Mahu Berhenti Jadi ‘Aku’

Aku terlalu stress sekarang ni. Anak sulung 2 tahun asyik menangis ja. Pastu selalu bergaduh berebut mainan dengan sepupu sepapat dia yg lain. Menangis jenis menjerit. Nak buat mcm mana, mmg budak 2 tahun begitu la ragamnya. Anak 2nd baru 4 bulan. Alhamdulillah, mudah urus.

Lately aku selalu sakit leher. Betul2 bawah anak2 rambut kat leher. Pastu pakej ngn pening kepala. Pegi klinik doktor kata gastrik , angin naik kepala. Dibaginya 1 set ubat buang angin. Lupa pulak nak bagitau aku breastfeeding. Makan ubat tu, susu drop trus. Melalak anak 2nd aku. Tambah stress aku. Kdg2 pakej dapat, aku pukul2 punggung anak aku. Aku tarik dia kasar2. Aku takut aku meroyan.

Aku selalu alami susah bernafas skrg. Kdg duduk saja2, nak tarik nafas terlalu susah. Kdg masa tidur. Masa tidur aku selalu terjaga skrg sbb kesukaran bernafas. Kdg dada rasa sempit. Kdg jantung rasa laju je. Kdg dada berdenyut tapi rasa mcm kosong. Aku takut anxiety aku dtg balik. Aku rasa ye betul la anxiety aku dtg balik.

Sepanjang aku kahwin, biras aku mcm nak berlumba dgn aku. Sbb biras aku dh biasa jd menantu solo. The only menantu perempuan. Bila aku masuk, dia rasa insecure. Aku rasa la. Dia selalu lekehkan apa aku buat. Kdg aku buat air, saja je dia nak rasa. Pastu sbut kuat2 “meh nak rasa, sedap ke x”. Pastu gelak2 sinis. Kdg aku beli brg, dia nampak, dia ckap benda ni xperlu pun. Dia pun ada tapi xpakai.

Pastu kalau lepak semeja dengan kakak2 ipar aku, dia suka ignore aku. Kdg dia bercerita, aku respond la dgn soalan, dia jawab tapi mata pandang kakak ipar aku. Kdg duduk saja2, aku cuba create conversation dgn dia. Tapi dia cuma reply ” heh” pastu ignore aku. Kdg bila dia nak apa2 mnx tlg dr aku, baru la dia whatsapp aku elok2, atau bercakap dengan aku elok2 gelak2. Kalau aku xda kepentingan, dia xkan layan aku baik2. Kalau depan mertua atau kakak ipar aku, selalunya dia akan layan aku baik2. Tapi bila blkg dorg, dia mula la kerek dia dgn aku. Yg paling aku terasa sampai skrg, bila ada gathering raya atau gathering biasa2. Kdg dia sampai lewat, so bila dia masuk, dia akan salam semua, dekat aku dia akan skip. Pernah sekali, dia skip aku, terus salam org sebelah aku. Korg rasa apa aku rasa masa tu?.. Aku pernah kena jeling dgn mak biras aku.

Masa aku dtg rumah biras aku, mak biras aku jemput semua org makan, kecuali aku. Satu2 nama dia sebut, kecuali aku. Aku positif maybe dia x igt nama aku. Tapi dia jemput je isteri sepupu aku tu makan even x igt nama. Dia suruh bangun g makan. Dia totally ignore aku. Aku serba salah nak makan ke x. Sbb tuan rumah x jemput. Masa nak balik, aku salam, cium pipi sbb fmily belah laki aku smua jenis cium pipi. Tapi mak biras aku keraskan badan masa aku salam dia. Aku ucap trima kasih sbb jemput dtg makan. Direplynya hmm. Tapi lepas aku salam, kakak ipar aku salam ucap trima kasih semua, punya la mesra dia layan kakak ipar aku.

Disebabkan layanan biras aku dan mak dia begitu kat aku setiap kali berjumpa, dorg membuatkan aku rasa xmau jumpa dorg langsung. Masalahnya aku tinggal ngn mertua aku. And biras aku tinggal berdekatan and anak2 biras ditinggalkan dengan mak mertua aku. Maksudnya hari2 aku jumpa biras aku. So hari2 la aku dapat layanan terbaik dr biras aku tu. Lama2 aku jadi sakit hati. Drpd aku sakit hati, baik aku duduk dalam bilik. Bila biras aku dtg, aku stay dlam bilik sampai dorg balik. Aku keluar pun bukan dia layan. So aku rasa baik aku baring3 dgr lagu ke mengaji ke layan anak dalam bilik.

Tapi jadi masalahnya, bila mertua dan kakak ipar aku kesiankan biras aku bila dorg tgk aku layan biras aku mcm tu. Dorg pulak layan aku hambar. Aku xpernah cerita dgn dorg knp aku layan biras aku gitu. Aku xsuka membawang. Aku cerita dgn husband aku tapi dia mcm xcaya je. Skrg ni mak mertua aku mcm hambar je ngn aku. Kakak ipar aku pun so so je ngn aku. Tadi aku baru sampai dr kampung, mak mertua mcm xhappy jer tgk aku. Masam je muka dia.

Anak aku pulak asyik menangis je. Kebetulan sampai je rumah mak mertua tadi, anak2 sedara semua ada. Berebut mainan lagi. Menangis lagi. Mak mertua dok tny aku, kenapa anak aku asyik menangis ja. Aku taktau nak jwb. Aku pham mak mertua aku stress budak nangis. Sepupu2 lain main bersama, tpi anak aku je suka berebut mainan.

Pindah ? Mmg aku nk. Tapi husband aku xda duit. Aku? Ada tpi x ckup buat deposit sewa. Kami kerja biasa2. Aku xda saudara kt sini. Kwn2 pn xda. Aku terkurung ja dlm rumah. Nk keluar sorg2, anak2 kecik lagi aku jaga. Aku kerja tapi kerja dari rumah ja, jd aku xda kesempatan nk bersosial.

Aku stress sgt2. Kepala aku berdenyut2, leher aku tegang, nafas aku tersekat2. Rasa mcm mati atau cerai ja jln penyelesaiannya. Aku xmau jmp dah biras aku. Dia punca aku stress teruk. Ya Allah moga kau permudahkn segalanya. Aku rasa terlalu penat jaga hati org sekeliling. Aku nak cuti. Kalau laa boleh cuti dari menjadi seorang “aku”.

– Mencari sinar bahagia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *