Mangsa Harassment Yang Takut Buat Report

Terima kasih admin kalau siarkan confession saya ni.

Saya nak kongsi masalah yang sedang membelenggu saya sekarang. Perkara ni sebenarnya dah berlaku dalam 2 bulan. Awal-awal kejadian saya masih boleh bersangka baik. Tapi dalam minggu ni makin menjadi-jadi dan makin teruk. Saya rasa seperti dah hilang kehormatan dan masalah ni membelenggu saya setiap masa, time solat, time nak tidur, time makan, time buat kerja dan time membaca.

Saya rasa bukan sesuatu yg normal bila seorang lelaki berusia 24 tahun ke atas sentuh private part untuk garu atau betulkan seluar didepan perempuan yang sudah dewasa. Kalau sekali dua masih boleh bersangka baik, tapi dah berlaku beratus-ratus kali dan setiap hari. Patut kah perempuan tersebut mendiamkan diri, hanya melihat apa yang lelaki tersebut lakukan dihadapannya?

Ditempat kerja, kadang-kadang saya perlu berkerja berduaan dengan Udin disebabkan tiada perkerja lain, jawatan Udin itu hanya Udin seorang sahaja perkerja dan jawatan saya hanya saya seorang sahaja perkerja. Kami melakukan kerja disebuah bilik dan kilang, setiap bilik ada menempatkan mesin-mesin dan peralatan untuk membuat kerja. Udin berusia dalam 24 tahun.

Masa tengah melakukan kerja, kadang-kadang Udin akan sentuh private part dia depan-depan saya tanpa berselindung seperti membetulkan seluar atau garu (tapi saya tak tau niat sebenar dia apa), tanpa sorok-sorok atau berhati-hati jika saya perasan atau tidak perlakuan dia itu. Udin adalah perkerja baru, dalam 2 bulan lebih tak silap. Yang saya sedar awal-awal dia masuk dia tak buat macam tu masa tengah melakukan kerja dengan saya, tapi lama kelamaan makin kerap dan makin jelas pulak dia buat. Tanpa rasa segan silu.

Berkat didikan mak ayah saya, Alhamdulillah saya tahu jaga batas pergaulan dengan lelaki bukan mahram. Saya jaga aurat dan jaga percakapan saya dengan Udin. Saya tidak bersembang perkara peribadi, cuma cakap pasal kerja untuk ajar apa yang perlu dilakukan sahaja. Tiada pula sampai bertepuk tampar, bersentuhan atau duduk dekat-dekat ketika berkerja, saya selalu jarak dalam 2-3 meter kalau melakukan kerja berduaan dengan Udin.

Ada lagi seorang staff perempuan kat situ namanya Yana dia bahagian admin, dan company tu sudah tiada staff lain dah. Kadang-kadang saya minta Yana temankan saya buat kerja dikilang untuk elak saya berduaan dengan Udin. Pernah juga Yana perasan Udin sentuh private part dia sekali. Yana mengiyakan apa yang saya cerita selama ni pada dia. Dan komen Yana dia rasa geli dan nak muntah. Haa saya cakap, tau pun.. Saya yang nampak hari-hari ni lagi rasa nak mati gelinya.. Tapi Yana pun ada kerja lain nak buat, dia tak boleh nak teman saya sentiasa pergi ke kilang. Sebab kadang-kadang saya dan Udin akan melakukan kerja dikilang sehingga seharian, dan kadang-kadang saya perlu kerap ulang alik dari office ke kilang.

Paling saya geram baru-baru ni, masa tengah bercakap dengan Udin, dia dihadapan saya jarak dalam 2 meter, Udin sentuh private part dia 2 kali. Seperti membetulkan seluar. Tanpa segan silu, sambil tu dia tengok muka saya. Macam sengaja nak saya tengok perbuatan dia tu. Masa tu saya rasa dia ni normal ke tak? Kalau ye pun nak betulkan seluar tak malu ke buat depan orang perempuan? Masa tu saya rasa marah sangat. Selama ni dia buat saya diamkan diri je, cuma rasa geli dan rasa tak patut simpan dalam hati. Time tu lah saya rasa saya tak boleh diamkan diri lagi. Saya patut cerita pada pihak atasan. Tapi saya takut kalau saya yang lebih-lebih paranoid atau overprotected. Sebelum saya cerita perlakuan Udin pada pihak atasan, saya fikir dalam-dalam, saya tertanya-tanya adakah dia selalu buat depan ayah dia, adik beradik lelaki atau kawan lelaki dia macam tu? Kalau ye, saya nak tau sangat apa reaksi ayah, adik beradik lelaki dan kawan lelaki dia bila dia buat macam tu. Kalau tak pernah, hairan sangat! Kenapa depan perempuan buat?? Depan lelaki malu depan perempuan tak malu?? Saya tertanya juga, Udin ni jenis Bimbo versi lelaki ke? Depan mak, kakak, adik atau makcik-makcik dia, dia sentuh atau garu tak private part dia? Kalau buat juga teringin nak tau apa reaksi mak kakak adik dan makcik-makcik dia. Kalau ye pun nak betulkan seluar atau nak garu.. Pergi la tempat yg takde orang kenapa buat depan orang? Tak malu ke? Dah la sentuh private part. Eeeeee tak pernah la jumpa orang gatal private part pergi garu depan org. Depan perempuan pulak tu. Jangan anggap nak garu private part depan orang lain, orang lain tak nampak.. Dah terang-terang garu depan orang, orang tak nampak apanye… Umur pun dah lebih 20 tahun boleh pulak berfikiran mcm budak-budak tadika garu private part depan orang.

Cuba bayangkan kalau dia selalu buat macam tu depan kanak-kanak perempuan atau budak perempuan sekolah rendah atau menengah yang naif, mesti diorang pelik kan kenapa la lelaki ni asik betulkan seluar, dah la sentuh private part pulak tu depan aku. Dan budak yang naif tu mesti tertanya-tanya dan cari jawapan bertanya orang atau cari di internet. Bukankah Udin dah ajar budak naif tu sesuatu yg kotor?

Perlakuan Udin sudah dirujuk pada pihak atasan, bila ditanya ada masalah ke kat bahagian tu? Ada gatal-gatal, alergic atau sakit dibahagian tersebut? Jawapannya tidak. Tapi yang peliknya, kenapa sentuh? Dan Udin sudah diberi nasihat kalau nak sentuh private part untuk betulkan seluar atau nak garu sila buat ditempat yang tiada orang. Semenjak dia dah kene tegur ni, saya selalu nampak dia acah-acah betulkan seluar. Tarik seluar dia keatas konon nak betulkan seluar. Banyak kali. Kalau ada Yana pun dia akan betulkan seluar time dia terlindung dari Yana dan masa tu saya nampak dia. Pandai dia plan. Paling teruk, hari tu saya ada depan dia, dia berani tarik baju dia naik atas dan betulkan tali atau zip seluar (saya tak nampak sangat tapi saya perasan macam dia tarik sesuatu kat seluar dia). Astaghfirullahalazim.. Dan terus saya palingkan muka. Masa tu Yana ada sekali saya minta teman, tapi Yana tengah duduk dia terlindung dengan dinding tak nampak apa yang Udin lakukan. Yang peliknya, setiap kali saya ada, setiap kali tu la dia nak sentuh bahagian private part atau tarik seluar acah-acah betulkan seluar. Hairan, time saya takde pun dia selalu buat macam tu ke? Berapa juta kali sejam nak sentuh private part atau betulkan seluar?

Baru-baru ni ada technician datang untuk betulkan mesin, namanya Joseph. Joseph memang kerap datang untuk ajar guna mesin atau betulkan mesin. Kadang-kadang saya dan Yana join sekali untuk tengok dan dengar apa masalah mesin tu. Kebanyakannya Joseph akan berdua sahaja dalam kilang dengan Udin. Selesai sahaja Joseph baiki mesin, saya dan Yana ada berdekatan Joseph, masa tu Udin takde bersama kami, dan saya bertanya Joseph yang Udin ada tak asik betulkan seluar depan dia? Jospeh hanya diam, dia tak respond. Tapi selepas beberapa ketika Joseph pulak tarik seluar dia ke atas dua tiga kali seperti betulkan seluar depan kami. Saya rasa macam Joseph ni ‘menganjing’ ke? Bila diamkan diri terus teraniaya pulak, seperti membenarkan orang melakukan perkara tak seonnoh dihadapan kita. Tapi bila cerita kat orang, orang anggap kita lebih-lebih pulak. Terutama lelaki.

Saya dah rujuk pada Jabatan Pembangunan Wanita dan Masyarakat, pegawai yang jawab telephone saya suruh refer pada pihak atasan, kalau masih terjadi berhenti kerja atau refer pada polis. Pegawai tu cakap dia tak tau nak tolong macam mana, dia kata sebab saya belum kene sentuh atau lebih teruk dari tu. Eh dah kene teruk baru nak ambil tindakan ke? Tak membantu langsung pegawai tu, dah la takde sikap ambil berat tanya soalan lebih lanjut ke, ambil masa untuk dengar luahan orang ke. Macam takde rasa simpati langsung. Habis je saya cakap terima kasih takde pun dia cakap sama-sama atau bye, terus dia letak telephone. Saya agak terkilan dengan tindakan pegawai tu. Dia anggap mudah je kes saya ni selagi tak kene sentuh atau kene teruk dari tu.

Ada juga saya refer kepada kawan perempuan saya masa sekolah dulu yang berpangkat inspektor namanya Diha. Diha suruh saya buat report polis. Kalau ada video, saksi dan lain-lain boleh buat bukti. Kes boleh disiasat bawah akta 509 Kanun Keseksaan. Lega sikit bila ada orang ambil berat masalah yang saya alami ni.

Saya nak buat report polis tapi saya dalam dilema, saya takut. Macam mana masa depan saya disyarikat tu kalau saya dah melibatkan polis. Saya hormat majikan saya, majikan saya melayu, saya tak nak majikan saya malu kalau ada kes polis dalam syarikat dia. Dan saya ada terlintas sedikit kasihan kan Udin, kalau dia ditahan masa depan dia akan terjejas sebab dia ada record buruk pernah dipenjara atau didakwa. Dan semua kerja akan tergendala kalau Udin ditahan, takde siapa akan buat kerja, dan majikan pulak kene interview orang lain untuk cari pekerja baru. Lagi pulak, Yana pernah jadi saksi kejadian, saya tak nak melibatkan Yana kalau nak bawak kes ni ke balai polis. Dan saya tak rasa Yana pun akan berani jadi saksi untuk ke balai polis. Mesti dia risau dan berbelah bagi.

– Si Pemohon Pembelaan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit