Manusia Yang Mencemari Aidilfitri

Assalamualaikum pembaca budiman.

Saya menulis luahan ini pada jam 3.12 a.m 1 Syawal 1438 H. Bukan lah saya tidur lambat kerana memasak ketupat rendang, tapi kerana terbangun dan terpanggil utk menulis luahan tentang tajuk ini. Mereka lah punca nya.

Allah s.w.t mengajak manusia supaya bertakbir bertahmid dan bertasbih pada malam hari raya apabila mereka telah berjaya mengharungi ibadah puasa selama sebulan. Golongan yg betul2 menghayati dan memaknai Ramadan sahaja lah yg akan merasai nikmat Aidilfitri ini yg sebenar.

Mereka yg merosakkan Aidilfitri bukankah mereka yg betul2 telah berjaya di fasa Ramadan itu. Muhasabah lah adakah kita, anak kita, cucu kita, ahli keluarga kita tergolong daripadanya .

Ada beberapa kategori manusia seperti mereka ini. Tetapi yg membuatkan saya menulis luahan ini adalah mereka yg mencemari Aidilfitri dengan membuat gangguan kepada orang lain, memecahkan suasana ketenteraman kampung, mengganggu kejiranan dengan bermacam cara.

Ada yg bermain mercun kuat sejak dari maghrib hingga tgh mlm buta. Mereka mengganggu khusyuk solat jemaah di surau atau di rumah dan org yg mahu tidur. Baby yg masih kecil hatta anak kucing yg belum pernah menyambut raya.

Ada pula manusia yg mencuri peluang merempit di jalan raya yg lengang di tgh mlm sambil membaling mercun ke tgh jalan yg kiri kanannya rumah rumah jiran yg sdg tidur.

Bagaimana jika jirannya itu bukan muslim? Muslimkah yg membuat bising itu? Atau sekadar pada nama? Mereka ini pastinya berjaga malam bukan memasak lemang atau berqiamullail. Tapi puas dengan keseronokan dunia membaling mercun memecut motor ke sana sini. Dan mungkin berpagian di Aidilfitri di alam mimpi sahaja.

Sehingga saat ini masih terdengar deruman enjin motor itu. Menakutkan dan menyakitkan hati. Tidak serik walaupun telah dikejar oleh polis yg mendapat aduan drpd si pengadu yg mungkin tidurnya terganggu. Mungkin pengadu itu bekerja pada esoknya. Mungkin pengadu itu punya anak kecil yg menangis terjaga kerana terkejut. Mungkin juga pengadu ada orang tua yg sakit di rumahnya.

Adakah mereka yg main mercun itu mahu menunggu sehingga putus tangannya baharu hendak menyesal. Ada kah yg merempit itu mahu menunggu sehingga hilang kakinya baharu nak tidur. Kepuasan apa yg kau dapat dengan mengganggu manusia?

Pakcik makcik atuk nenek abang kakak adik lihatlah ahli keluarga kita. Adakah mereka dalam kalangan ahli keluarga kita. Adakah mereka dalam diri kita. How i wish that they vanished from this world. And god fill this world with nice people good people. May we all can live our life happily harmonily ever after.

Kepada semua, janganlah cemari Aidilfitri yg mulia ini dengan perbuatan yg tidak baik. Be good to others and yourself. Hatta nyamuk berdesing di telinga pun kita tak suka. Hatta lalat menghurung di kiri kanan badan pun kita tak suka.

Jagalah adab di Aidilfitri. Raikanlah dengan kesyukuran. Takut jika hilang syukur, Allah akan ambil nikmat dari kita. Allah x suruh rai dengan mercun rempit tu semua. Jangan hingga nikmat kaki tangan akal fikiran tergadai di dunia. Akhirat tak kemana mana.

Salam Aidilfitri buat semua.
Semoga Allah terima amal soleh kita.
Maaf zahir batin.

– ketupat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit