Menjaga Orang Sakit

Assalamualaikum admin. Terima kasih terlebih dulu saya ucapkan kepada admin kalau anda publish tulisan saya ni.

Saya nak share pengalaman menjaga arwah atuk saya yang meninggal lebih kurang 3 tahun lepas sebab sakit tua dan beberapa lagi penyakit lain.

Masa mula-mula atuk pencen, dia luangkan banyak masa di masjid setiap hari. Tapi lebih kurang setahun selepas atuk dah tak bekerja, dia mula sakit-sakit kaki. Dah lebih kurang dua bulan juga dia sakit sampai bila tak boleh tahan kami sekeluarga bawa dia ke hospital. Doktor sahkan atuk hadapi penyakit gout.

Sejak ada gout, dah jarang atuk pergi ke masjid. Dia pun mula gunakan tongkat untuk berjalan sebab kakinya tak kuat. Makannya pun kena jaga, sebab pesakit gout banyak pantang. Kacang, makanan dalam tin, daging merah semua tak boleh sebab ia mengandungi protein yang banyak. Aku selalu masakkannya ikan dan sup, kekadang ayam. Ada jenis sayuran juga yang tak boleh dimakan. Tahu dan tempe yang atuk suka pun dah tak boleh makan.

Makin hari keadaan atuk makin ok. Dia pun dah terbiasa dengan dietnya sekarang. Sekali tiba-tiba atuk diserang heart attack dan doktor kata dia perlu menjalani operation bypass. Atuk tak pernah ada history sakit jantung ke apa. Rupanya sebab side effect ubat gout tu yang menyebabkan atuk kena heart attack, doktor kata.

Sebulan juga selepas bypass atuk baru sedar dan boleh bercakap. Atuk dah 76 tahun pada masa tu, umurnya dah tua juga dan risiko agak tinggi untuk operation tu. Dan sebab dah sakit jantung, atuk dah kena makan soft food. Sebab nak telan senang. Aku sediakan bubur nasi hari-hari dan sup ikan haruan. Atuk sekejap-sekejap batuk-batuk dan dia ada mengadu sakit. Kami belikan atuk bantal untuk dia tekan kat dada bila dia batuk. Mak saya cakap yang ribcage (sebab operation jantung) atuk boleh patah balik kalau batuk terlampau kuat. Kesian atuk.

Bertahun-tahun juga kesihatan atuk macam tu je. Malah, makin banyak ubat-ubatan yang dia kena makan. Mana ubat gout dan ubat sakit jantung je dah berapa macam jenis.

Dalam lima tahun lepas, masa atuk kira-kira 83 tahun, dalam setahun tu boleh jadi 4 ke 5 kali kena admitted kat hospital. Aku ingat time hari raya pun kami raya di hospital sebab atuk kena admitted beberapa hari sebelum raya tu sebab sesak nafas.

Bila kat hospital pulak asyik tersedak aja bila makan, walaupun dia consume soft diet je. Jadi doktor suggest supaya atuk pakai tuba untuk makan. Ni bermakna boleh consume susu je. Sedih juga bila terkenangkan atuk tak boleh telan makanan lagi. Masa muda dia, disebabkan keadaan hidupnya susah, tak dapat makan sedap-sedap. Bila dah tua, tak dapat makan pula sebab sakit. Dan bila dah lama sangat kena tahan kat hospital pada suatu ketika ni, kaki atuk jadi lemah dan tak boleh nak berdiri atau jalan lagi. Sebab tu kami sekeluarga kena beli katil hospital supaya senang nak jaga atuk, biar atuk selesa baring.

Pakai tube untuk makan, tapi atuk still boleh berbual macam biasa. Kami satu keluarga bersyukur sangat ingatan atuk masih kuat. Tinggal dengan atuk best sebab atuk banyak cerita. Atuk masih ingat nak solat. Jadi bila dah bersihkan atuk, saya tolong atuk ambil wudhu (pakai spray sebab senang) dan selepas tu atuk solat. Dalam keadaan sedang baring.

Bila dah akhir-akhir atuk, atuk selalu mencabut tube makannya. Kami kena panggil nurse banyak kali untuk pasangkan balik. Kami tak fikir banyaklah sebab mungkin atuk tak selesa ke apa. Tapi bila fikir balik mungkin tanda dia nak pergi cuma kita tak perasan.

Apa-apa pun, alhamdulillah. Saya sekeluarga rasa puas sebab dapat menjaga atuk. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

– Bai

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit