Mangsa Penderaan Mental

Salam. Tadi terbaca kisah Sha dan tiba2 teringat dengan peristiwa 16 tahun yang lepas. Sebelum tu nak mintak maaf kalau kisah ni panjang. Untuk pengetahuan semua, saya tak pernah bercinta atau mempunyai kawan2 lelaki sebab saya seorang yang pemalu sehinggalah saya berjumpa Z. Tu pun ambil masa yang lama untuk saya menerima Z sebab saya tak suka dia mula2.

Z ni masa mula2 memang sangat2 ok dan baik. Cakap lembut dengan saya dan layan saya dengan baik. Tapi lama kelamaan dia makin panas baran dan ada jer benda tak kena dimata dia. Dia jugak seorang yang kuat cemburu, suka ugut, kuat kontrol saya, dan pinjam duit saya tapi tak bayar. Sampai lepas habis kelas pun, bila saya cakap nak buat study group dengan kawan2 dia akan suruh saya balik rumah saya dan kalau saya berdegil dia ugut nak langgar saya la nak simbah asid la dan macam2 lagi.

Untuk pengetahuan semua, Z juga tipu yang dia bujang sedangkan dia dah kahwin dan ada anak 3 orang. Dan surprisingly, bini dia selalu kena pukul dengan dia. Bini dia cerita yang masa dia mengandungkan anak ketiga, Z seret dia dari pintu rumah ke depan jalan raya. Bayangkanlah! Dan macam2 lagi bentuk penderaan.

Terus terang lepas saya tahu jer Z ada isteri, saya nekad nak tinggalkan dia sebab saya taknak ambil suami orang. Tapi Z selalu je ugut saya macam2. Dan untuk pengetahuan semua juga, apa yang Z buat kat saya, saya pendam sendiri. Saya tak cerita kat sesiapa hatta kat mak saya pun sebab saya takut dengan ugutan Z. Masa tu memang stress sangat.

Dipendekkan cerita akibat tak tahan dengan penderaan mental oleh Z, saya beranikan diri cerita kat mak saya (Ayah saya dah meninggal dunia). Mak saya kata dia dah tau mesti ada sesuatu tak kena tapi setiapkali dia tanya saya jawab takde apa2. Masa saya cerita kat mak saya tu saya tengah bergaduh dengan Z.

Petang tu Z message saya. Kebetulan mak saya ada kat sebelah, dia cakap jangan balas message tu. Saya pun tak balas. Lepas tu dia message lagi sampailah part maki hamun dan ugutan (Selalunya bila dah sampai part ugut mengugut tu saya akan balas sebab saya takut). Masa tu saya rasa takut dan nak balas, tapi mak saya bertegas kata jangan balas langsung. Then saya memang tak balas.

Malam tu dia masih kacau saya dan ugut macam2. Esoknya mak saya ajak pergi balai polis untuk buat report tapi saya ni naive sangat semua message2 Z saya dah delete (my stupid mistake). Lepas clash Z masih lagi ugut2 saya sampai pakcik saya terpaksa masuk campur dan sound Z supaya jangan kacau saya lagi. Lagipun polis ada call Z sebab Z ada datang rumah saya. Masa tu mak saya bercakap dengan dia.

Sepanjang bersama dengan Z, memang saya sangat stress. Saya risau kalau saya tinggalkan dia, dia akan cederakan saya dan keluarga saya. Masa tu memang sukar untuk saya keluar daripada hubungan tu akibat ugutan Z. Macam2 yang bermain dalam fikiran saya. Sampailah saya luahkan segalanya kat mak saya barulah saya rasa yakin dan bersemangat untuk bertindak.

Kawan2 semua, kita mungkin mengalami penderaan yang berbeza samada kita sedar atau tidak. Apabila berada dalam situasi tersebut, kita pasti akan rasa yang tiada jalan keluar lagi untuk kita dan kita juga akan rasa tiada siapa yang dapat membantu kita. Tapi sebenarnya kita silap.

Nasihat saya kalau kita berhadapan dengan situasi macam ni:

1) Kita perlu luahkan apa yang terpendam dekat keluarga atau kawan2 terdekat.

2) Jangan takut untuk bertindak.

3) Jangan takut dengan ugutan2 yang diterima.

4) Buat report polis. Jika didera secara fizikal, ambil gambar kecederaan dan pergi ke hospital sebelum buat report polis.

Saya bersyukur kerana doa saya untuk keluar dari hubungan gila tu Allah makbulkan juga akhirnya.

Apabila saya baca kisah2 penderaan, akan ada komen2 yang kata ‘putuslah’ ‘cerailah’ ‘apa tunggu lagi?’ Sebenarnya, tak mudah untuk keluar dari hubungan macam tu. In fact saya mengambil masa berbelas tahun untuk pulih sepenuhnya dari trauma.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca kisah saya. Dan saya berharap kisah saya ini dapat memberi semangat kepada wanita/lelaki diluar sana yang berada dalam situasi macam ni untuk bertindak dengan bijak dan selamat. Saya mendoakan semua pembaca berada didalam rahmat Allah.

– Mangsa penderaan mental

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit