Masih Sayang

Assalamualaikum, thanks admin kalau confession ini tersiar. Aku mulakn confession ini dengan bismillah.

Umur aku kini baru menginjak 28 tahun. Belum berkahwin, apatah lagi mempunyai buah hati. Bekerja disektor pendidikan. Masih berusaha membahagiakan kedua orang tua. Alhamdulilah, aku masih mempunyai orang tua. Aku bersyukur sangat.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Ayah bekerja sebagai buruh dan ibu sebagai tukang masak dahulu. Aku ingat lagi, ibu sering bercerita yang ibu sering mengendong aku untuk bekerja sambil berjalan kaki semasa aku masih kecil, aku terharu dengan pengorbanan ibu dalam membesarkan aku. Aku hargai. Aku anak sulung dari 2 beradik. Aku mempunyai adik perempuan yang masih bersekolah ditahap menengah tinggi disekolah yang sama.

Mahu dijadikan cerita, sejak aku membesar dan semakin melangkah ke alam remaja. Aku semakin kurang mendapat perhatian seorang insan bernama ayah. Semua benda sejak aku berumur 11 tahun hanya dilakukan sendiri, kadangkala aku cemburu dengan kawan-kawan aku yang ayahnya memberi layanan yang mesra pada anaknya. Dia sering menolak dengan keras ajakkan aku , tak mengapa, aku faham dia letih bekerja siang malam demi aku dan adik. Kadangkala, jiwa remaja aku memberontak dan ingin juga dia membawa aku ke mana yang aku mahu pergi, janji aku dapat bersama dengan ayah. Tapi makin lama aku menjauh dari ayah, aku jarang bercakap seperti selalu dengan ayah. Mungkin keadaan itu makin lama makin sebati dengan aku.

Tiap pagi ke sekolah aku tak berceloteh seperti kebiasaan dengan ayah, sesampai disekolah tanpa salam aku hanya keluar begitu saja. Aku tak tahu mengapa aku bertindak sebegitu tapi dihati masih sayang. Apabila aku memerhati ayah, bila orang lain mengajak ayah keluar, ayah menurut saja ke mana, apa yang mereka mahu. Apabila aku cuba menyatakan hasrat aku ingin bermanja dengannya atau aku membuat kesilapan, makiannya sudah menjadi makanan ruji dari aku berumur 11. Siapa tak sedih bila kau secara tidak sengaja terbuat adik kau menangis atau termusnah sesuatu benda atau berlakunya kesilapan kecil, kau dimaki dihadapan saudara mara yang ramai. Sampai aku rasa kehidupan aku tak ada makna lagi. Aku fikir siapakah aku sebenarnya didalam kehidupannya? Bukankah dulu ayah amat menantikan kelahiranku setelah bertahun berkahwin dan bercerai kerana tiada zuriat?

Tak mengapa, mungkin ayah lelah untuk melayan kehendakku atau mungkin dia tiada wang untuk melayanku seperti anak lain. Sepanjang aku membesar ini, aku sering mempositifkan diri. Ya, kalau tidak kerana sayang dan harapannya untuk melihat aku berjaya, aku masih bertahan. Aku tahu ayah sayang aku, cuma dia tak nak tunjuk.

Ayah, siapa bergelar ayah mungkin faham. Dan aku sebagai pendidik pun sudah mengalami keadaan yang sama, mungkin itu perasaan seorang ayah apabila melihat anak-anak ditimpa susah atau apa saja keadaan yang merisaukan kita. Kerana aku belum lagi menjadi ayah, mungkin cukup terasa perasaannya dari anak didik sendiri. Sepanjang berlangsungnya kehidupan aku, ayah tak pernah melayan aku dengan baik, kadangkala ingin juga bermanja. Mungkin ayah penat mencari rezeki atau dia mempunyai masalah yang dia tak mahu anak-anaknya turut tahu. Apa yang disuruh, aku hanya lakukan demi kesenangan ayah. Aku sayang ayah. Ayah lakukan perkara ini mungkin mahu aku berdikari apabila dia tiada didalam hidup aku lagi.

Aku ingin membuat pengakuan bahawa aku kurang didikan agama, jangan salahkan ayah. Salah aku yang mungkin masa remaja dulu aku yang tak nak belajar. Aku buta al-Quran. Aku tak tahu membaca langsung. Maaf, jangan salahkan ayah mahupun ibu. Salah aku. Aku sayang mereka. Terutamanya ayah. Dia bersusah payah membesarkan aku, bekerja keras untuk memberi pendidikan sehingga adanya aku di antara golongan yang berjasa pada hari ini. Terima kasih ayah. Arash, hargai semua tu.

Aku tak pernah salahkan ayah mengapa aku begitu. Aku tahu ayah telah memberi didikan yang terbaik yang pernah diberi. Ayah seorang lelaki yang baik. Mungkin dia lelah. Ayah sudah tua. Ataupun ayah mempunyai masalah dan dia hanya mahukan ketenangan. Sehingga kini, aku masih terasa dengan sikap dinginnya terhadap aku, tiap kali aku pulang dari kerja, jarang sekali ayah berada dirumah. Mungkin kerana dia sudah tua, dia mahu ketenangan dan menikmati sisa hidupnya. Sebenarnya, aku teringin sangat bermanja dengan ayah, jika ayah ada kesudian aku akan manfaatkan saat itu. Aku ingin ayah gembira dengan anaknya. Aku ingin ayah tahu bahawa aku tak pernah salahkannya. Aku takkan pernah penat menjadi yang terbaik untuk ayah meskipun ayah memandang rendah terhadap kemampuan aku. Cuba fikirkan balik, mungkin ada sebab ayah bersikap sebegitu, ayah mana yang tak sayang anak. Ayah mana yang tak mahu melindungi anaknya.

Dan aku nak ayah tahu, dan aku berharap ayah baca confession ini. Aku ingin mengatakan bahawa, ayah adalah hal yang terbaik yang pernah terjadi di dalam hidupku.

Ke mana pun Arash pergi, ayah. Nama ayah tetap melekat dibelakang. Berjaya setinggi pencakar langit pun diri Arash, walau gah dimata dunia pun diri Arash, kalau tak kerana tulang empat kerat ayah demi menyuap mulut anak lelaki mu ini ayah, tidak mungkin Arash berada di mana Arash berada sekarang.

Sayang Ayah…

– Arash

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *