Masih Ada Harapan

Terima kasih admin kerana sudi post confession saya ini. Sedikit introduction tentang diri saya. Nama saya rowa. Kategori anak bongsu dalam keluarga sbb adik-beradik ramai. Berumur 23 tahun dan merupakan seorang pelajar ipta di Selangor. Tujuan saya tulis confession ni adalah untuk memberikan sedikit motivasi kepada pelajar2 yang rasa hidupnya tiada masa depan yg cerah dalam pendidikan.

Kita selalu dengar orang2 yang berjaya macam Bill Gates and so whatever walaupun got expelled from university but still can change their fate through their effort and become success in mean time. Tapi can you see which university they got expelled from? Yes, from the best university in the world. Jadi saya cuma nak kongsikan ape yang saya lalui sepanjang menjadi seorang pelajar. Saya ni takdelah slow tapi takdelah fast learner. So maybe intermediate learner? Haha.

Masa dekat sekolah rendah, saya ni pendiam. Tak banyak cakap, common la kan kalau cikgu tanya tuh senyap haha. Saya lancar baca pun darjah satu and dapat kelas pun yang belakang2. Sampailah darjah enam, cikgu kata saya ni ada potensi cemerlang walaupun duduk kelas belakang. Nak pergi tuisyen tak mampu sebab pendapatan keluarga sederhana and banyak tanggungan. So saya cuma rajinkan diri belajar dekat sekolah. Saya teringat ada satu hari tuh, dalam kelas matematik saya takde buku nk belajar. Jadi saya belajar dengan kawan sebelah jela. Cikgu nampak murid yang takde buku and then dia panggil. Dia tanya saya kenapa saya takde buku. Saya cakap la ayah takde duit nk beli buku latihan tuh. And guess what, cikgu tuh cubit lengan saya and paksa saya suruh beli buku tuh. Saya cerita la dekat ayah, Alhamdulillah dapat jugak beli buku walaupun lambat sikit. Masa UPSR family saya tak macam family yang lain which will excited for me nak ambil exam. Saya belajar, bangun pergi exam semua sendiri. Hari yang dinanti pun tiba. Slip keputusan UPSR saya cemerlang, dapat 4A1C. Yang C tuh english. Start from there, saya banyakkan dengar english song and sing it since suara saya boleh tahan haha. Dah masuk sekolah menengah, dpt masuk kelas kedua. Tapi semangat nak belajar tuh hilang sebab dikelilingi oleh budak2 yang bijaksana and teachers love them. Kadang2 kena herdik dengan some of the teachers sebab saya ni bodoh. Despite that, ada jugak cikgu yang betul2 nak tengok saya ni lulus cemerlang dalam subjek dia. Saya ada dapat biasiswa anak miskin, dengan duit tuh saya pergi tuisyen. I don’t know why learning at tuition much more fun than at school. I work hard on my PMR and then time ambil slip tuh, cikgu kelas saya terkejut sebab saya boleh dapat keputusan cemerlang. Kali ni english dapat A beb hahaha.

Well, same goes to SPM. Saya buat malas saya balik lepas tuh pergi couple dengan mamat yang finally broke my heart very hard. But this time was different, I don’t get a good result on this one. So many B’s and there’s C+(physics) and D(addmath). Balik tuh saya nangis. Saya fikir dapat ke sambung belajar lepas ni. Saya tengok pamphlet syarat2 masuk matrikulasi. Macam tak lepas je. Saya nangis lagi, menyesal tak sudah. Beberapa hari lepas tuh kawan2 saya kecoh ramai yang dapat masuk matrikulasi. Saya try la check. Masha Allah, Allah bukakan peluang untuk saya lagi. Matrikulasi ni ada dua jenis, yang satu tahun dan yang dua tahun. Saya dapat yang dua tahun. Tapi takpelah, it was better than nothing.

Dekat matrikulasi ni la buka mata saya tentang banyak benda. Saya bersyukur sangat saya dapat yang dua tahun pengajian. Sebab lecturer2 semua mantop. Ajar from nothing to something. Mulut kadang2 pedas tapi memberi makna. And i felt that these matrikulasi’s lecturers are much more amazing than school’s teachers. I always looked down to myself sebab cara cikgu2 dekat sekolah dulu. Tapi ya ampun, lecturer dekat situ tersangatlah membantu dari segi mental. They keep remind me and my friends that we are not stupid. We were just lazy to bone.

Saya tak pernah berjauhan daripada keluarga. Baru seminggu dekat matrik dah homesick macam hape ntah. Lepas solat je nangis. Dekat matrik takde distraction like tvs and foods. Masa dekat matrik pun habiskan dengan study je. Tak sempat pun nak buat benda lain. So saya ambil peluang ni belajar daripada kesilapan saya dulu. Dah taknak malas2. I worked hard on every sems. Rajin2kan diri solat dekat masjid at least once in a day. And saya pastikan untuk solat awal waktu even tengah belajar pun. Lepas solat saya selalu doa “ya Allah, lapangkanlah dadaku dengan ilmu yang ku belajar ini. Jika ilmu ini kelak membuatku sombong, jauhkanlah aku”. Antara tips2 lain yang saya praktikkan ialah ikhlaskan diri dalam menuntut ilmu. Pergi study group dengan kawan2. Kawan2 pun selalu minta saya ajarkan diaorang. That way, saya rasa semakin saya memberi, semakin mudah untuk ilmu masuk dalam dada saya. Dalam kelas, saya bagi tumpuan penuh. Kalau mengantuk makan gula2 or do something about it. Saya tak rajin nak baca nota lepas kelas sebab tuh tumpuan dalam kelas penting. Lagi satu, saya akan duduk jauh2 dari kawan untuk elakkan diri dari bercakap masa lecturer tengah mengajar. Saya ada jugak rajin2kan diri jumpa lecturer especially waktu study week. Minta nasihat dan berkat. Walaupun kehidupan dekat matrikulasi ni macam penjara, saya lebih enjoy untuk belajar. Alhamdulillah, setiap sem saya dekan. Saya ingat lagi saya kata saya nak merasa dapat 4 flat walaupun sekali. Rupanya kata2 itu satu doa. Semester akhir tuh saya dapat 4 flat.

Masa dekat matrik saya ada pergi sekolah menengah dengan kawan2 saya. Diaorang pun masuk matrik tp saya seorang je yang lain negeri. Mula2 saya excited sangat nak jumpa cikgu to show my progress dekat matrik. Tapi hati saya hancur, cikgu2 masih pandang kawan saya sebagai pelajar cemerlang instead of me. Walhal my pointer was lot more better than them. Maksud saya disini, saya nak jugak cikgu2 rasa bangga dengan pencapaian saya together with my friends. Saya okay je takdelah ambil hati sangat.

Sekarang ni kan para readers, benda yang saya lemah masa SPM itu la bidang yang saya ambil sekarang dekat universiti ni. Everytime orang tanya saya ambil kos ape, they’re like blown away. Jadi untuk adik2 yang dekat luar sana tuh, semua ada rezeki masing2. Tak kisah la dekat mana pun adik belajar, rezeki tuh tetap ada. Sebab rezeki tak letak kepada tahap kepandaian seseorang. Cukuplah dengan usaha dan berkat orang sekeliling. I choose this way, and you’ll choose your way.

Salam,
Rowa

– ROWA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit