pandai baca jawi,tapi saya sangat suka dengar bila ustaz,ustazah cerita pasal kisah Nabi,sahabat Nabi, ..saya akan duduk diam dan dengar tau.buku record exam sekolah agama saya dari darjah 1 hingga darjah 6..semua subject dapat pen warna merah(fail).subject yang dapat pen warna biru(yang tak fail) hanya khat saja..betul saya tak tipu(sekarang alhamdulillah saya boleh baca jawi walaupun lama tempoh struggle tu). 6tahun belajar sekolah rendah agama islam fail(sapa yang tak sedih,rasa diri ni macam tak berguna je.I’m blame myself).akak akak saya dan abang saya semua lulus..ada yang dapat pangkat1,pangkat2 dan 3 (masa tu masih guna pangkat) .Ya Allah,sejujurnya saya masa tu sangat tak suka pergi sekolah..selalu bagi alasan tak nak pergi sekolah.sekolah pagi saya tak boleh nak elak,sebab babah saya yang hantar sekolah(dulu babah saya garang,dia tak suka anak dia buat masalah di sekolah).tapi sekolah petang saya ada peluang, untuk tak datang sekolah .saya selalu bagi alasan pada mak sakit perut,penat,tertidurlah,kadang saya sembunyi.korang mesti ingat saya budak pemalaskan..tapi korang tak tahu apa yang saya rasa dan alami di sekolah.sebab tu saya selalu mengelak untuk pergi ke sekolah.tapi saya tetap jugak pergi sekolah,walaupun saya tak faham apa yang di ajar.. seriously saya tak faham .

Ishaan mula pandai membaca bila umur 9tahun, di ajar oleh cikgu subject art iaitu watak Amir khan..cikgu yang baik,tidak pemarah dan mengajar dengan penuh mesra.saya push diri saya untuk belajar membaca..struggle nak sama macam budak lain yang boleh membaca,dari bantuan akak sepupu saya,cikgu kelas pemulihan saya yang banyak bantu saya.akhirnya umur 9tahun..saya boleh baca,. Saya dah boleh membaca tapi untuk perkataan yang panjang saya masih merangkak.start tu saya dah tak lagi pergi kelas pemulihan,saya sepenuhnya berada di kelas saya.9tahun darjah 3,saya masih ingat..cikgu Bm saya bagi homework.esok dia nak check,saya tak faham langsung dan tak tahu nak buat macam mana ..esoknya cikgu check,saya tak buat.cikgu panggil dan cikgu tanya kenapa tak buat.saya jawab tak faham..cikgu Bm saya memang garang.lepastu dia marah dengan suara yang tinggi..”berapa kali cikgu dah terangkan”.saya terdiam dan rasa nak nangis,tapi saya tahan.lepastu,cikgu tu kata..dia nak tanya akak saya,kenapa tak buat homework.lepas je cikgu tu cakap macam tu,saya terus nangis..nangis yang teruk sampai tersedu-sedu.saya banyak tertinggal matapelajaran yang lain.sebab sebelum ni,saya masuk kelas pemulihan dan jarang berada dalam kelas..kelas pemulihan sebelum ni,hanya belajar mengeja,membaca,cara tulis huruf dan number yang betul dan “tambah””tolak” sikit supaya faham..jadi,saya masih tak berapa pandai mengira.sebelum ni saya ada kata yang akak dan abang saya pandai math kan…saya mintalah akak saya ajar,so dia ajarlah.tapi saya tetap tak faham faham..banyak kali dia terangkan tapi tetap tak masuk dalam kepala saya.tumpuan saya ada sedikit terlari bila dia ajar,time tu mungkin akak dah hilang sabar kot ajar saya yang tak faham faham ni.akak marah”orang tengah ajar,tengoklah.kau dah lah lembab tak faham faham..fokuslah orang ajar.belajar lah sendiri,orang ajar dia main argh”.sejak tu,saya tak pernah minta akak saya ajar(sebab tu saya suka akak sepupu saya yang ajar,akak saya tegas Orangnye..mungkin tak sesuai dengan cara saya).saya ada satu habit tau (tapi saya tak tau habit or ape..)bila mengira tidak mengunakan calculator,tangan saya akan bergerak seperti bermain piano untuk mengira..kalau tak bergerak seperti tu, saya tak boleh nak kira.sampai sekarang habit tu,cuma saya tak tunjuk pada orang.saya akan letak tangan saya kat peha,dan tangan saya bergerak seperti bermain piano sambil saya mengira.tapi saya tak pandai main piano tau (mungkin gerakan tangan piano tu,mengantikan calculator .tapi bukan math yang ada formula tau..takut salah faham pula.saya tak pandai math,saya slow bab math sampai sekarang.gerakan piano tu,hanya memudahkan saya .kalau tak saya tak boleh kira).okay English pulak..saya selalu terbalik perkataan,contoh “was” jadi “saw”
.saya jugak tak berapa fasih bila sebut perkataan english yang panjang,bila membaca in english kedengaran sebutan tak betul .teacher saya selalu buat spelling dalam kelas,tapi saya selalu salah spelling walaupun rasa dah betul.kadang dapat satu je betul, dalam 20 perkataan spelling tu.saya jugak ada masalah nak copy note yang teacher tulis di papan putih.bukan tak boleh tapi saya lambat..kawan yang lain dah siap salin,tapi saya belum lagi.mungkin tak biasa dengan bahasa english..so saya tulis satu satu huruf,tulis satu huruf lepastu tengok balik papan tulis..memang lambatlah kan.okay kita terus ke upsr lah ye..nak cerita terperinci tahun depan pun tak habis.tuptup dah habis upsr,keluarlah result upsr..pergi sekolah nak ambil result,berdebar jugaklah..saya ketika tu,tak mengharap dapat A.cuma harap lulus semua subject.sebab kita tahu level kita..jadi tak mengharap sangat.dapat je results,Mata saya terus ternampak huruf A..membuatkan saya jadi excited,yelah orang yang tak pernah dapat A selama ni.gembira saya tu macam orang dapat straight A tau(Ya Allah)..saya dapat satu A je bahasa melayu(penulisan),bahasa melayu(pemahaman) C,matematik yang saya lemah pun lulus walaupun hanya dapat C (alhamdulillah),sains pun dapat C.tapi english saya fail dapat D,tapi disebabkan saya dapat satu A tu..saya lupa dan tak berapa risau pasal subject english.saya rasa gembira bagitahu kawan lain saya dapat A..Tiba-tiba lepastu,teacher saya datang dekat kami.kelihatan wajah teacher yang tidak happy,teacher kata pada kami”siapa yang fail subject teacher,jangan anggap teacher adalah teacher kamu.kalau jumpa teacher kat luar jangan tegur teacher”.saya yang mendengar ketika itu tersentak dan terdiam.saya yang tadi rasa sangat gembira dapat satu A..terus rasa sedih,dan hilang rasa gembira saya.hanya Allah yang tahu perasaan itu.saya melihat result saya..saya tenung huruf D,tadi saya hanya tengok huruf A sekarang saya hanya tengok huruf D..saya tahu teacher kecewa,sangat kecewa dengan student nya.Nampak wajah teacher yang sangat kecewa.saya hanya berdiam,tidak berani menegur teacher..apa lagi setelah,apa yang teacher katakan itu (maaf teacher,air Mata saya jatuh ketika menulis ni dan mengingati teacher).saya terus balik rumah,.kata-kata teacher tu sampai sekarang saya ingat..and I’m blame myself again until now.

Sampai situ saja kisah saya..nak sambung sekolah menengah,Allahu..tak larat,penat dah.sebab tu saya rasa dekat dengan watak ishaan tu.sama dengan kisah saya,dan dalam movie tu ada sebut tentang dyslexia.saya cuba research dan kaji..semakin saya baca tentang dyslexia dan research,semakin dekat dengan saya.saya menangis ketika membaca tentang dyslexia,saya cari,cari dan cari lagi sehingga saya penat..dan akhirnya saya kata pada diri saya,ye saya ada semua symptom dyslexia pada diri saya.tetapi kenapa sekarang,kenapa saya baru tahu pekara ni.saya nangis lagi,tipu lah kalau saya kata tak rasa apa apa.you know,saya salahkan diri saya selama ni,saya akui bila orang kata saya lembab,b*d*h. i’m blamed myself sehingga sekarang untuk semua pekara(saya Jenis tak suka salahkan orang,saya akan salahkan diri saya).tapi jujur saya katakan,saya tak salahkan ibubapa saya, keluarga saya dan Cikgu-Cikgu saya..mereka pun tak tahu jadi saya takde hak nak salahkan mereka.dengan tulisan ini,saya harap ibubapa dan cikgu ambil tahu tentang dyslexia ini..Dyslexia ni bukan penyakit sebab tak ada ubat untuknya.tapi boleh dibantu dengan cara didik dan pembelajaran yang betul.Dyslexia ni tak boleh di hilangkan dari seorang dyslexia tapi boleh di kurangkan..setiap dyslexia tidak sama dengan dyslexia yang lain.bantulah anak anak dyslexia,kesian mereka jika tidak dibantu..meraka akan rasa tertekan di usia seawal persekolahan ,mereka akan struggle 3kali ganda untuk nak sama dengan yang lain kesian jika tidak di bantu..saya tak nak anak anak ni rasa apa yang saya rasa(it’s very hurt).pemahaman mereka berbeza..sebab cara otak berlain fungsinya.kalau betul cara didik dan pembelajaran nya. in sha Allah boleh..saya tak dapat nak banggakan kedua ibu bapa saya atas pencapaian akademik saya.walaupun terdetik di hati ingin melihat kedua ibubapa saya gembira melihat anaknya berdiri di atas pentas seperti yang lain.tapi saya berharap sangat jika bukan di dunya,di akhirat menjadi anak yang membanggakan ..aamiin.do’a kan saya,menjadi anak yang baik,insan berguna kepada agama,ummah dan berjaya dunya akhirat (aamiin ).

Saya harap kisah saya ni ,bermanfaat ye..walaupun,hanya sekadar menghiburkan hati pembaca yang membacanya..saya akan sangat gembira.maaf pembaca sekalian, jika ayat saya tidak tersusun dengan baik dan maaf jika banyak kesalahan ejaan atau tatabahasa .ambil yang baik baik saja,yang tak baik jadikan pengajaran.ohh ya tajuk kat atas tu,saya keliru ketika menulis kisah ni..mana satu betul ejaannya lembab or lembap?maaf saya budak baru belajar,jika sudi berilah tunjuk ajar..saya nak ucapkan terima kasih kepada kedua ibubapa saya,adik beradik,cikgu yang pernah mendidik saya,dan sesiapa saja yang pernah memberi tunjuk ajar dan ilmunya kepada saya.saya tahu bukan senang nak mendidik dan mengajar saya,memerlukan kesabaran yang tinggi..sekali lagi saya ucapkan terima kasih hanya Allah yang dapat membalas .(terima kasih sebab senyum ,awal tadi)..assalammualaikum.

– -dyslexia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit