Malu Untuk Bersedekah

Assalamualaikum. Aku just nak share cerita masa kecik. Terlebih dahulu terima kasih admin kalau sharekan cerita ni.

Dulu masa kecik semasa arwah abah baru meninggal. Masa tu mak tak bekerja. Nasib baik arwah abah ada kedai runcit. Walaupun Mak tak pandai berniaga runcit dan kedai tu terpaksa ditutup untuk mengelakkan hutang namun syukur kami masih mampu bertahan selama setahun dengan makan apa yg ada dari kedai arwah abah. Ada suatu peristiwa disekolah, suatu hari sekolah ada meminta derma ikhlas dari ibu bapa(tak ingat untuk tujuan apa). Dan cikgu ada bagi surat rasmi untuk kami bagi kepada ibu bapa. Masa tu aku masih tak faham apa2 jadi aku simpan surat dan biarkan saja.

Selepas balik rumah sengaja aku diamkan kewujudan surat itu dari pengetahuan mak, sebab aku tahu yang mak mmg takda duit, jadi aku abaikan saja amanah cikgu dan sembunyikan maklumat itu dari pengetahuan emak. Dengan kuasa Allah mak terjumpa jugak surat tu semasa kemas2 bag untuk persekolahan utk keesokan hari nya. Emak tanya pada aku kenapa tak bagi surat tersebut pada mak, aku kata yang aku terlupa. Pagi esoknya mak bagi duit 50 sen. Aku jadi pelik. Mak mmg tak pernah bagi duit belanja pun sejak abah meninggal(aku tak kesah sebab masa tu dapat rmt).

Aku pun tanya mak duit ni untuk apa. Mak suruh bagi kat cikgu untuk derma. Aku cakap kat mak yang aku tak nak sebab aku malu…kawan2 lain mesti bagi RM10 @ RM5..aku malu nak bagi 50sen je..mak berkeras suruh aku bagi jugak…aku ambil duit 50 sen tu dengan perasaan marah. Semasa di perhimpunan sekolah cikgu cikgu memaklumkan untuk kumpulkan duit derma dari ibu bapa kepada sorang cikgu lelaki (tak ingat nama dia). Aku tak keluar dari barisan sebab malu untuk bagi derma 50sen…kawan2 sebelah semua derma duit besar2…aku malu…jadi aku tidak menderma.

Selepas habis perhimpunan aku pandang balik duit 50sen itu..apa aku nak buat dengan duit ni…jadi aku tebalkan muka jumpa cikgu lelaki yang pegang duit derma tadi dan hulurkan duit 50sen. “Minta maaf cikgu, ini je yang mak saya mampu untuk derma”. Cikgu tersebut tersenyum sambil ambil duit 50sen tadi. “Takpe, janji ikhlas” balas cikgu tadi kepada aku.

Itulah pengalaman pertama aku belajar menderma, biarlah sekecil mana pun nilai sedekah kita tapi nilainya berlipat kali ganda disisi Allah SWT. Syukur Alhamdullillah emak ajar menderma dengan cara ini, walaupun aku tahu mak masa tu memang tak ada duit, selalu aku nampak emak runsing mencari duit untuk sekolahkan anak2.

Emak aku masa tu tak pernah bekerja. Tak ada pengalaman kerja. Lepas habis SPM terus kahwin, tak tahu mcm mana nak cari duit untuk sekolahkan anak2. Ayah aku meninggal tak meninggalkan harta. Hanya kedai usang tulah harta peninggalan ayah….Alhamdulillah lepas peristiwa tersebut emak dapat tender kantin sekolah. Selepas dari itu hidup kami sekeluarga berubah dari daif kepada senang…syukur alhamdulillah….aku merasa sendiri bagaimana Allah SWT itu mengajar aku kelebihan bersedekah di usia muda..bersedekahlah kita dengan ikhlas selagi kita masih mampu bersedekah…ingatlah rezeki kita tidak akan berkurang dengan bersedekah sebaliknya iya nya akan bertambah berlipat kali ganda insyaAllah… :-)

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit