Menunggu Si Dia

Assalamualaikum semua. Harap admin approve la confession aku ni. Dah lama nak cakap pasal benda ni. Aku pun sama macam manusia biasa yang lain. Ingin berpasangan. Nak mencintai dan dicintai. Dah itu memang lumrah manusia kan.

Aku pernah berkenalan dengan seorang lelaki masa kat universiti dulu. Dia cakap dia suka aku. Aku pun berbunga bunga la. Dalam hati ada taman gitu. Ye la. Sebelum ni mana ada lelaki mengaku suka kat aku sebab aku ni tak cantik. Kulit tak fair and lovely. Selalu kena hina dan kena kutuk ada la. Dan aku selalu fikir memang takde lelaki yang akan suka kat aku. Okay. Back to the story. Lelaki tu junior aku. Sama course dengan aku. Jadi dia selalu la minta tolong dengan aku. Pinjam notes, buku n kadang-kadang tu aku tolong buatkan prereg untuk dia. Umi aku tahu padal aku dengan lelaki ni sebab aku memang tak sorok pape daripada umi aku. Then dia pun dah berkenan kat lelaki tu. Nak dijadikan cerita. Lepas aku dah last sem kat universiti, dia jauhkan diri daripada aku. Lost contact terus la. Dia tukar no sebab no whatsapp dia memang aku dah tak boleh nak hantar meseg (bersangka baik sebab tak suka kena block). Aku pun diam je la. Aku taknak la kacau hidup dia. Tapi satu hari tu aku memang tak tahan sangat-sangat. Aku nak tahu apa salah aku. Jadi aku cuba contact dia melalui facebook. Aku meseg dia tanya apa salah aku, minta maaf dan panjang lagi la ayat aku tu. The point is, aku nak tahu salah aku. Alhamdulillah, beberapa hari lepas tu dia balas meseg aku. Meseg dia lagi panjang dari meseg aku. Dia cakap aku takde buat salah pape. Dia yang salah. Dia tak faham dengan diri dia sendiri. Dia cakap dia tak layak untuk perempuan sebaik aku. Dia minta maaf apa semua. Okay. Aku dah faham maksudnya dari meseg tu dan aku redha. Aku bagitahu mak aku pasal ni. Aku terasa macam dipergunakan. Ye la. Bila perlukan aku cakap sayang aku apa semua. Bila taknak, tinggal macamtu je. Aku pun ada perasaan. Mak aku bagi kata-kata semangat untuk aku. Alhamdulillah. Aku boleh terima semua tu. Mungkin sebab aku memang tak berharap pada dia.

Then aku berkenalan pulak dengan seorang lelaki ni. Junior sekolah aku dulu. Camne boleh kenal? Kitaorang jumpa balik kat facebook dan dia minta no phone aku. Lepas tu kitaorang start berkawan. Pasal lelaki ni, semua family aku tahu. Aku selalu jugak keluar dengan dia dengan adik-adik aku. Kadang-kadang dia datang rumah aku. Kadang-kadang aku pergi rumah dia. Bagi aku, dia seorang lelaki yang sangat baik. Dia layan aku macam seorang puteri dan aku mula silpan harapan kat dia. Aku fikir dialah jodoh aku. Tapi mak aku tak berapa setuju sebab dia kenal lelaki tu masa sekolah camne. Ayah aku pula tak berapa setuju sebab ada satu peristiwa berlaku yang menyebabkan ayah aku hilang kepercayaan kat dia. Tapi aku tetap dengan keputusan aku. Aku yakinkan umi dan abah untuk terima dia sebab aku terlalu sayangkan dia. Aku bagitahu diorang yang dia dah berubah. Dia bukan macam dulu lagi. Lama kelamaan, mak dan ayah aku mula lembut hati untuk terima lelaki tu.

Tapi akhirnya, semuanya terputus. Aku dah tal diperlukan lagi dalam hidup lelaki tu sebab dah ada orang lain yang dapat bahagiakan dia. Aku sangat kecewa masa tu. Aku pulangkan semua barang-barang yang dia bagi kat aku. Lepas tu dia call aku. Marah marah aku. Maki hamun kat aku. Aku takut sangat masa tu. Ayah aku tak pernah marah aku sampai camtu sekali. Aku mampu nangis je. Tak mampu nak cakap apa-apa. Aku tak bagitahu mak dengan ayah aku pasal ni sebab aku tak nak diorang tak suka lelaki tu sebab bagi aku lelaki tu memang seorang yang baik. Waktu tu hanya Allah yang tahu perasaan aku. Aku langsung takde selera nak makan or minum. Mak aku perasan perubahan aku then dia tanya puncanya. Dia tak tanya aku. Tapi dia tanya adik aku. Selepas mak aku tahu hal yang sebenar, mak aku menangis. Apa yang membuatkan mak aku lagi sedih bila dia baca meseg lelaki tu kat media sosial aku. Kat tempat umum dia meseg aku dengan kata-kata hinaan sebab dia marah aku meseg perempuan tu. Ya. Aku meseg perempuan tu. Aku minta maaf dengan dia. Aku minta dia jaga lelaki tu baik-baik sebab lelaki tu memang seorang yang baik. Aku minta dia untuk tak salahkan diri dia atas semua yang berlaku antara aku dengan lelaki tu. Itu je. Aku takde marah apa pun.

Sejak dari hari tu, aku dah mula rasa give up. Aku takut nak mencari sebab aku takut terluka lagi. Mak aku ada minta tolong abang-abang aku untuk carikan aku jodoh. Tapi abang-abang aku cakap yang kawan dia taknak kahwin lagi. Dan yang paling common adalah kawan-kawan abang aku tu nak isteri yang bekerjaya. Aku kena kerja dulu baru boleh. Samala macam orang-orang yang aku kenal kat baituljannah. Bila tahu aku pengasuh je terus diam. Ya. Aku mengaku aku belum lagi bekerja. Tapi aku ada sebabnya. Aku berkorban untuk family aku especially untuk umi aku. Aku ada ada dapat kerja cikgu tadika kat KL. Tapi aku berhenti sebab aku tak sampai hati dengan mak aku. Aku jadi pengasuh untuk anak buah aku. Bergaji la. Abang aku bayar bulan-bulan. Makan dan minum gratis. Alhamdulillah.

Dan sekarang ni, aku masih berusaha mencari pekerjaan yang halal. Tapi belum rezeki aku lagi. Tentang jodoh tu aku malas dah nak fikir. Aku serah semua pada DIA. Aku hanya mampu berdoa. Aku cuba berubah untuk menjadi seorang muslimah yang baik. Bukan nak fikir pasal cinta je. Hanyut dalam cinta lelaki. Aku silap selama ni. Aku lukakan DIA untuk dapatkan cinta si dia. Aku malu dengan diri aku sendiri.

Tapi ye la. Aku pun bukannya muda lagi. Jadi ramai la yang tanya soalan cepumas tu kat aku. Aku cuma jawab belum sampai masanya lagi. Diorang cakap aku tak usaha. Macam-macam kelab cari jodoh aku masuk. Tapi dah bukan masa aku lagi. Jadi, baik aku fokuskan untuk baiki diri aku dan bina hidup aku. Soal jodoh tu, kalau ada, adalah. Kalau kematian dulu yang menjemput aku sebelum jodoh, semoga Allah ambik nyawa aku dalam keadaan husnuh khotimah.

Binalah sesebuah kisah tu dengan meletakkan Allah didalamnya. Bawa Allah dalam setiap perjalanan kisah hidup kita. In sya Allah kita akan mudah untuk redha dengan setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita. Jangan letakkan keinginan kita ditempat yang teratas sebab itulah yang akan membuatkan kita kecewa. Ada sebab kenapa kisah cinta yang kita bina tu terputus. Muhasabah balik cara kita bina cinta tu macammana. Allah redha ke Allah murka. Ikutlah garis panduan yang Islam dah ajar. Mari sama-sama kita baiki diri kita dan berdoa semoga kita tidak terpedaya dengan cinta sebelum nikah dan sama-samala kita ubah diri kita untuk menjadi yang lebih baik. Semoga kita semua dikurniakan jodoh yang baik. Yang dengan ikhlasnya menerima segala kekurangan yang kita ada dan saling melengkapi antara satu sama lain.

– Only Human

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *