Moga Allah Pelihara Pasangan Ku Bila Aku Sudah Tiada

Moga Allah Pelihara Pasangan Ku Bila Aku Sudah Tiada

Assalammualaikum w.b.t. Selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia.

Saya dah berkahwin hampir 3 tahun, mungkin bagi orang lain usia perkahwinan kami agak muda. Tapi berbagai2 dah saya alami. Suami lagi muda dari saya. Kenal dari awal dia habis sekolah. Sejak awal perkenalan dengan dia, saya tgh diuji dengan arwah mak yang sakit. Perasaan sedih tu tak pernah lengkang. Suami lah yg sentiasa memberi semangat walau cumalah kawan biasa.

Selepas arwah mak meninggal, saya sambung bljr dan hubungan kami mcm biasa tapi saya amik keptsn mengajak suami untuk bernikah. Sebab sampai bila hubungan ini kekal mcm tu saja dan menjadi perbualan jiran2. Alhamdulillah Allah buka jalan , kami bertunang dan berkahwin semasa saya bergelar pelajar. Suami risau kan kewangan kami sebab gaji dia kecil tapi saya yakin rezeki Allah. Pelajaran saya yg merosot pd awalnya hingga hampir ditamatkan biasiswa semakin naik dengan tinggi. Hati yang tak tenang jadi tenang. Hidup tu naik turun tapi semua lancar.

Suami saya ni muda, jadinya dia tak berapa pandai membaca hati wanita mungkin . Saya banyak merajuk menangis marah3 sebab dia tak pahamkan kehendak saya. Saya yang banyak mengajar dia bagaimana hendak menguruskan kewangan dia. Dia pon baik, dia beri kebenaran 100% untuk jaga gaji dia. Sebab dia mmg mgaku dia tak pandai urus kewangan. Makan pakai dia dr baju kasut semua saya yang setkan. Dia pon bnyak berbincang dengan saya dlm membuat keputusan.

Seperti biasa, perkahwinan itu kami layari seperti kapal dilautan. Sekejap tenang sekejap ribut. Ribut tu banyak saya yang buat, itupon sebab bersabar dengan perangai suami yang agak kebudak2an dan agak sambil lewa. Tapi jgn salah paham, suami melayan saya baik dan tidak pernah naik tangan. Cuma, mcm budak2 kena suruh2 baru buat. Tapi takpelah jauh disudut hati, suami saya baik orangnya. Saya pun ada kurangnya bukan seorang isteri yang sempurna.

Suami sentiasa ada waktu saya belajar jauh, paham bila saya tiada masa nak masak kemas rumah bila saya fokus exam, meroyan bila tak paham apa yang saya belajar. Allahu suami saya mmg penyabar tapi kurang romantis. Alhamdulillah saya berjaya habis belajar dan bekerja.

Tahun ini adalah dugaan terbesar buat kami. Saya disahkan ada kaser tahap 4. Kanser tu masih dalam siasatan. Ia menyerang tlg belakang saya. Awalnya cuma sakit pinggang tapi Allah menduga tanpa henti. Dari saya blh berjalan, sakit pinggang, tak boleh berjalan dengan betul, kini semua pergerakkan memerlukan suami membantu saya.

Alhamdulillah, suami tak tinggalkan saya. Dia ada dari awal saya sakit. Dia lihat kesihatan saya yang semakin merosot. Dia bantu saya. Dia layan karenah saya. Dia penat tapi dia buat. Dia lgsg tak tunjukkan die sedih awalnya. Namun satu hari die menangis. Merah mata dia. Saya jadi sedih, bagaimana lah dia bila saya tiada nanti. Bolehkah dia uruskan hidup dia. Cukup ke makan minum dia. Saya risaukan dia. Cukup risau kan dia. Saya tahu dia mampu teruskan hidup tapi harap2 dia kuat tanpa saya disisi. Saya tak tahu bila saya akan pergi tapi perasaan risau tu sentiasa ada.

Akhir kata, wahai suamiku. Kau adalah anugerah Allah yang terbaik dan terindah. Kau dalam sejuta, aku bertuah dapat suami sebaikmu. Kau layan aku baik, aku yang banyak kurang bersyukur selama ini. Mataku tertutup akan segala kebaikanmu. Kini Allah bukak mataku. Banyak kebaikan dan jasamu selama ini. Aku doakan kau sentiasa dirahmati Allah, Allah sentiasa menjagamu. Moga Allah berikan rezeki, kesihatan dan kejayaan dunia akhirat. Jangan lupa jaga solatmu. Aku ingin sihat semula agar dapat kita melayari semula perkahwinan kita seperti dulu tapi aku dah tak kuat.

Andai kau berjodoh lagi, carilah wanita yang mampu menjagamu lebih baik dariku. Ku doakan kau dapat bidadari yang akan menjagamu dan memberikanmu zuriat yang soleh dan solehah. Maaf yang tak terhingga dari hujung rambut smpi hujung kaki salah dosaku.

Salam sayang. Isterimu.

– B

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit