Mak dan Sexism

Mak dan Sexism

Assalamualaikum. Sekiranya artikel ini tersiar, terima kasih admin.

Amaran: Artikel ini mengandungi situasi dan ayat- ayat seksis, tapi ini berdasarkan PENGALAMAN HIDUP SAYA, jadi saya mohon tolong jangan melulu menaip macam a wild boar in the jungle.

Saya anak bongsu daripada 6 adik-beradik. 5 orang lagi semuanya lelaki. Sejak kecil, seawal 5-6 tahun, saya sudah diajar untuk basuh baju, pinggan mangkuk seterika baju dan semua kerja-kerja mengemas rumah etc. Okey, itu semua asas untuk menjadi manusia berguna. Sila pahat dalam otak. Tapi masuk umur 8 tahun, saya tengok, abang2 saya kerap tinggal saja pinggan cawan tidak berbasuh dalam sink, kadang-kadang lepas makan terus blah. (-_-). Baju-baju mereka saya yang basuh dan lipat, baju sekolah mereka emak saya seterikakan. What the flower is this shit. Jadi, saya mula peduli baju dan pinggan cawan saya sahaja. Tup-tup, mak saya mengamuk dekat saya, katanya saya ni anak pemalas. Mak, batang penyapu pun mereka tak pernah pegang, saya dicopnya pemalas. Lalu, berjejeran air mata saya kerana sedih dilayan umpama orang gaji di rumah sendiri. Mujur ada Kak Nab si kucing dan Mek Jah si ayam dan anak-anak dia sebagai peneman hidup waktu kecil.

Ayah saya seorang beta. Mak saya the queen bee. Jadi, memanglah segala urusan rumah, mak saya yang tentukan. Ayah saya menurut saja. Baik sangat, pijak semut pun tak mati, haish, geram betul saya dengan ayah saya ni. Mak saya workaholic. Ayah saya pun bekerja tapi dia selalu meluangkan masa dengan anak-anak. Boleh dikatakan, saya membesar dengan air tangan masakan ayah, bukan mak. Halaman rumah pun ayah saya yang sapu. Tapi itu bukan isu di sini, tak ada peraturan di dunia ini cakap perempuan wajib duduk dapur memasak/ kemas rumah. Isunya, mak saya insist yang saya, perempuan, perlu pandai serba-serbi, bila dah kahwin perempuanlah yang akan mengurus semua kerja rumah. DIa tu buat apa dekat rumah? Kelakar betul, tengok koala melintas jalan lagi kelakar sebenanrnya.

Dah besar, saya masuk umur 30-an, masih lagi begitu. Abang-abang saya dan keluarga mereka, bila balik kampung, buat rumah macam hotel, makan dan tidur. Mak dan ayah sayalah yang masak, basuh baju, tengok-tengok cucu. Mujurlah saya dapat kakak2 ipar yang baik. Tapi, saya tak suka. Saya benci tengok kitaran dejavu ini. Perempuankah yang perlu urus semuanya? Kerja rumah, mengemas, masak, basuh lipat kain? Tak ada seorangkah kakak ipar saya yang sedar semua ini tidak adil? Buat pengetahuan semua, kakak2 ipar saya semuanya bekerja, jadi hujah “Oh, kamu seorang suri rumah, itu kerja kamu” tak perlu timbul. Masa Ramadhan lagilah, perempuan semuanya di dapur, nak masuk waktu berbuka 5 minit lagi, datanglah lelaki2 dengan segala hormatnya bersila depan nasi dan lauk2 yang sudah tersedia, cuma tunggu basuh tangan, angkat tangan berdoa sahaja. Lepas makan, blah, tak adanya nak angkat pinggan2 dan kemas2 semua. Dan saya sudah menegur mereka banyak kali (diiringi jelingan kilat ribut petir mak saya), tapi disebabkan mak saya dan kakak2 ipar saya tak kisah, lagilah naik lemak abang2 saya. Harap2 naik tak berhentilah lemak2 mereka biar dapat strok. Astaghfirullah OP, fokus jadi baik balik, fuh.

Suatu hari, mak saya kena mini strok. Strok ringan, tapi dalam sebulanlah terlantar. Minggu pertama tu, baliklah sekejap anak2 lelaki kesayangan dia. Itupun 2-3 hari sahaja. Faham, kerja. Tapi tak ada seekor pun sanggup tunggu mak dekat hospital. Sayalah yang tolong jaga, dengan abang sulung dan isteri dia(mujurlah ada juga anak lelaki yang ada rasa tanggungjawab) bergilir-gilir dengan sepupu2. 4 orang anak lelaki, tak ada seekor pun sanggup ambil cuti, nak tolong jaga mak. Mak tu jaga mereka, kalau awak dah jadi mak ayah, mesti faham, 4 tahun pertama dapat anak, memang penat, anak terjaga malam-malam berteriak menangis, memang tak cukup tidur, Ni nak jaga mak beberapa hari saja, tu pun tak boleh? Geram sungguh hati saya, meribut macam kambing terkena hujan. Saya bagi sedas dekat mereka, harap-harap anak merek tu besar dapat perangai sebiji macam mereka, biar mereka rasa. Terdiamlah mereka, tapi perangai macam itu juga. Kecewanya saya, teringin nak tolak mereke ke dalam sungai piranha.

Disebabkan tak ada seorang yang sanggup jaga mak saya, cuma ayah saya saja di rumah, saya buat keputusan berhenti kerja di Singapura. Gaji sedap, huhu, goodbye. (T__T). Itupun mak saya tak bersyukur lagi, dikatanya saya malas bekerja, nanti tak ada lelaki nak. Tak apalah mak, tengok perangai2 “cantik” abang2 saya tu, saya dah tak hingin dengan mana2 lelaki. Rezeki, balik kampung, dapat kerja kerani cabuk. Alhamdulillah. Dan, sampingan saya buat kuih-kuih letak di kedai2 makan. Cukuplah nak tampung hidup saya dan mak ayah saya. Mak ayah saya pun dah pencen, ada duit pencen, jadi cukuplah. Saya tak pernah guna duit mak ayah saya. Mak saya, terkilanlah konon saya berhenti kerja, diumpatnya saya dekat saudara-mara, saya ni duduk rumah perabih duit dia, masak tak, kemas rumah tak. Aduh. Kalau abang2 saya balik,memang saya keluar dari rumah, tidur rumah kawan, tak hingin saya mengadap muka mereka. Mak saya selalu cakap, kesianlah dekat abang2 balik jauh2 , selalu cakap dekat mereka, tak payah balik pun tak apa, sambil melipat2 baju abang2 saya/ menceduk nasi abang2 saya. (-_-). Mak, saya dulu kerja Singapore, balik ja 2x sebulan, kalo x sempat 3 minggu sekali, jenguk mak ayah, kemas rumah masak. Mereka, balik masa cuti sekolah atau raya sahaja, tak buat apa, itupun sekejap. Kalau saya balik,mak memang tak masak. Siap pesan kalau ada lauk kat dapur, jangan makan, itu untuk dia dan ayah. Ok, fine. Abang2 saya balik, huiiii meriah lauk awak Kak Jenab.

Now. Ayah saya sekarang tak ada tenaga nak berjalan. Terketar-ketar. Mak saya mata rabun, dah pergi jumpa doktor pakar, kena operate. Mak saya cakap saya tak masak, dah yang saya masak pagi2 tu apa? Bangun pukul 5 pg setiap hari, masak pape yang patut, dengan masak tengahari sekali awal-awal, sebab saya kerja. Mungkin dia tak nak bergantung kepada saya, jadi adakala dia masak. Tapi? Hangit. Sebab dia lupa, orang tua, biar sekejap kuali kat dapur, dia pergi jemur kain atau apa2 yang buat dia hilang fokus, tengok2 haa, bersapa kepul2 dapur. Bukan sekali dua, selalu. Saya dah jadi bimbang, lalu saya buat rule, kalau mak nak masak, ayah kena ada sekali teman kat dapur. Jadi kalau mak saya gi dapur, ayah saya ikut, ketar2 heret kerusi di meja makan, tengok mak saya masak. Haa, comelkan? Kejap, nak cari Kleenex, mata masuk pasir, lalala.

Orang2 dan sedara2 cakap, banyak pahala saya dapat, berkorban untuk mak ayah. Tapi saya dah tawar hati dengar semua itu. Dengan perangai “bidadari” mak dan abang2 saya. saya jadi sinis. Saya cuma bertahan demi ayah saya. Impian saya terkubur. Nak hidup bebas, nak pergi travel. 3 tahun kebelakangan ini, saya tak beraya di kampung, saya pergi travel. Orang cakap raya la nak ziarah bermaaf-maafan, nope, saya kalau di rumah masa raya, tak ada masa semua itu, kena masak, kena kemas rumah, top up lauk, basuh pinggan. Kuli batak. Masa raya saja saya ada masa untuk diri sendiri, jadi 3 hari raya pertama, saya pergilah mana-mana tempat peranginan. keh keh keh. Nanti kalau ada komen pasal pahala semua, maaf, saya gelak sinis je, awak tak tahu beban saya.

Disini, saya nak tekankan:
1. Tak ada peraturan di dunia ini yang cakap perempuan WAJIB urus kerja rumah, masak basuh baju semua. Cukup2lah dengan mentaliti kuno turun-temurun. Kita buat semua itu kerana tanggungjawab hidup. Kalau berkongsi hidup, sila share secara adil tanggungjawab itu. Biar balance.
2. Mak ayah, sila ajar anak2 buat kerja rumah masuk dapur semua, dari kecil, sebagai asas. Jangan pilih kasih, anak perempuan tak semestinya kena pandai masak, anak lelaki tak semestinya kena buat kerja berat2. Saya pun pernah tolong ayah saya pasang mozek, simen, buat bumbung. Pasang lampu tu perkara biasa.
2. Awak ada berapa orang adik-beradik? Semua jaga tak mak ayah?
3. Sexism ini ada di mana2 dan lelaki perempuan dua2 boleh kena, cumanya sebab perempuan ni lemah dan selaku di-objectify, mereka selalu jadi mangsa. Kalau ada lelaki yang kena, sila cerita, saya nak tahu juga daripada pov lelaki.

p/s: Saya perasan ada 1 makhluk tak best dekat komen2 sejak kebelakangan ini, komen dia langsung tak membina, asyik negatif, nak cari pasal, memang betullah matang tak setara dengan umur. Tak ada moderator pantau ke?Mungkin dia cuba jadi devil’s advocate, tapi gagal dan itu lagi menunjukkan ke”bijak”an dia. Saya harap komenter2 sila fikir banyak kali sebelum menaip dan sila baca artikel sampai faham sebelum komen. Fikir dulu, adakah komen anda 1. Baik, 2. Memberi faedah/membina, sebelum hit “Enter”. Jaga diri. :)

– Ms. NatGEoTame

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments