MAAF AKU TIDAK DITERIMA KAWAN

Harini aku nak story sikit. Dah lama aku pendam sebenarnya dan tergerak hati aku untuk tulis confession dekat sini sekaligus aku nak minta pendapat bro and sis yang ada dekat laman ni.

Aku ada seorang kawan ni, kitaorang dah lama kawan since diploma lagi, tapi sekarang dah sambung degree and university kitaorang tak sama so jarang la aku dengan kawan aku ni nak berjumpa sebab jauh sangat.

Ceritanya begini, haritu dia ada bagitau lah dekat twitter yang dia nak pergi oversea sebab ada program kos dia dekat negara tu, jadi aku sampuklah (lama kan tak sembang) nak dipendekkan cerita, ada satu conversation twitter, aku tanya dia berapa lama duduk dekat oversea tu, dia kata dalam setengah tahun, lepastu aku reply tweet dia macamni "Hahahaha ingatkan setahun, xlama rupanya." Lepastu dia bengang barangkali dia reply tweet aku macamni "you sounds like merendah rendahkan je but sokay." Lepastu aku cakaplah, aku takde niat pun nak rendah-rendahkan dia sebenarnya, aku cakap macamtu sebab kalau dia stay lama dekat oversea mungkin nanti tak jumpalah, tak sangka pula dia merajuk sampai macamtu. Sebelum ni pernah juga aku gurau kasar dengan dia tapi takdelah dia ambil hati sampai tahap tak balas whatsapp aku, aku call pun dia tak angkat.

Salah faham tu start dari FIRST RAMADAN sampai sekarang, aku dah minta maaf dekat dia, panjang berjela whatsapp aku kat dia dah seen tapi still tak reply, bila cek group whatsapp ada ja mesej dekat group aku tu dia dah baca tapi mesej aku dia tak reply, lepastu aku biarkan dalam 2-3 hari, biar bagi dia sejuk dulu and sampai sekarang aku rasa panas dia belum kurang lol. Aku sedih jugalah, tak tahu lah kenapa dia tetiba macamni, sebelum ni okay ja hmm entahlah maybe environment dekat U dia kot pelik sampai dia pun pelik hahaha.

Bro sis sekalian, aku dah minta maaf dan aku explain semua dari A-Z yang aku takde niat nak merendahkan dia. Sampai sekarang dia tak maafkan aku, harini dah masuk Ramadhan yang ke-19. Itu adalah tempoh dia masih dingin dengan aku. Aku masih dilanda serba salah, fyi aku jenis kawan yang jaga hati kawan lain sampai kekadang (aku rasa selalu) hati aku sendiri tak terjaga. Apa yang harus aku lakukan? Adakah aku bersalah dalam hal ni? Adakah tweet yang aku reply dekat dia menyebabkan ukhuwwah kami setakat ini saja? Aku nak tanya, kalau aku cakap macamtu kat korang, korang kecik hati ke? jujur lah jawab. Mungkin ni juga sebahagian ujian di bulan ramadan buat aku.

Buat kawan yang panasnya tak kurang lagi, maafkanlah kawan kau sorang ni, kita dah lama kawan takkan kita nak putus kawan pula (macam budak-budak). Aku harap bila kau pergi oversea tu kau akan dapat petunjuk nak maafkan aku, jaga diri selalu. Safar sa'ed!!

– Winter Sonata

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Emm aku rasalah (ni pendapat je k) kenapa dia jadi dingin bila tetiba kau bergurau tu mungkin sb korang dh tak serapat dulu. Yup, certain people bila dia dah jauuhhh sgt dgn someone dia jadi awkward. Yes, people do change. N mcm kau ckp lagi, mungkin faktor tmpt u dia yg buat dia berubah (siapa tahu dia kawan dgn sape,kawan mcm mane kan)so bila kita try hard nak jadi serapat dulu balik dia jadi kekok sb dh lama tk jumpa, masing2 busy dgn unilife.

    Sb aku ni pon akan ada rasa kekok bila dh rapat sampai satu tahap kita terpisah lama jadi awkward nk bergurau kasar dgn org lain, sb kita tak tahu apa yg berubah pd diri dia atau kita.

    P/s : doakan supaya dia lama2 boleh maafkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *