Masjid Tak Mesra Wanita

Masjid Tak Mesra Wanita

Firstly, thank you admin kalau approve.

Salam. Kat sini, sis nak mengadu sikit. Pasal kebanyakan design masjid sekarang, bagi sis, tak mesra wanita. Banyak je mesra wanita, tapi banyak jugak yang tidak.

Apa maksud mesra wanita ni? Maksudnya, masjid yang menjaga aurat dan kemudahan wanita. Sesetengah masjid, tandas dan tempat wudhunya nunnnn jauh di luar. Tandas takpa lagi kalau kat luar, ni tempat wudhu. Kami wanita ni, nak menjaga aurat kaki, dll. Sudahnya basah-basah la stokin kami sebab nak pakai balik lepas wudhu, sebab nak ke ruang solat wanita tu kene la menempuh tok imam pak bilal, abang rashid dulu.

Tudung pun basah2 jugak sebenarnya, sebab, yelah, wudhu mestilah basuh muka kan. Belum cerita akak-akak shawl yang berbelit-belit tu, satu kerja nak belit balik, nak solat, unbelit balik. Yang sembelit, pergi toilet balik. Kene rewudhu, unbelit and belit balik shawl, the list goes on.

Lastly, bila rasa remeh sangat, basah2 stokin, tudung dan sebagainya, maka ada la golongan yang kat luar masjid jaga aurat, dalam masjid pulak terbukak aurat. Dek rimas nak pakai stokin basah yang tapak dah hitam tu, malas nak belit shawl betul2, tersingkap lah aurat dibalik kain tu.

Selain bab-bab aurat ni, bab kebersihan. Banyak masjid/surau yang tak sediakan tong sampah kat toilet wanita. Tahukah anda, wahai imam-imam sekalian, meskipun anda hanya imam buat bini anda, tong sampah adalah item wajib dalam tandas wanita. Kami ni istimewa, cukup bulan datang bulan. (wanita haid pun datang masjid untuk tujuan tertentu, eg, teman kawan, pengajian/tazkirah, dsb). Ada juga golongan yang istihadhah( keluar darah penyakit), dan ramaiiiii yang perlu bersuci kerana wadi.

Apa itu wadi, wadi ialah cecair yang keluar setelah seseorang wanita itu penat, contoh, penat shopping raya kat Jalan TAR, penat jalan kaki jauh-jauh nak pegi kerja, penat angkat-angkat barang. Wadi ni najis, perlu dibersihkan sebelum solat. Jadii, kami sangat-sangat memerlukan tong sampah untuk membuang pad/pantiliner. Kalau ada tong sampah, insyaAllah, golongan kurang kemampuan berfikir yang buang pad merata-rata dapat dibanteras. Simple kan?

Lastly,,haa, banyak pulak komplen minah ni. Huhu. Lastly, harap sangat pihak-pihak masjid, dapat sediakan tirai yang betul-betul melindungi aurat kami. Banyakkk masjid/surau, tirainya kadang jarang, kadang tak cukup panjang, ada yang tak pakai tirai, tapi pakai kayu sekeping-sekeping tu, celah-celah tu jelas boleh nampak abang rashid and the gang bertadarrus.

Kami ni bukan nak sangat free hair dalam masjid, tapi kadang tu dah seharian berpeluh jalan sana sini, nak jugak betulkan rambut. Ada yang nak cabut tudung, dan pakai telekung. Ada yang nak cabut kain sebab kain pakai tu macam baju pengantin, panjangnye boleh sapu daun kat luar masjid tu. Jadi nak la di salin dulu sebelum solat. Tapi sebab terpandang bang rashid tu, segan mok nak tanggal kain walaupun dalam telekung tanggalnya. Selain tu ada jugak golongan ibu-ibu yang nak menyusukan anak. Ada jugak makcik-makcik yang kepenatan nak tidur sekejap. Tapi sebab tirai yang tak berfungsi tu, pergerakan kami terbatas.

Oleh itu, saya minta, pohon dan rayu, lepas ni kalau ada arkitek nak design masjid, design la tempat wudhu tu bagi mudah wanita nak pergi, tanpa tempuh tempat lelaki. Kalau boleh toilet pun biar dekat jugak. Senang opah-opah yang sakit lutut dan asyik nak terkucil bergerak. AJK masjid pulak, kalau boleh, tolong la sediakan tirai/penghadang yang melindungi aurat kami.

Sekian, dari sis yang selesa solat di rumah dari di masjid tertentu.

p/s: watak-watak yang digunakan tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Sebarang persamaan adalah kebetulan sahaja.

– sis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments