Medic dan Hutang RM350K

Aku pelajar biasiswa perubatan. Batch terakhir yang kerajaan hantar ke luar negara. Itupun cuma 8 orang je. Walaupun jumlah sikit, aku tak terasa sangat sebab batchmate aku ada lebih kurang 50 orang. Malaysian semua. Datang belajar pakai duit FaMa (Father Mother-budak private lah).

Disebabkan aku student Medic batch kegawatan ekonomi negara, ada beberapa perkara aku nak tegur khas untuk bangsa Melayu. Bukan nak lemahkan semangat korang, tapi nak bagitahu tentang realiti sebenar dan supaya korang sedar.

1. Jangan bergantung kepada kerajaan

Buat adik-adik yang bercita-cita nak jadi doktor atau mak bapak yang berhasrat nak hantar anak nak sambung belajar bidang perubatan luar negara, korang kena ingat.. Kerajaan dah tak bagi apa-apa biasiswa atau pinjaman sekarang ni! Luar negara lagi lah. LANGSUNG TIADA APA-APA BANTUAN. Jadi jangan jadi mcm student medic negara M**** yang meroyan kat sosial media kata kerajaan taknak bantu. Pahit tapi itulah realitinya. Kerajaan dah tak mampu nak bantu.

Kalau result SPM korang bagus, korang akan diserap terus ke Biasiswa under Skim Pelajar Cemerlang.

“Tapi result saya straight A’s..tak dapat bantuan kerajaan.”

Dik oi, kena ingat. Saingan sengit sekarang. Budak-budak semua pandai. Pergi tengok balik A korang. Solid A+ ke? Atau setakat A-? Kalau 9A- pun straight A’s jugak korang panggil.

Sepanjang pemerhatian aku kalau korang dapat straight A+, mustahil kerajaan tak bagi biasiswa. Kerajaan kita bukanlah kejam sangat. Cuma peruntukan terhad. So belajar rajin-rajin ye kalau nak dapatkan biasiswa.

2. Sediakan duit secukupnya

Orang Cina dan India yang datang belajar kat sini mostly tak ada masalah kewangan sebab dorang tahu dorang takkan dapat biasiswa. So dorang dah prepare awal-awal. Tapi bangsa Melayu pulak yang kebanyakannya ada problem sbb dorang mengharapkan dapat MARA masa Tahun ke-2. Sedangkan MARA dah stop bagi pinjaman sejak 4 tahun lepas.

Kalau ada yang dapat pun, mesti pakai ‘kabel besar’ tapi dorang cuma dapat yuran pengajian saja tanpa elaun.

Kadang-kadang sedih aku tengok dengan bangsa aku. Tahun pertama mak bapak bergadai harta, jual rumah, keluarkan duit EPF, keluarkan semua simpanan hanya untuk pastikan anak yang sseorang belajar. Yang si anak pun sampai ikat perut tak makan kat luar negara sebab taraf hidup tinggi.

Tapi yang paling aku sedih bila ada yang terpaksa berhenti separuh jalan setelah beratus-ratus ribu belanja sebab masalah kewangan.

Semua sedia maklum yang yuran medic bukan murah. Setahun akan telan USD 8000 hingga USD 10000, bersamaan dengan 40ribu ringgit! Itu baru setahun. Darab lah dengan 5 atau 6 tahun pengajian. Dah boleh beli rumah sebijik kat Malaysia!

Kalau gaji mak bapak sebulan bawah 10ribu ringgit dan adik-beradik ramai, saya nasihatkan.. belajarlah dalam Malaysia. Sekurang-kurangnya dalam Malaysia, paling busuk pun ada loan PTPTN.

3. Jujur

Aku perasan ada segelintir pelajar yang aku tengok result SPM caca merba tapi sambung belajar kat tempat aku semata-mata sebab ada duit. Hangpa ada jumpa tak kawan-kawan sekolah hangpa dulu yang duduk kelas hujung, result SPM tak semegah mana tapi belajar medic luar negara? Aku tengok dengan mata kepala aku sendiri student tu dapat ‘D’ untuk biology tapi belajar sama tempat universiti aku. Nasihat aku, jujurlah pada diri sendiri.

Mak bapak pun sama jangan bersubahat! Jujurlah pada masyarakat. Doktor ni kerjaya yang mulia. Jangan main-main dengan nyawa manusia. Ada juga kes yang tipu sijil.

Seorang bakal doktor Malaysia hanya boleh graduate seawal umur 24 tahun (jika tempoh pengajian ijazah 5 tahun) atau graduate seawal umur 25 tahun (jika tempoh pengajian ijazah 6 tahun). Kalau ada sedara-mara atau rakan korang graduate awal, jeng jeng jeng. Kena check sijil foundation dia valid ke tak!

Foundation in Science yang valid tempoh pengajian ialah 8 – 12 bulan.

Tapi jangan risau Malaysian. Kerajaan takkan semudah tu bagi orang yang tak layak jadi doktor.

4. NOC / Sijil Sokongan Luar Negara

Kita ada Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Dorang dah tetapkan syarat-syarat seperti di atas. So kalau tak menepati syarat-syarat SPM, foundation, etc, pelajar takkan boleh dapat NOC.

Takde NOC, tak boleh dapat interview SPA, tak dapat placement HO dan seterusnya tak boleh kerja.. Membazir dah duit mak bapak..

5. 350k, hutang atau pelaburan?

Kalau no. 1, 2, 3 , 4 khas untuk pelajar yang nak melanjutkan pelajaran medic luar negara, tapi yang no 5 ni buat semua future doc IPTA, IPTS atau luar negara.

Soalan cepumas untuk adik-adik yang bakal memilih medic sebagai haluan mereka.. betul ke nak jadi doktor? Kenapa nak jadi doktor? Sebab glamor? Sebab orang pandai je jadi doktor? Sebab ‘title’ yang bakal ada depan nama korang? Atau sebab duit?

Kalau korang fikir sebab orang pandai je jadi doktor. Tolonglah ubah mindset ni! Aku sebenarnya fed up jugak, asal straight A’s je kena jadi doktor. Dah kenapa Malaysian?? Tengok arwah Ammar yang meninggal di Turki dulu. Dia pelajar terbaik SPM di Royal Millitary College tapi sambung belajar jurusan sejarah.

Dan kalau korang fikir sebab glamor dan duit, korang silap!

Karier doktor tak glamor langsung. Korang takkan ada masa nak bergaya atau berdandan bila dah masuk ‘housemanship’ nanti. Nak bercinta pun maybe tak sempat! Sebab mostly working hours more than 12 hours. Gaji pula tak setimpal dengan tenaga kerja yang digunakan.

Gaji satu hal, hutang satu hal. Korang fikir.. belajar medic kat IPTS paling busuk pun berjumlah RM300k, luar negara lagilah mahal! Kalau mak ayah kaya, takpe lah. Kalau sebaliknya dan korang berhutang PTPTN? Ya Allah aku tak dapat bayangkan macam mana korang bayar hutang sepanjang hidup. Graduan yang pinjam RM100k dengan PTPTN pun ada banyak masalah ‘black list’, inikan pula RM300k. Pinjam bank lagilah tinggi interest %.

Aku bukan ‘down’ kan korang. Aku cuma taknak tengok orang Melayu hidup melarat. Minat dalam bidang medic je tak cukup. Kau kena sedar dan ukur baju di badan sendiri. Kalau tak mampu dari segi kewangan, kena berusaha agar dapat MARA atau JPA atau mana-mana scholarship medic lepas SPM.

Kalau tak berjaya, aku nasihatkan beralihlah ke jurusan lain. Medic bukan lagi satu pelaburan. Tambah-tambah lagi sekarang kau kena tunggu sekurang-kurangnya 8 bulan sebelum dapat tempat di hospital kerajaan. Itupun belum tentu dapat atau tak. Silap-silap kena tunggu 2 tahun!

– Bakal Doktor 2018

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit