Manusia Makin Tenat

Salam. Aku rasa tajuk aku dah cukup menggambarkan apa aku nk luah. Ya. Aku nk cakap pasal kes kematian adik Zulfarhan Osman, pelajar UPNM (Al-Fatihah). Kes belum selesai tapi ramai sedia maklum 5 orang akan disabit bwh kanun 302 termasuk seorang yg bersubahat, kanun 109. Maaf klu ad salah. Secara jujur aku adalah antara orang yang gigih stalk instagram, twitter dan facebook budak2 ni. Tapi secara silent reader. Tak pernah nk komen ke apa. Cuma investigate (dalam bahsa aku sendiri). Ya. Memang aku marah. Sakit hati. I’m nobody to the late Zulfarhan, just a grown up who can’t tolerate inhuman acts. Kenapa sampai bunuh?!

Dari awal penangkapan dibuat, memang dh tahu seramai 36 terlibat. Aku pon faham tak semua pelaku. Bapak arwah sendiri pon ckp ad 3 jenis golongan yg terlibat. Pelaku. Pelaku secara paksa (tolong sipi2 mungkin). Dan saksi yang kaku takboleh nak buat apa2. Aku letak diri aku dekat keluarga mangsa. Sedih Ya Tuhan. Semua org boleh imagine.

Aku start aku punya stalking activity dekat instgram. Memang boleh free2 tgok instagram mana2 yg xprivate. Dr awal aku stalk okay je xde yg maki hamun. Tapi makin jauh aku stalk instead of sakit hati dekat diorang, aku makin kesian. Kt sini aku rasa mesti korang dh cm ‘Nak kesian apa bunuh org kot?!’ Haa. Tahu. Sbb tu aku letak dlm confession. Kenapa aku kesian? Sebab salah sorang yg kena tgkp which actually turned out bukan antara yg didakwa Ya Allah instagram penuh dengan makian. Dia waktu tu hanya lah ditangkap mungkin sebagai saksi (based on kawan2 dia).

Fast forward lepas sebutan kes (14/6)

‘Ohh ini lah muka pembunuh’
‘Muka bodoh rasa nak pijak’
‘Salam Syawal dari tirai penjara’
‘Makbapak pon bodoh’
‘Gantung sampai mati kita iron dulu’
‘Salam ahli neraka’

Seriously? Ini kah doa dari golongan yg acah suci sekalian? Daripada sakit hati dengan pelaku aku lagi sedih tengok comment macam ni. Siapa kita nk jadi Tuhan? Menghukum. Dia masuk penjara ke tali gantung sekalipun itu dah alarm bagi dia bertaubat dan masa suntuk untuk mati. Kita? Nasib kita keluarga nnti belum tentu elok. Apa hak kita, ungkit makbapak dy tak betul semua. Label mereka ahli neraka. Rasanya korang yang komen macamni golongan yang tak membaca, lagi2 cerita zaman nabi berkaitan taubatnya orang yang membunuh. Dia berdosa membunuh, tapi kalau dy bertaubat dan mintak maaf kt ahli keluarga arwak, then who are we to judge? Bila masa kau Tuhan?

Mereka salah. Ya. Tapi sumpah xboleh brain komen zalim macam ni. Aku berhenti stalk secara jujur sebab xtahan baca komen. Dulu aku ingat dekat US dahsyat dah serangan public taoi Malaysia lagi teruk. Ingat lagi kes Amar Titan. Memang rude oerbuatan dy, tapi dy menyesal. Korang tau apa komen netizen yang aku baca? ‘Aku rogol bini kau’. Mana lagi teruk? Kita ada undang2. Apa yang kita tak tahu, komen macam ni one day boleh buat orang go through depression sampai bunuh diri. Tak prrnah kena lagi memang kau boleh chill sambil maki post ni. Tapi beleive me, one day klu sampai kena dalam family sendiri baru rasa.

Masyarakat kita makin tenat. Semua benda nak viral. Ada baik, tapi lebih kepada buruk. Aku highlight semula, kuasa VIRAL. Tak tahu hujung pangkal cerita terus menghukum. 6 saspek utama, masa depan memang gelap. Tapi aku yakin Allah sentiasa buka pintu taubat. Semoga kamu menyesal dan bertaubat sepenuhnya. Dan mungkin ada lebih baik berada di tirai besi, kerana kata-kata masyarakat di luar menghancurkan hidup kamu, mungkin juga membunuh.

Kepada ahli keluarga suspek yang tahu account Instagram, Twitter, Facebook etc. tolongla delete. Sy xsanggup nak baca kecaman orang. Atau sesiapa yang prihatin, sama2 kita report page diorang supaya accounts mereka ditutup.

Semoga kalian mendapat keampunan keluarga arwah. Dan bertaubat sepenuhnya kepada Allah. Doa sy bersama korang.

– Siti

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit