Maruah Semasa Berpraktikal

Assalamualaikum.

Thanks admin kalau publish konfesi aku. Konfesi aku agak panjang jadi harapnya kalian sudi membaca demi ibrah yg bakal aku sampaikan. Moga jadi iktibar buat semua.

Aku student sebuah kolej yang separuh swasta separuh kerajaan. Dan pernah praktikal di sebuah bank yg terkenal dlm Malaysia ni.

Perwatakan aku skema, noob dlm fesyen, dgn pakai spek lagi makin bertambah skemanya.

Tapi sebab nak praktikal, atas nasihat kakak aku, aku touch up sikit penampilan aku ni. Buh concealer, bedak, tutup cela yg ada dan pakai lip matte natural.

Hari pertama praktikal biasa la briefing pagi, aku intro diri aku dengan penampilan baru ni tapi spek masih di mata.

Dlm masa aku bercakap aku perasan ada je mata2 yg jeling atas bawah dan tak berminat nak dengar intro aku.

Baju aku elok je formal, kemas dan wangi. Kasut bertumit dan tutup. Aku rasa aku dah touch up apa yg patut jadi apa lagi yg tak cukup pun taktau. Ignore jela.

Hari pertama kena duduk sebelah teller kat kaunter pertanyaan, belajar tekankan nombor customer ikut kategori, macam2 la.

Semuanya okay, kerja aku rotate every department sampai la tiba masanya aku kena pergi credit unit. Kat situ banyak jenis loan aku kena belajar supaya dapat attend customer, dan kebanyakan staf department tu cina.

Diorg selalu busy dengan paperworks menimbun atas meja dan hadap call tak sudah2, jadi aku pun tak lah nak tanya diorg lebih2. Aku faham diorg ada kerja diorg, so I should learn the hard way.

Sampai minggu kedua aku duduk sebelah dan tolong2 officer kt credit unit tu, muncul sorang pegawai yang baru balik dari cuti.

Let me call him A. Lelaki melayu. Dia tak nampak busy sgt jadi aku intro la diri aku dan offer nak tolong apa2.

Well, he rejected my offer to help dengan sombongnya.

Bercakap langsung tak pandang aku, bila aku minta ajar cara kira overlap dengan sopannya masa dia free tu, padahal tangan dia elok je main henfon gelak2, dia (dengan malasnya nak angkat muka tgk aku) suruh aku belajar dengan orang lain.

Aku pun hm ok rilek2 tenang je dan senyum pergi tempat lain, sbb kakak aku dah pesan realiti praktikal ni byk cabarannya. Thanks kak ngah.

Aku pun learn the hard way lagi guna ihsan google dan tolong2 chinese officers yg super busy ni kerja.

Alhamdulillah aku berjaya attend banyak customer siap dapat file kan lagi loan application yang tend to be approved. Thanks to my hard work and google.

Masuk 2 bulan terakhir aku praktikal situ, ada budak baru masuk, student U praktikal jugak. Cantik bertudung, pakai heels, pakai braces and ber-contact lens. Belum sempat bukak mulut nak briefing je semua dah “wuuuu awak single tak single tak?”

Padahal yg “wuuu” tu officers tau. Aku terkejut bila tengok suasana yg tak formal.

Sejak dia masuk memang semua melayu jaga dia elok. Lunch tu siap belanja, dan sebab dia ada kereta macam2 bos mintak dia bawakkan kemana2 (meeting besar etc).

Yelah, aku ni bawak motor je. Offer bawak ke mana2 siapa je sudi.

Dan senyuman aku tak semanis budak baru ni (let’s call her N). Aku ni pendek pakai heels pun tak cukup ketinggian, dah la kurus kering kan. Kulit coklet. Hahaha.

Sedangkan si N tu putih, tinggi macam model dan badan pun ada shape. Pakai apa pun cantik.

Aku akui aku jeles. One of the main reason is, sebab A yg sombong tu volunteer ajarkan dia SEMUA benda.

Everything yang aku sendiri bersakit-sakit selama berbulan2 belajar sendiri dan di reject oleh dia utk ajar, dia dgn rela hati ajar pada N!

Even A mintak kat boss lagi suruh tempatkan N sebelah dia lebih lama so dia boleh ajar macam2. Sentap aku weh.

Aku tolong officers kat sini kira banyak. Designkan flyers promosi branch (aku reti photoshop), promote kat twitter, FB, blog pasal promosi-promosi produk terkini, even masa attend customer pun aku promote banyak benda sampai sales branch ni naik.

Yet they still didnt see my potential.

Aku akui aku pendiam. Keluar lunch dgn diorg pun aku tak reti bersembang small talks ni. They talk about rumahtangga, fashion, make up, gosip artis sedangkan I’m more to isu semasa dan ekonomi.

Aku cuba engage perbualan diorg tapi lama2 jadi awkward sebab tak masuk. Trust me I tried again & again, mmg tak menjadi.

Lama2 aku lebih selesa lunch dgn a bunch of chinese tu pun tak kerap sangat sbb diorg selalu lunch tmpt non halal.

Tapi aku akui, N ni sangat peramah, sopan santun, pandai ambik hati org, belikan make up mahal2 utk kakak2 officer melayu yg lain. Aku ni apa lah sgt. Duit pun cukup2 je buat duit minyak, tol dengan makan.

Tu pun ada masa rezeki lebih, aku belanja department tu makan, belikan pizza beberapa kotak then letak kt pantri. Ada jgk aku belikan nasi kandar.

Masing2 masa nak makan tu pandang aku awkward gila sbb diorg tak rapat pun dgn aku mcmana diorg rapat dgn N. Takpe la, aku faham dan ikhlaskan.

Sampai la bulan terakhir aku kat situ, sorang kakak ni dgn direct nya cakap kat aku,

“Kau tak sesuai la kerja sini dik,”
“Ha, kenapa kak?”
“Tengok baju kau, kasut kau. Bukan penampilan bank.”

Aku pun tengok baju aku. Elok berbaju kurung plain, tudung floral. Kasut aku pun bertumit, cuma tak tinggi la.

“Tudung kau tu. Cuba naikkan atas sikit dari dada, ni labuh melambung2 aku tengok tudung kau bila berjalan. Rimas orang tengok”

Atas dari dada? Bermakna dada aku perlu diserlahkan?

Aku confuse masa tu. Tudung aku bidang 50 je kot. Kalau aku kat luar siap pakai bidang 60 tau, kadang2 labuh mcm khimar lagi. Kira habis baik dah ni aku fit in sini pakai bidang 50. Tudung pun semua aku pakai sini yg cantik2.

Then kat situ jugak dia bukak pin tudung aku, naikkan paras tudung aku ke atas dada dan pinkan. Muka aku terasa panas masa tu. Macam nak menangis.

Habis je terus aku masuk toilet betulkan balik sambil nangis depan cermin. Balik tu aku mengadu kat mak, mak suruh sabar.. diam je tapi pakai balik macam biasa. Aku angguk.

Esoknya waktu lunch, aku nampak A dan N lunch berdua. Selesai lunch, dlm ofis N tunjuk jari manis dia pada aku,

“See? A bagi.”

Ya, cincin. Dia senyum suka sambil belek cincin tu. Bila aku tengok jari manis A, tersarung jugak cincin yang sama cuma saiz berbeza.

Aku pun, aih takpelah. Merpati sejoli kan. Aku doakan N bahagia lah sampai naik pelamin. Untung baru masuk praktikal dah jumpa jodoh ni.

Tup2 minggu depannya ada sorang perempuan cantik dtg department kitorg bawak bekal. Semua staf mengusik si A. Bini si A rupanya! Ingatkan A ni single.

Si N langsung tak memberi reaksi bersalah. Yelah diorg dh macam couple aku tengok. Padahal A tu dah kahwin. Lepas bini A balik aku ingatkan diorg tak dating dah, still dating lagi rupanya.

Keluar sana sini, paling takleh lupa masa aku gi shopping mall dgn chinese officers teman diorg makan, aku nampak A dgn N jalan pimpin tangan.

I was like…. whutttt.

A siap berseloroh depan staf yg lain, “kalau saya ni tak kahwin lagi la, dah lama saya lamar N. Haih N, kenapa lah awak datang kemudian daripada isteri saya.”

Then the whole office laugh hysterically. But I dont. Kalau lah isteri dia dengar mesti sedih sangat. Plus, isteri dia dah sempurna aku tengok. Cantik lebih cantik dari N, siap jaga aurat lagi.

Tapi… suami dia kat ofis ni gigih skandal dgn anak dara orang…

Seminggu before aku habis praktikal tu, N baik gila dengan aku. Aku pun muka ada sunyum la. Ingatkan memang baik ikhlas, rupanya baik bersebab.

Dia suruh aku tiru tandatangan seseorang kat satu borang sebab A suruh. Bos pulak tengah takde. N kata dia takde seni nk tiru2 ni.

Aku banyak kali tolak sebab rasa semacam nak tiru2 ni tapi A siap beriya duduk sebelah N tolong pujukkan aku yg benda ni normal. Dan N pernah nampak aku pandai lukis. Jadi dia assume la aku boleh tiru tandatangan tu.

Last2 lepas dipujuk rayu, aku buat… A punya happy sampai belanja aku makan petang tu. Esoknya dia mintak aku tolong lagi, tolong tuliskan nama2 kawan2 dia dlm borang lelong ar rahnu.

Aku tanya lagi kenapa tak buat sendiri? Kan nama kawan2 dia? Dia kata kalau officer tuliskan nama kawan2 sendiri tak boleh, jadi kena orang lain tuliskan.

I dont see any difference tapi sebab aku suka dgn bond kami yg tak awkward dah, aku pun ikut apa dia suruh. Bos balik pun takde apa yg berlaku.

Disangka semuanya aman, rupanya… 3 hari sebelum aku balik perkara2 ni berbangkit kembali, last2 nama aku yg naik, A tak mengaku bersalah dan petik nama aku.

Aku angguk kesal. Memang since dipujuk pasal tiru sign tu aku dah rasa tak sedap hati. Rupanya baru aku tahu tandatangan yg aku tiru tu adalah tandatangan Head Officer bahagian disbursement.

Memang masak aku kena.

Siap dgn kolej aku dapat surat warning, diminta pensyarah datang jelaskan benda ni. Malu aku. Malu.

Aku ceritakan semuanya pada pensyarah aku, pensyarah aku memang rasa nak marah je masa aku cerita, kenapa bodoh sangat ikut apa diorg suruh.

Aku angguk minta maaf. Aku sendiri keliru nak ikut ke tidak. Sebab A kata normal kat bank buat camni so aku pun ikut la. Tak sangka jadi mcm ni.

Hampir aku digantung satu sem sebab ni. Tapi thanks to pensyarah-pensyarah yang percayakan aku, aku tak pernah ada rekod salahlaku/disiplin kat kolej jadi sedikit sebanyak rekod bersih tu membantu.

Akhirnya aku tinggalkan tmpt praktikal dengan cara dihalau, tak celebrate apa2, briefing pagi je dah kena sindir.

Aku tinggalkan tmpt tu dgn air mata. Of course, I love this job. I would want to be promoted as a staff too bila habis lagi 2 sem nanti, tapi apakan daya, benda macam ni jadi.

Sekarang, aku dah di sem akhir. A dan N masih couple according to chinese staffs dan dengarnya A is on the verge of divorce dgn isteri.

Allahu, aku kesiankan isteri dia. Moga2 lah A berubah.

Si N got promoted to be a staff there. Dengarnya she’s doing good, alhamdulillah.

Aku disini tak dipandang langsung oleh mereka di sana. Ibarat sampah. Aku redha, geram memang geram tapi aku akui kebodohan aku mengikut tanpa prinsip.

Sampai skrg just a few chinese je yang masih hai2 aku kat facebook, yg melayu, hmm. Kita add pun tak approve2.

Tapi aku bersyukur, sebelum aku keluar dari kolej ni lagi dah ada job lebih baik untuk aku. Sebenarnya since sem 3 lagi aku dah rajin hantar resume kat jobstreet, maukerja dan lain2. Saja cuba nasib.

Tiba2 sem 6 ni dpt interview position admin clerk & bookkeeping kt syarikat hardware milik chinese, memang garang sgt cara dia interview aku. Tapi I managed to counter everything smoothly, so dia impressed tambah lagi dgn experience aku yg not bad, aku pun boleh mula kerja seminggu lepas tarikh aku habis sem 6 ni.

Alhamdulillah. Gaji pun even better than kerja bank. Kerja pun tak perlu formal sgt, smart casual je manager tu kata. Dia bg kelonggaran waktu solat sbb ada beberapa melayu jugak kerja sana yg guna ruang solat.

Tudung aku bidang 50 ni pun diterima. So, sesuai sangat lah dgn aku ni.

So apa yg berlaku ada hikmahnya. I dont need to have an affair with someone to be promoted, tak perlu naikkan paras tudung aku utk fit in komuniti kerja, dan hopefully tak perlu buat kerja tak beretika lagi hanya kerana mahu diterima.

Aku taktau nak pesan apa pada korang, tapi aku harap berdasarkan apa yg aku lalui, ambik lah sebagai pengajaran mana yg patut.

Jangan terlalu naif, dan tak perlu dahagakan penerimaan orang. Bila terlalu dahaga memang kau akan dipergunakan.

Kau buat kerja sehabis baik kau, sudah. Kalau tak dihargai, blah je dari situ bila habis praktikal. Tak payah harapkan promotion dia.

Maruah tu, jaga.

K tu je. Selamat berpuasa.

– Didi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit