Mampukah Kita Berjihad?

Salam ‘alaik.
Aku disini bukan hendak memperlekehkan sesiapa, tapi hendak membuka minda kita yang masih dijajah. Dijajah dengan idealogi berjihad itu perlunya pergi berperang. Maaf, itu masih jauh lagi kerana tidak ada perintah daripada Amir (pemerintah) untuk pergi berperang. Berjihad itu boleh di definisikan dengan berjuang. Jadi apa yang korang nak perjuangkan jika pergi berperang? Agama?

Aku nak sentuh isu agama jika korang kata isu agama. Dengan situasi negara masih aman, berperanglah korang untuk menegakkan Islam. Bagaimana? Aku bagi sedikit saja cara.

Cara memperjuangkan dan menegakkan Islam.
Boikot semua drama atau filem atau lagu-lagu yang dilakonkan/dinyanyikan oleh pelakon/penyayi Islam. Susah? Kalau susah, hentikanlah niat korang hendak Jihad(berperang). Kenapa aku suruh boikot? Bukan nak tutup periuk nasi mereka, tapi hendak selamatkan mereka dari dosa berterusan.

Rata-rata akan cakap “itu hanya lakonan, bukan ada apa-apa”, “itu kerjaya, terpaksa untuk bersentuhan kerana itu melakonkan babak tersebut”, “dorang nyanyi bukan melalaikan, yang ko layan sampai lalai kenapa?”. Kalau itu minda terbuka korang, tak lama nanti ramai yang mengikut Mia Khalifa yang menjadi pelakon filem dewasa sebagai kerjaya.

Itulah “typical” Islam sekarang. Seronok dengan maksiat. Seronok melihat maksiat. Seronok melakukan maksiat. Seronok membiarkan maksiat. Memuji mereka yang melakukan maksiat. Sampailah anak muda kini seawal umur 8 tahun sudah mula berkapel dan lakukan maksiat kerana terikut-ikut dan hendak mencuba-cuba adegan-adegan maksiat dikaca tv. Sampaikan majoriti majlis keraian kini ada nyanyian, karaoke, didengarkan lunakan suara penyanyi sehingga asyik juga tarian wanita yang menggoda dengan gelekan lenggokan badan mereka.

Niat tidak menghalalkan cara, walaupun ada sesetengah lagu/drama/filem ada unsur-unsur pengajaran, tauladan, nasihat tapi ada maksiat didalamnya tetap tidak boleh. Suara lunak wanita, aurat wanita, lenggok wanita, raut wajah manis menggoda wanita, didalam lagu/filem adalah tidak boleh disisi Islam diperdengarkan/dipertontonkan kepada bukan mahram dan adegan bersentuhan antara lelaki dan wanita bukan mahram tidak boleh diperlakukan oleh Islam.

Takkan musnah ekonomi negara jika tiada industri muzik/lakonan. Tapi musnah Islam kerana Islam sendiri menghalalkan maksiat secara terbuka. Masyarakat akan melihat bagai Islam menganjurkan sedangkan ianya Islam tidak menganjurkannya. Mereka yang bukan Islam akan melihat, Islam sendiri tidak mempraktikkan fahaman Islam itu sendiri.

Mereka mengamalkan Islam versi mereka sendiri untuk menghalalkan perbuatan mereka. Korang marah dengan isu Siti (bukan nama sebenar ) kerana dia membawa Islam versi sendiri. Tapi korang tidak sedar, korang mengimarahkan lagi Islam versi pelbagai untuk menghalalkan apa yang haram. Musuh Islam (syaitan) bergembira dengan kejayaan mereka.

“Habis tu, filem mat saleh boleh pulak?”. Isu disini ialah memboikot maksiat “halal” yang dijadikan kerjaya yang jelas tidak boleh disisi Islam. Melainkan korang ada Islam versi sendiri yang membenarkan. Islam agama yang tiada sempadan bangsa. Jadi tidak ada isu filem mat saleh, atau mat mata sepet atau sesiapa. Sila jangan menjadi “typical” individu yang asyik mengaitkan agama untuk sesebuah bangsa. Jika dia Islam, boikot maksiat “halal” mereka.

Berbalik kepada persoalan mampukah kita berjihad?

– Aniq (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit