Mak Mertuaku

Mak Mertuaku

Sy nak story sikit pasal mak mertua sy. Sy ringkas MIL la ye. Rasanya semua paham. Sy dah 3 tahun kawin. Menumpang rumah MIL sy. FIL sy masih ada. Alhamdulillah dua2 masih kuat, even ada sakit2 tua. MIL sy agak moden luarannya tapi fikiran masih style org lama. Maksud sy, dorg membesar xsama zaman dengan kita, jadi apa2 pun dorg masih stick to traditional way. Dan dia ada cara tersendiri kemas rumah, masak, kemas dapur, sidai baju, basuh baju, semualahhhhhh. Mcm berprotokol la. Cerewet. Kuat bebel. Muka xpernah manis. Apa aku buat mesti dia akan pertikai. Masak nasik goreng kenapa xletak cili blend? Kenapa sayur sikit sgt. Ayam je ke hari2? Ikan xmakan ke?

1.Sebagai contoh. Bayar bil mesti kena ke pejabat pos. Sedangkan kita dah boleh bayar online. Nak kata dia simpan resit? Tak jugak. Lepas bayar mesti buang resit.

2. Masak kena ada semua bahan. Kalau xcukup 1, maksudnya jangan masak makanan tu. For example, nak masak masak lemak, daun kunyit habis. So jgn masak. Nak masak ikan? Kena ikut jenis ikan dan masakan yg sesuai. Example, nak bakar hanya ikan besar2 sahaja. Ikan kembung jgn gatai nak bakar. Nak buat gulai kari atau masak lemak, kena ikan merah, atau ikat2 filet atau ikan2 besar sahaja. Jgn gatai buat gulai ikan sardin. Xkenaaaaaa katanya.

3. Sapu lantai kena waktu siang sahaja. Malam jangan. Xmasuk rezeki. Ye ni aku selalu dgr. Tapi betui keee?

4. Masak nasik kena bukak penutup periuk. Nanti air nasik mendidih kena periuk kotor. Hasilnya nasik keringgggggg sgt. Nasik kena basmati je. Bashidup xboleh.

5. Minyak xleh banyak kalau buat gulai. Kalau boleh jgn minyak langsung.

6. Rumah kena kemas sentiasa. Jgn longgok2 barang. Hari2 kena kemas. Sapu sampah everyday.

7. Baju sidai kena pakai hanger.

Okey malas list sgt. Kalau baca mcm aku truk sgt kan cakap mil aku gini? Sebenarnya aku dtg dari family yg xberapa bersih. Asal boleh je. Mak aku bukan xpembersih, tp disebabkan anak2 dia xsemennggah jadi mak aku pun lantakkan. Lama2 dh terbiasa. Especially adik2 aku. Mak aku hari2 kemas rumah. Tp jap lg jd tongkang pecah balik. Adik2 aku kt rumah smua xpandai mengemas. Umur dh tua2 semua dh boleh jd mak bapak budak dah. Tapi malas. Skrg bila aku smbang2 ngn mak aku, mak aku mesti salahkan diri dia sendiri. Mak ckap mak silap, mak xpandai didik anak. Sedih aku dgr.

Ok berbalik pd cerita asal. Awal2 kawin kena duduk sini. Mmg aku xbiasa. Sampai stress. Smua aku pertikaikan. Kenapa mcm tu. Kenapa mcm ni. Mak aku xmcm tu pun.

Tapi 3 tahun aku duduk sini, aku sedar. Aku jadi pembersih. Hati aku tenang kalau balik rumah mil aku. Even mil aku kuat membebel. Tapi aku suka duduk sini. Aku rasa inilah rumah aku. Gitew. Ye aku tau rumah mil aku. Aku pun nak pindah dh hujung tahun ni. Menyewa jeeeee.

Aku jd xboleh tgk tmpat xkemas. Aku hari2 mop lantai. Aku masak jadi pengemas. Kdg xhabis masak lagi aku dh kemas2 basuh. Pastu tiba2 nak pakai balik, aku amek balik pastu basuh balik. Rugi sabun ngn air jee.

Okey perubahan aku mmg xde kena mengena ngn list2 yg aku list di atas. Tapi bila duduk ngn mil aku, aku jadi pandai nak uruskan rumah tangga. Aku berdisiplin. Aku rasa jd tau mcm mana aku nak didik anak2 aku nnt. Husband aku dan adik2 dia sgt ringan tulang. Hari2 sapu rumah. Basuh baju. Sidai. Adik2 husband yg dh kahwin pun mcm tu. Rajin tlg wife buat kerja rumah. Tlg jaga anak. Mandikan anak. Balik kerja penat2 pun rajin tlg wife lagi dan layan anak.

Mmg mil aku agak tegas. Boleh tgk dari cara hidup dan protokol dia. Tapi as parent, aku rasa mil aku berjaya didik anak2 dia jadi manusia berguna. Bukan aku maksudkan adik2 aku xberguna. Atau mak kandung aku sendiri fail. Takk. Tapi ada benda yg aku xdpt belajar di rumah aku sendiri, aku dpt belajar dari mil dan adik beradik suami. Even bukan secara langsung diajar.

Mula2 kahwin. Aku mmh xbrp ngn mil aku ni. Ada je benda dia nak soalkan. Aku xbrp pandai msak mula2 kawin dlu. Dia slaku soalkan kenapa aku letak gula dlam masakan. Aku cakap la nak seimbangkan rasa. Mil aku ckap, xperlu laaaaa. Aku stress je masatu. Makan je la banyak lak tegurnya. Lama2 baru aku tau. Mmg xyah gula pun hahahaha. Ok2 aku mmg ngok masa tu. Jrang masuk dapur masa bujang.

Aku kesian tgk mil aku. Dh pencen ni duduk rumah je kena jaga cucu. Adik2 ipar aku suka hantar anak rumah mil. sedangkan mil dh xlarat nak jaga. Aku jaga? Aku pun ada anak2 aku nak jaga. Kecik2 lg. And aku lak ada bisnes online. Mmg xdpt bantu 100%. Sikit2 boleh. So since aku tau dia bosan duduk rumah. Kdg weekend aku ajak dia keluar g mall. Aku, husband anak2 and mil aku. Mil aku suka gi romantika. Aku ajak la mil aku gi romantika cuci2 mata ke. Mil nak beli tudung? Aku akak gi carrefour. Mil nak beli barang? Aku ajak g hero. Bukan apa. Aku pun duduk rumab hari2 ngn anak2 dan anak2 sedara. Jd aku faham kepala otak jadi tepu dan xberkembang. So kena kuar jalan2. Nak harap FIL aku? Heh. Kirim salam haha. FIL aku masih kerja. So weekend atau malam2 dia suka lepak tgk bola ulangan atau tidurr. Atau lepak ngn kwn2 dia kat mamak.

Tiap2 minggu mil mesti nak gi pasar tani. Kdg ada lagi lauk minggu lepas. Tapi dia mesti kena pergi pasar tani. Jadi wajib pulak. Kdg, aku and husband dh ada plan utk kami je weekend. Tp bila mil aku mnx tlg bawak dia ke sana sini, atau dia mnx nak ikut, aku xsampai hati nak kata xboleh. Aku seboleh2 akan suruh husband aku dahulukan mak dia. Even kdg aku kecik hati sbb dh plan nak jalan2 tapi husband kena bwk mak dia gi checkup la, beli brg la. Tapi aku cepat2 happykan diri dengan shopping di shopee. Aku rasa shopee ni patut dihapuskan dah. Habis duit aku kat situ je. Aku seboleh2 xnak mil aku rasa anak dia lebihkan isteri.

Sebab? Aku ada anak lelaki. Infact semua anak2 aku anak lelaki. Aku xnak nanti menantu aku buat aku mcm tu. Jadi aku cuba berubah dari skrg. Aku cuba syg mil aku mcm mana aku syg mak aku sendiri. Aku bukan nak puji diri aku. Tapi, hidup ni ibarat roda. Berputar. Skrg kita muda, nanti kita dah tua. Siapa lagi kita nak harapkan kalau bukan anak menantu kita nanti. Lagipun, aku syg anak2 aku. Aku xnak dorg xbalik rumah aku nanti dorg dh kawin.

Banyak yg aku belajar dari mil aku. Alhamdulillah. dengan campuran hasil didikan parent aku dan hasil aku tengok cara family husband aku dpt combinekan dan jadikan kehidupan aku as wife dan as a mom lebih seimbang. Ada masa tegas. Ada masa cool sudah. Tq mak. Ita syygggg mak. Sorry dulu ita bongok xreti bergaul dgn mak and Ita judgemental. Ita dah berubah mak. Percayalahhhhh. Xoxo.

Assalamualaikum…

– Ita

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit