Mencarut

Mencarut

Assalammualaikum, buat admin dan semua pembaca. Aku harapkan agar admin dapat siarkan confession ini seandainya ia memberi menfaat kepada semua pembaca dan warga iiumc.

Sedang aku scroll scroll instagram aku, aku terbaca di explore ada orang post gambar screenshot yang berbaur lawak. Bunyinya macam ni, ‘ di saat si gf tak kopekkan udang untuk si bf, ada insan lain yang akan kopekkan udang untuk dia ‘ , balas si gadis, ‘kopeklah sendiri si**’.

Aku tak nafikan, jujur aku cakap aku dulu pun selalu sebut benda benda kasar macam mencarut, kalau waktu marah, mencarut jadi puas kan. Kau sebut jelah perkataan apa yang aku tak sebut, sampai dah tak ada perkataan aku sebut. Tak perlu aku tulis di sini, sangat tak sedap untuk dibaca.

Sampai pada suatu hari, aku terbaca hadis nabi yang berbunyi ” “Tidak akan lurus keimanan (istiqomah) seseorang hamba itu sehingga lurus hatinya dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya.” (Riwayat Ahmad). Aku seolah olah rasa tersentap dan hadis ini sangat menusuk kalbu aku.

Aku terdiam waktu tu. Aku pandang sekeliling aku. Apa yang aku dah bazirkan waktu aku selama aku hidup ini? Dengan carutan dan makian? Bila aku pandang satu satu kawan aku, adik beradik aku, memang hujung kata kata mereka mesti akan ada bo***, bang**** , si** , dan macam macam lah.

Kalau setakat nak membinatangkan orang lain, membalakan kawan kawan dan adik beradik, benda tu dah macam jadi kebiasaan. Aku rasa macam waktu tu, ya Allah, tak sedap betul didengar, macam ni ke gayabahasa budak zaman sekarang termasuk aku?

Aku waktu tu memang tak kuat ketika aku mula pasang niat nak berubah. Ramai lah kawan kawan cakap, ahh kau mula mula je baik, nanti cakap balik benda benda tu. Ada jugak yang cakap aku poyo sebab nak berubah. Hahaha, tak apa aku tak salahkan mereka pun.

Mula mula susah nak berubah, ada juga aku terlepas cakap, lagi lagi waktu marah, ya Allah, Allah je tahu macam mana strugglenya aku nak tahan marah tanpa mengeluarkan kata kata kesat dan carutan macam dulu. Menahan marah sampai kau menangis, huish, terkeluar air mata jantan aku tau tak.,

Tapi, betullah Allah dah kata, Allah takkan bagi dugaan lebih dari kemampuan kita. Dan juga bila kita nak berubah jadi lebih baik, bukan senang senang nak buat turning point. Allah akan uji kau nak tengok sejauh mana kesanggupan kau.

Dan sekarang ini memang rata rata bahasa remaja sekarang malah orang dewasa sekarang juga, ya Allah, mencarut depan public memang dah tak ada hal dah. Aku menyesal, sebab adik adik aku mencontohi sikap aku yang dulu. Hmm

Jadi, nasihat aku, kita sama sama jaga lidah dan saling menasihati. Kalau ada kawan dan adik beradik yang selalu mencarut, tegur elok elok. Mereka dah biasa, mana tahu kita selalu nasihat dengan lembut,mereka pun berubah.

Aku juga insan biasa, bukanlah alim atau warak pun, simple dan biasa sahaja. Masih banyak yang perlu dipelajari. Cumanya, aku berharap agar sedikit teguran dan nasihat ini dapat disebarkan kepada rakan rakan seperjuanganku. In sha Allah. Aku doakan kita sama sama kuat.

– Azfar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments