Mencari Kerja

Assalamualaikum semua. Nama aku One. Berusia 24 tahun dan kini seorang penggangur. Sebelum menjadi pengganggur nie, aku pernah bekerja di 7Eleven selama hampir setahun, namun pekerjaan ini tidak dapat aku teruskan kerana masalah keluarga pada ketika itu. Aku terpaksa balik ke kampung halaman di negeri Sabah setelah mendapat panggilan dari keluarga mengenai berita kurang menyenangkan iaitu bapaku telah jatuh sakit.

Kerja dekat 7E nie banyak dugaannya, lebih-lebih lagi ianya bersangkut paut pada agama. Memegang arak, itu menjadi satu rutin dalam seharian bekerja. Walaupun aku tak minum arak, aku tahu kesan dosanya terhadap si penjual minuman tersebut. Namun selama aku berada di semenanjung, peluang pekerjaan amat susah untuk aku dapat. Lebih-lebih budak kampung macam aku yang tidak tahu jalan. First time datang KL. Hm, kalau ada temuduga pun, kebanyakan majikan akan memberitahu kepadaku mereka akan menghubungiku sekiranya ada kekosongan. Walaupun terang-terang mereka memerlukan pekerja. Namun aku redha. Aku sudah usaha, siaplah aku untuk memaksa menerima aku sebagai pekerja mereka. Oke, stop pasal ini.

Aku ingin bercerita mengenai kesukaran aku mencari kerja di negeri sendiri. Walaupun mempunyai degree, namun peluang tersebut amat terhad. Dari kerja kuli sehingga management, janji hanya tinggal janji. Kekosongan yang ada di isi oleh sahabat dan rakan mereka sendiri. Aku merasa pelik mengapa perlu mengiklankan kerja kosong sedangkan akhirnya orang lain yang di pilih. Namun aku sentiasa bersangka baik walaupun terus menerus kejadian ini berlaku.

Hampir setiap company, hypermarket dan supermarket serta fastfood restaurant aku hantar resume, namun kesudahannya mengecewakan. Tapi aku tidak berputus asa. Aku sentiasa berdoa agar dipermudahkan urusanku mencari pekerjaan. Aku pernah apply guru ganti di ppd namun kekosongan guru ganti di isi oleh anak-anak cikgu. Bagaimana aku tahu ? Sebab makcik aku seorang pekerja di salah sebuah sekolah dan dia memberitahu aku sukar untuk dia menolongku. Okelah, bukan rezeki aku kali, bisik hatiku. Bukan itu sahaja, kebanyakkan anak-anak guru ini juga mengisi kekosongan jawatan kosong di PPD. Well, bapa dia kan bos besar di PPD, senanglah anak dia masuk kerja sana.

Aku pernah pergi ke Kota Kinabalu untuk mencari pekerjaan. Duit gajiku yang dulu yang aku simpan, aku gunakan untuk pergi ke KK. Namun hampir seminggu aku berada di KK, langsung tiada satu pekerjaan yang aku dapat. Ada kalanya aku berhasrat ingin merantau semula ke KL. tak pun pergi ke Australia atau Korea Selatan, memetik buah di sana. Tapi hasrat tersebut aku terpaksa lupakan. Sebab orang tuaku melarang aku untuk pergi ke KL buat masa nie. Hampir setiap hari aku menghabiskan masa, duit dan kredit mencari kerja yang available namun tiada hasil. Hampir setiap hari juga aku melihat bapaku dari awal pagi keluar untuk mencari rezeki, dan maghrib baru balik. Melihat wajahnya, aku merasakan keberadaanku hanya memburukan lagi keadaan. I AM A LOSER.

Sampai bila agaknya kehidupanku begini ? Doakan aku pada kalian yang membaca kisah ini. Doakan agar aku dipermudahkan urusan dalam mencari pekerjaan. Bukan aku bosan duduk rumah, tapi aku perlu pekerjaan untuk meneruskan hidup dan membantu orang tuaku. Air mata aku sudah kering untuk aku keluarkan lagi. Aku tidak sanggup menjadi beban kepada orang tuaku.

– One

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *