Mak Sentiasa Dalam Hatiku

Hari ini,

Terasa amat rindunya aku pada mak. Walaupun hari-hari telefon mak, cakap dengan mak, tetapi tetap rasa rindu yang semakin membara.

Sejak aku berkahwin tahun lepas, dan disahkan hamil lepas tu, lagi aku rindukan mak. Alhamdulillah, aku dikurniakan suami yang penyayang, baik. Walaupun kami pjj, tapi dia akan ambil cuti bila hari checkup aku. Ada juga yang dia tak dapat cuti, tapi tak mengapa, aku pegi checkup masih ada peneman.

Bila berada di fasa mengandung, macam-macam kau rasa. Kadang susah nak tidur, muscle cramp, belakang sakit..buat aku lagi teringatkan mak bagaimana keadaan mak mengandungkan aku, lebih-lebih aku sulung. Mak pernah cakap, dulu masa mak mengandungkan aku, mak tak sabar tunggu kehadiran aku, sebab nak tengok macam mana lah muka aku.

Dugaan masa mengandung ni macam-macam. Sejak awal buka buku pink, dah kena hb low. Kena la bebel dengan nurse dan takutkan aku. Aku akan call mak aku dan nangis.

Bila balik kampung, mak akan masak makanan yang tambah darah untuk aku, kerang, bayam. Begitu juga dengan mak mertuaku. Baik sangat denganku. Mak tak lupa juga bekalkan aku ikan bilis goreng supaya aku dapat makan masa lunch supaya dapat tambah darah. Tapi, sayangnya, hb aku tetap macam tu juga. Duk angka 10 je.

Masa minggu 28, bacaan gula lepas minum air gula aku tinggi. Allah, kena buat ujian bsp tiap 2 minggu. Penat, letih smua ada. Aku nangis cakap dekat mak sebab kena gdm masa mengandung. Mak bagi kata semangat kat aku. Ajar aku cara kawal makan. Sejak tu, aku makan nasi satu senduk je, lauk buah banyak, dan elakkan makan benda manis. Alhamdulillah bacaan semua terkawal, doc pun puji lagi bacaan aku.

Bila nak dekat Hari Ibu, aku cuba nak buat kejutan dekat mak. Aku ada jumpa seorang owner ni yang buat delivery surprise dekat orang tersayang. Aku upah dia hantar brownies dekat umah. Menitis air mata aku sebab mak gembira sangat bila terima kejutan begitu. Siap mak call aku lepas 2 minit dapat kejutan.

Lagi sebulan gitu, Ramadhan, InshaAllah baby dalam perut akan kuar. Doakan aku mudah bersalin ya. Mak lah insan yang paling aku sayang dunia akhirat. Mak selalu bagi kata semangat kat aku, bagi kata positif kat aku, selalu cerita agama kat aku.

Walaupun kak long tak dapat bersama dengan mak masa Hari Ibu ni, mak sentiasa dalam hati akak. Hari-hari adalah hari Ibu. Buat mak tersayang dan mak mertua yang aku sayang juga, selamat hari Ibu. Terima kasih kerana membesarkan suamiku menjadi insan yang disegani, dan moga aku juga dapat membesarkan anakku seperti kalian.

– Kak Long

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit