Masalah Kaum Perempuan

Salam semua. Sejak akhir-akhir ni saya rasa agak terpanggil untuk menulis sebuah confession ke site IIUM ni. Sebelum ni hanya silent reader dan lebih banyak membaca dan memerhati. Semoga semua dapat manfaat dari apa yang ingin saya confess kan hari ini. Terima kasih admin kalau sudi approve confession ni dan minta maaf kalau bahasa terlalu skema, saya akan cuba tulis dengan lebih santai. Minta maaf juga kalau topik ni dah pernah disiarkan, mungkin saya tak pernah baca.

Sebagai wanita dan juga mempunyai lebih ramai kawan-kawan wanita dari lelaki, ada beberapa isu yang nak saya ketengahkan dalam confession ni. Saya berumur dalam 25-30 dan Alhamdulillah I am blessed with great friends (male and female) that are positive as well as supportive. Tetapi adalah quite a number of female friends di luar dari lingkungan kawan-kawan baik saya yang mempunyai beberapa ‘masalah’ dalam kalangan perempuan ni yang saya rasa, indahnya dunia ini kalau perempuan dapat sedar tentang ‘masalah-masalah’ ini dan cuba betulkan persepsi mereka. Semoga dapat manfaat.

1. Perempuan cepat cemburu
Saya perasan, ramai perempuan yang suka cemburu dengan perempuan yang lain. Saya faham, kalau kita nampak perempuan yang lebih cantik, lebih pandai, lebih segala-galanya, mesti akan ada terdetik sedikit rasa cemburu. Tetapi yang jadi masalahnya ialah apabila timbul rasa jealous yang sangat melampau sampai jadi benci pada orang tu dan berusaha nak menjatuhkan mereka. Dan yang paling teruk, bila ada yang menyebar cerita-cerita tak elok (fitnah) tentang perempuan tu hanya untuk buat orang jadi tak suka pada dia. Ramai yang saya perhati berperangai macam ni. Kan lebih bagus kalau kita kawan dengan dia, rasa ter inspirasi dengan diri dia dan berubah jadi orang yang lebih baik. Yang baik, kita jadikan contoh, yang tak baik, jangan ikut. Jadikan orang tu kawan dan who knows, you could gain a great friend as well. Jangan terlalu iri pada seseorang itu, tiada siapa yang rugi melainkan anda sendiri.

2. Perempuan suka judge perempuan lain
Yang ini banyak saya observe dari segi penampilan sesorang tu. Perempuan pakai makeup, berfesyen dikatakan fake, sombong, boros, bimbo, etc etc. Perempuan tak pakai makeup, simple dikatakan pemalas, tak lawa, kampung dan macam-macam lagi. Wahai wanita, cukup-cukuplah lelaki saja yang label kita macam-macam. Cukuplah lelaki saja yang condemn kita itu ini. Kenapa kita nak menjatuhkan masing-masing? Kalau foundation or secalit lipstick tu boleh buat seseorang tu lebih confident, lebih happy, then why do you have to be so negative about it? Dan kalau seseorang wanita tu lebih selesa tanpa solekan, hanya dengan bedak baby je, dan dia happy, yakin dengan diri dia, then who are you to judge her? Terima sajalah yang kita semua berbeza dan bantu masing-masing untuk menjadi lebih baik. Pernah sekali berlaku di hadapan mata saya, seorang perempuan ni membuli seorang perempuan yang lain hanya sebab dia makan banyak dan tak pakai makeup. Like seriously? Secantik-cantik rupa seseorang perempuan tu, bila perangainya seteruk itu, dah tak nampak dah apa yang cantik kat dia. Hmm. At the end of the day, cantik tu datangnya dari hati juga.

3. Perempuan terlalu inginkan lelaki
Memang manusia ini diciptakan berpasang-pasangan. Lelaki untuk perempuan dan perempuan untuk lelaki. Tapi tak perlulah kita terlalu mengejar lelaki wahai wanita-wanita yang disayangi. Simple je, kalau lelaki ni memang nak dekat seseorang perempuan ni, dia memang nak. Dia akan try untuk dapatkan perempuan tu. Tak perlu kita nak fikir dalam-dalam, overthink untuk tahu lelaki tu nak kat kita atau tak. If he wants you enough, he would make it clear. Please know that you are worth so much more than just a half-assed effort from the guy. Dan bila masanya sesuai, dan orangnya sesuai, semuanya akan dipermudahkan. Tolonglah sabar dan jangan terlalu terkejar-kejarkan lelaki. As cliché as this may sound, bila kita belajar sayangi diri kita sendiri dulu, orang pun akan turut sayang dengan kita.

Dan bila lelaki dah tak nak atau tak menunjukkan interest pada kita, please move on because somebody better will come eventually. Be classy and know that you deserve better. Dan tolonglah rakan-rakan perempuan anda melalui benda-benda macam ni instead of cakap belakang, cakap dia bodoh etc. Bagi nasihat dan moral support, never underestimate the power of a good friend.

4. Perempuan tak sabar nak kahwin
By 25 kena kahwin, by 30 kena ada at least 2 orang anak and a stable career. Itu adalah contoh pemikiran sesetengah perempuan (mungkin lelaki juga) di Malaysia ni at least. Dan sebagai perempuan, ada sedikit seksism terhadap kita dimana sebagai contoh, perempuan single berumur 30 tahun lebih di ‘frowned upon’ dari lelaki single yang berumur 30 tahun. Seksis kan? Haha. Even perempuan sendiri pun ada persepsi yang sama pada perempuan lain. Why not do things your own way? Setiap orang tu pathway nya berbeza-beza. Ada yang diberi jodoh awal, kahwin awal. Jodoh lambat, kahwin lah lambat. Itu rezeki masing-masing. Senang cerita, suka hati perempuan tu lah dia nak kahwin bila. 20, 40, 80 tahun ke suka hati dia lah. Memang dari segi kesuburan, semakin meningkat umur perempuan tu, semakin kurang kesuburan dia, itu tak dinafikan. But, kalau dia decide tak nak kahwin sampai bila-bila pun itu keputusan dia, hidup dia. Kalau seseorang perempuan tu umur baru 18 tahun, nak kahwin pun tak perlulah kita condemn dan ridicule dia. Asalkan dia tak menyusahkan orang lain, biarlah dia. Not everyone think the same way you do. Ada yang lebih happy membina karier dan ada juga yang bahagia menjaga family dan membesarkan anak-anak. Tiada yang lebih mulia dari yang lain. Lebih baik kalau kita cuba memahami dari kita menghukum. Marry when you are ready, jangan kahwin sebab kena kejar deadline. Lol

5. Perempuan nak lelaki kaya
Yang ni memang biasanya lelaki suka stereotype kita. “Perempuan mana nak aku, perempuan nak lelaki kaya je, bawa Lamborghini, bla bla bla” demikian lah kata-kata seorang lelaki (bukan nak generalized lelaki, sorry if ada terasa, tapi ni sekadar dari pengalaman dan pemerhatian). Nak muntah if dengar lelaki cakap macam ni. Don’t blame us for your lack of confidence.

Tak dinafikan, memang ramai juga perempuan yang berpemikiran macam ni, nak lelaki kaya. Even kawan-kawan saya sendiri ramai yang macam ni. But girls, kita tak boleh cari duit sendiri ke? Lemah sangat ke perempuan ni sampai kena bergantung kat lelaki untuk cari duit? “Money only impresses lazy girls. When a woman works hard, a man with money is a bonus, not a ladder to upgrade”. Alangkah lebih bagusnya if perempuan tu berilmu, independent dan tak perlu bergantung kat siapa-siapa. Lebih bagus kalau kita dapat lelaki yang baik budi pekerti, pandai menghormati diri kita sebagai seorang perempuan dari hanya setakat “kaya”. Don’t marry rich, be rich. Tak kisah if suri rumah atau pun mempunyai karier yang hebat, be independent and be intelligent.

Setakat ni dulu sahaja rasanya confession saya. Bukan nak berlagak baik atau apa. Saya juga masih memperbaiki diri sendiri untuk menjadi the best version of myself. Cuma rasa agak sedih kenapa wanita sendiri kena condemn and ridicule kaum sendiri. We should help and lift each other up instead of stomping on each other, tak sabar nak tengok siapa jatuh dulu, siapa bercerai dulu etc. Why not work on ourselves and at the same time kita bantu dan support perempuan-perempuan lain mengharungi apa saja yang berlaku dalam hidup mereka. Maybe lelaki juga boleh relate dengan benda-benda yang saya tulis di atas. A woman that is confident, intelligent, kind, beautiful inside and out is unstoppable. Be bold and be beautiful. Sekian terima kasih.

– Miss A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit