Mencari Agama

Mencari Agama

Salam semua. Terima kasih admin jika siarkan confession aku. Aku sebenarnya memang selalu ikut cerita cerita dekat page ni, sebab aku rasa macam aku dapat bersembang dan bertukar cerita dengan ramai orang dari segala jenis background. Sebab ni, aku juga terdetik nak share cerita aku, macam mana aku cuba nak kenal agama itu sendiri.

Aku anak second last daripada 7 orang adik beradik. Pernah tinggal di Kuala Lumpur, kemudian berpindah ke Kedah waktu sekolah rendah. Keluarga aku boleh dikatakan agak bermasalah tapi masih pentingkan institusi kekeluargaan. Ayah aku tidak solat, garang, dan selalu membeli nombor ekor (judi). Mak aku kadang2 solat, tapi aurat dan pergaulan kurang dijaga. Abang dan kakak sulung pun lebih kurang sama, panas baran, suka melepak di luar ketika remaja dan tidak menjaga pergaulan sehingga terlibat dalam masalah sosial (zina). Tapi aku bersyukur kakak dan abang aku yang berikutnya berakhlak lebih baik, mungkin sebab setelah kami berpindah, pengaruh keadaan di sekolah waktu itu lebih mendorong kami ke arah kebaikan.

Waktu aku sekolah rendah, aku masih ingat malu dan takutnya aku dulu bila waktu kelas pendidikan islam sebab aku masih lagi tak reti solat, tajwid pun tak tahu apa apa, surah 3 Qul pun tak hafal. Jadi aku tak nak pergi kafa, sebab aku malu nanti kantoi dengan ustazah. Bila ada program program motivasi kat sekolah, cikgu akan tanya siapa yang jaga solat 5 waktu, angkat tangan, siapa yang solat 4 waktu, 3 waktu dan seterusnya. Disebabkan aku pelajar cemerlang sekolah waktu tu, aku menipu angkat tangan aku solat 3 waktu sehari, padahal sekali pun aku tak pernah solat di rumah. Tapi pernah jugak kantoi dengan ustazah waktu darjah 5.

Aku ingat lagi, aku fail nak tasmik surah depan ustazah, lepastu classmate aku yang mejanya betul2 depan meja guru sengaja baca surah tu kuat kuat sambil pandang aku dengan sinis. Masa tu lagilah down yang teramat sangat. Ustazah pun marah, and suruh aku pergi kafa, which aku degil, tak nak pergi jugak sampai habis sekolah. Waktu darjah 6 pulak, sekolah aku ada buat lawatan ke Perak dan kami disusun untuk tinggal bersama cikgu cikgu dalam bilik hotel. Time tu pun kantoi lagi, aku tak ingat macam mana aku solat subuh, aku rasa la maybe aku berlakon terlebih rakaat, lepastu anak cikgu aku tu bisik sesuatu dekat mak dia, dan cikgu aku pun tanya “R solat apa tu?”, bila aku jawab “Subuh”, dia balas dengan pandangan sinis.

Tapi disebabkan itu, bila form 1, aku nekad belajar balik cara cara nak solat dari zero, which is dengan cara aku buka balik buku PAFA hijau waktu sekolah rendah tu. Dalam tu lengkap ada cara2 ambik wudhuk, solat, rukun islam rukun iman semua. Okay hal solat settle. Masuk sekolah menengah, aku dah start hafal sikit2 surah pendek2 kat belakang tu. Aku bersyukur aku join badan beruniform yang aktif, so setiap hari aku kena spend masa dengan kawan dan seniors, dan time tu aku cuba disiplinkan diri untuk solat 5 waktu.

Masa high school la aku banyak habiskan masa dekat surau sekolah. Bila form 5, aku masuk hostel, time ni memang aku lagi hargai sebab ustaz selalu datang bagi tazkirah lepas subuh. Memang penyucian hati betul lah time tu walaupun orang mostly tersengguk sengguk. Sampai sekarang aku rindu nak dengar bunyi siren gerak subuh tu. Time ni jugak dah start famous Quran dengan terjemahan. Jadi aku beli satu, buat peneman. Sebab aku memang suka membaca, jadi bila aku faham maksud ayat Quran tu, aku lagi senang nak hafal. Surah yang paling jadi pendorong waktu tu ialah surah Ad Dhuha dengan surah Al Asr. Dua benda aku tanam dalam hati time tu, “Tuhanmu tidak membenci mu dan tidak pula meninggalkan mu” dan “Semua manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang sentiasa berpesan kearah kebenaran dan kesabaran”. Sampai sekarang aku masih pegang benda ni.

Bila habis sekolah, aku struggle sikit untuk jaga solat aku bila kat rumah. Dengan semua orang tak solat, ruang nak solat pun tak muat sebab rumah aku kecik tapi adik beradik ramai. So kadang malam2 orang dah tidur, aku stay up dekat ruang tamu untuk qiamullail. Belajar la solat sunat dari buku panduan solat beli dekat Popular, dan qadha solat solat yang aku tinggal. Time ni jugak aku baru berjinak nak tutup aurat dengan betul, tapi ada la down sikit bila abang aku comment yang kitorang ni macam pakai tuala kat kepala hahah. Tapi tu dulu lah, sekarang dah okay.

Bila masuk uni, Alhamdulillah, Allah rezekikan serumah dengan orang yang baik dan membaikkan. Kitorang selalu solat jemaah sama sama, dan aku join usrah. Salah seorang housemate aku pulak hafizah yang sangat berakhlak. Aku seronok belajar dari dia, bukan pasal agama je, tetapi cara hidup tu sendiri. Ye lah, Islam tu kan Ad Din, cara hidup yang penuh dengan ganjaran pahala.

Semua orang suka dekat dengan kawan aku ni sebab amanah dan rajin dia dalam berurusan, kebersihan dia, friendliness dia. Kadang bila lepak dengan dia, saja aku buka Quran, randomly petik ayat dan dia akan sambung untuk ditasmik. Aku rasa itu macam cara aku nak berterima kasih dekat dia sebab banyak inspire aku untuk perbaiki diri. (side note: 23 tahun aku hidup, aku pernah tinggal sebilik dengan 3 orang hafizah, semoga bakal suami dan anak anak aku nanti hafiz jugak lah hahaha jk jk)

Sekarang ni aku dah berada jauh dari orang orang yang banyak membantu aku waktu aku mula mula nak faham Islam dulu. Kadang kadang susah nak tetap dengan prinsip bila kita hidup dalam kalangan bukan Islam. Culture nya lain, pemikiran dan perspective pun lain. Majlis ilmu pun sangat limited. Tapi kat sini aku belajar nak improve agama aku dari segi akhlak dan pemikiran pulak. Belajar daripada bukan Islam tu sendiri. Dan belajar bagaimana nak istiqamah walaupun seorang diri. Susah, tapi aku percaya Allah akan sentiasa tolong.

Anyways, sebab dah panjang aku tulis, nak ringkaskan cerita, aku terharu ahli keluarga aku pun slow slow Allah bagi jalan untuk berubah. Ayah aku dah selalu join solat jemaah dekat surau pejabat dia bila ada special event macam terawikh or solat hajat. Mak aku dah jaga solat jaga aurat dan banyak involvekan diri dengan badan kebajikan menyantuni anak yatim. Kakak abang aku insya Allah dah makin baik since dah berkeluarga. Adik aku yang dulu pernah mengaku atheis pun dah tak kekok sembang hal solat dengan aku.

Best friend aku yang openly pakai bikini dan tak solat pun dah start cakap pasal Allah. Walaupun aku ni masih lagi struggle dengan lompong2 dalam amal fardhu ain, tapi Allah sentiasa rezekikan aku dengan hati yang nak ke arah kebaikan, kefahaman dalam agama, orang sekeliling yang baik baik, dan keluarga yang makin dekat ke arah kebaikan. Benda ni ambik masa bertahun tahun, dan banyak sangat sakitnya bila nak berubah, tapi Allah jugalah yang pegang hati manusia kan. At the end of the day, doa aku satu je, aku nak berkumpul dengan dengan mak ayah serta semua adik beradik aku dan orang orang yang aku sayang kat dalam syurga, sama sama bahagia, sama sama ketawa kat sana. Doakan aku ye semua orang.

– R

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit