Matang

Matang

Hai semua pembaca iiumc, aku harap korang sihat belaka yaa. Tujuan aku menulis kat sini adalah tentang topik PRU yang sedang hangat diperkatakan dan juga untuk meluahkan perasaan aku dari pandangan salah seorang rakyat Malaysia tercinta ini. Hehehe statement ni open yaa so takda istilah BIAS !

Berdasarkan tajuk kat atas , ini kali kedua aku pergi mengundi . aku ni dah lama dok perhatikan netizen-netizen acah acah bagus ni kalau bab menghukum, menindas dan tak reti nak bersyukur ni. Kenapa aku cakap macam tu ? Sebab dorang ni cakap menggunakan perasaan bukannya otak ! Haa kau , marah aku ni.

Okay , seperti sedia maklum kita rakyat marhaen ni memang ada masalah dari segi isu kos sara hidup , pendidikan and semua lah. So bila parti bertukar tangan ni , mulalah drama golongan bawangs dan tikus cencorots ni tunjuk bagus untuk menilai & menghukum pihak A dan pihak B .

Untuk pihak yang kalah , golongan otak sempit ( bawangs & tikus cencorots) ni lah menghukum dan mengeluarkan kata kata kesat . Come on guys , relaks sudah. Biar undang- undang yang buat kerja , korang asyik spam dan tunjuk pula belang dan keluar fatwa ,hukuman what so ever tu macam gaya seorang peguam berjaya ni , aku nak tanya , subuh solat awal waktu tak ? Haa mencirit nak jawab. Geram aku. Memang apa yang mereka buat ada yang betul dan ada jugak salah . Yang betul tu kita hargai jasa mereka , yang salah tu , biar undang- undang dan Allah yang tentukan. Ni tak , terus hukum kata ahli neraka semua , Ya allah , kekadang bila aku baca komen golongan otak sempit ni, aku rasa takut sebab ada yang terlalu ekstrem. Kata-kata diluar jangkaan. Nauzubillah min zalik.

Dan bagi pihak yang menang pulak, dorang memang ada keluarkan manifesto yang berguna untuk rakyat , tapi golongan otak sempit terus keluar statement taik kucing yang kadang kadang macam nak kena hempuk dengan kamus dwibahasa pun ada kat kepala dorang ni . Guys dorang baru menang , tapi golongan otak sempit ni terus tuntut janji yang dikatakan . Haih ingat yaa kita keluar nak tengok dunia pun kena simpan dalam rahim ibu selama 9 bulan apatah lagi manifesto yang dijanjikan. Bagi mereka masa untuk merealisasikan janji janji mereka. Ni tak terus nak hukum sana sini.

Aku geram bila segelintir golongan bawangs & tikus cencorots ni update kat status macam bagus , siap buat hashtag konon konon dorang ni tengah tuntut janji . Golongan ni dikategorikan golongan tak reti bersyukur . Sabar itu indah guys. Macam janji Allah itu pasti , cepat atau lambat je. Kalau tak tahan jugak , pergi angkut puak korang ni buat negara sendiri , baru tahu azab eh.

Apa yang aku luahkan ini adalah dari isi hati aku yang sakit hati bila baca komen komen orang yang langsung takda fikir baik buruk , yang tak reti bersyukur ni. Come on guys , kita ni di zaman moden . Zaman demokrasi bukan lagi zaman Bawang Putih Bawang Merah yang dimana Mak Labu yang tengah syok makan sirih kat atas tangga sambil sesi kutuk mengutuk dengan anaknya Bawang Merah.

Kita rakyat yang matang harus bijak buat pilihan , jaga adab , jaga tutur kata , kadang kadang kita tak tahu sama ada apa yang kita cakap benda tu betul atau tidak. Kalau tak betul , itu dikirakan sebagai fitnah. So renung- renungkan lah. Aku sendiri pun banyak dosa sebab selalu kutuk golongan otak sempit ni. Allahu. Maafkan aku .

So rakyat Malaysia , please berfikiran matang dari segi semua aspek. Jangan terlalu taksub sampai maruah kita tergadai.

Ini sebagai peringatan untuk semua yang masih tak sedar dan bertindak kosong tanpa tahu tentang janji Allah.

Surah Al-Baqarah 117
بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَإِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (١١٧)

Ertinya : Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, Maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: “Jadilah!” lalu jadilah ia.

Terima Kasih.

– Yang Berbahagia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit