Moga Jodoh Bukan Seperti Ayah

Moga Jodoh Bukan Seperti Ayah

Dear Admin, aku harap sangat confession aku ni disiarkan sbb aku tertarik dgn confession “Kurangnya Diri Untuk Jodoh”- dan penulisan aku ni ditujukan untuk dia supaya dia tahu yang dia xberkeseorangan.. dan juga ada mesej pengajaran untuk aku sampaikan pada pembaca yg lain. Ini merupakan confession pertama aku, sebelum ni hanyalah silent reader. Please jangan kecewakan aku ya min ;)

Salam perkenalan dan hai Nurul- aku L, perempuan, 25 tahun dan nasib kita sama iaitu adanya ayah seperti itu. Selama ni, aku juga ingatkan hanya aku yang punya nasib macam ni. Memangla bukan family yang penagih, perompak dan sebagainya kan.. so aku faham apa yang kau rasa sebab aku juga lalui benda yang sama.

Punca utama yang trigger untuk aku taip panjang berjela ni sebab terbaca komen2 tipikal pembaca yang lain. Aku juga senasib dgn confessor dan mengharapkan kata2 semangat yang ikhlas dalam ruangan komen yang dapat bantu perasaan dan luka aku. Tapi sayang, semua komen yang aku baca bagi aku its all fake, two-faced comments dan “sok tau”.. sebab korang xlalui dan xrasa macam apa yang aku dan confessor rasa. Terutama sekali komen drp PH, xtau la kenapa bila baca komen dia terus hati ni rasa bengkak, lagaknya seperti pernah berada dalam situasi kami.

Dan yg komen minta selami hati ayah pula, aduhai 25 tahun (tolak waktu kenal erti hidup) kira dlm 19 tahun aku cuba selami, memahami, berdoa serta memaafkan, sayangnya ayah xpernah berubah dari aku umur 6 tahun sampaila sekarang masih dgn sikap yang sama. Celah mana lagi nak selami? Hati aku, adik2 dan ibu xda la pulak si ayah nak selami. Adilkah? Sebelum beri cadangan sila berfikir dgn hati dan akal. Takut cadangan anda mengguriskan hati orang2 mcm kami.

Satu komen drp Norizan Mamat, terima kasih komen anda terkesan buat hati saya. Ada keikhlasan disitu dan tiada kepuraan, sememangnya komen berdasarkan pengalaman hidup. Ini yang saya dan org senasib kami perlukan. Ya saya setuju dengan Sis, namun situasinya sekali lagi berbeza. Hubungan sy dan adik2 Alhamdulillah rapat bukan kerana garangnya ayah tetapi kerana lukanya hati kami kerana sikap ayah.

Mungkin perkongsian duka antara kami adik beradik yang merapatkan kami serta ibu sebagai penguat. Terima kasih sekali lagi. Pesanan aku, kalau nak komen biarlah jujur dan ikhlas bukan setakat nak raih LIKE. Kalau xtau nak komen apa, atau gusar jika komen tidak membantu cukuplah hanya dengan kongsikan/ taipkan doa yang baik2 berserta Aaminn nya sekali. Sekurang-kurangnya, xdalah mengguriskan hati. Jika xda apa2 yang baik utk disampaikan lebih baik berdiam.

Wahai confessor Nurul, aku juga tak sangka cerita yang kau kongsikan seolah olah sama mcm aku. Memang byk perkara yang sama terjadi kpd aku sama macam kau. Contoh bila Raya, samalah keluarga aku pon xpernah ada foto ramai2, pakai baju sedondon, gelak tawa pada hari raya.. sebabnya SETIAP TAHUN bila RAYA ayah aku akan buat perangai. Dan tahun ni pon sama. Setiap tahun juga kwn2 aku selalu tanya xbuat open house ke? Haha korang ni.. kalau keluarga aku normal mmg akan aku jemput. Tapi aku malu.. malu dgn sikap ayah. Maaf ya kawan2. So Nurul.. just cakap pada hati kau.. Its ok . Tak apa. Senyum dan terus bersangka baik. Allah Maha Mengetahui.

OK berbalik pada main Title story kau. Baru2 ni, aku sajalah nak melawak dgn adik aku, saja tanya dia dah ada calon ke? Pastu aku bgtau la yang aku dah ada calonnya tapi xtau la sama ada ayah akan terima atau tak. Jadi aku tanya la pandangan dia. Entah mcm mana tiba2 dia nangis, katanya dia takut nak ada teman istimewa sebab takut si dia xdapat terima keluarga aku, terutama sekali ayah aku yang ego. Masa aku dengar memang luluh sangat hati aku. Sekali lagi kerana sikap ayah aku.

Cuba korang bayangkan kalau duduk dalam situasi aku.. dan dengar adik darah daging kau sendiri cakap mcm tu. Sebagai kakak aku mmg sangat terkesima waktu tu.Sebab aku juga rasa bahawa kurangnya diri untuk jodoh sama mcm kau Nurul. Dan aku juga pernah rasa yang diri aku xlayak untuk mana2 lelaki sebab aku paranoid. Dengan bekas teman lelaki aku dulu pon kami putus sebab paranoid aku yang rasa mesti dia xakan bahagia dan bosan dengan keluarga aku. Tapi sebenarnya aku paranoid+cemburu sebab family dia sangat happy.

Anak dan ayah sangat rapat berbeza dgn aku dengan ayah. Jadi disebabkan low esteem aku, kami putus. Ada yang cuba untuk hulurkan salam perkenalan, namun paranoid aku menguasai diri. Sangat memakan diri. Kawan2 yang dulunya rapat semua dah menjauh. Yang tinggal pon hanya kawan2 alam pekerjaan yang tak tahu apa2 pasal life aku. Sebabnya aku sama mcm kau Nurul, happy-go-lucky kat luar. Tapi cakap pada hati kita. Its Ok. Tak apa. Allah ada. Dia akan hadirkan pelangi buat kita.

Kau tau Nurul, dalam sebahagian doa aku, aku selalu mohon supaya Allah akan hadirkan seseorang yang BUKAN MACAM AYAH AKU iaitu garang, baran, ego dan etc. Sebab aku takut dan letih untuk jalani hidup yang sama. Aku teringin nak rasa bahagia tanpa perlu hidup dalam ketakutan, kegusaran, kebimbangan dan etc. Selalu berangan mcm mana ya rasanya “Rumahku Syurgaku”? “Siapkan family kecilku masa raya”? “Berfoto dgn keluarga kecilku”? . Seperti biasa tekapkan tangan pada hati. Tak apa. Aku yakin Allah Mendengar apa yang aku rasa. Move On dan terus bersangka baik. OK Nurul?

Alhamdulillah aku dah jumpa jodoh yang BUKAN MACAM AYAH AKU. Keluarga dia da kenal aku. Tapi aku masih belum kenalkan dia pada keluarga aku. Sekali lagi aku PARANOID. Namun aku memang xkan sia-siakan Si Dia sebabnya? mesti korang boleh agak kan. Dia seorang yg sangatlah penyabar bukan mcm ayah aku. Ingat lagi masa pertama kali aku jumpa sehinggalah kali ke-4, saja aku uji dia dengan kesabaran. Di mana aku sengaja biarkan si dia tunggu aku selama 1+ jam dan aku hanya perhatikan gerak gerinya dari jauh. Selama ke-4 kali itulah xpernah si dia merungut, marah, bosan mahupun mengungkit. Dari situ aku tawakal yg mungkin dialah Jodohku yang B.M.A.A. Aku tetap dan masih teruskan iskharahku dan doaku semoga dipertemukan dgn Jodoh yang boleh bimbing aku, yang diredhai-Nya, yang baik budi pekerti dan YANG BUKAN MACAM AYAH AKU. Kejamkah aku wahai pembaca?

Wahai Nurul.. lets move on ok. Ayahanda kita da memang begitu. Namun untuk tutup luka ni buat sementara waktu biarlah kita kenangkan jasa baik yang pernah dia lakukan. Cuma ingat yang awak xkeseorangan, saya juga punya nasib sama macam awk. Kita sama2 kuatkan hati dan iman kita ok. Memang manusia lain xkan boleh faham apa yang hati kita rasa. Tapi Allah kan ada. Sentiasa ada untuk hamba-hambaNya. Dan jangan lupa DIRI KITA JUGA BERHAK UNTUK BAHAGIA. Aku doakan kita sama2 dijodohkan dengan orang yang baik2 dan diredhai Allah serta seseorang yang tiada sikap negatif seperti ayahanda kita.

Doakan juga supaya ayah aku dapat terima si dia. InshaaAllah . Dan Nurul, kalau kau nk cari pasangan kau kena jujur dengan si dia pasal keluarga kau. Macam aku buat. Lastly aku berserah, kalau benar si dia serius dgn hubungan ni si dia akan terima kekurangan ini. JANGAN RAHSIAKAN. Tak adil untuk si dia. Dan percayalah, kau akan lebih tenang sebab kau tau yang dia tau pasal kekurangan keluarga kau. Its ok Nurul. Tak pa. Berserah pada Dia yang Maha Mengetahui.

Mesej aku buat pembaca serta peng’komen’ tegar sekalian,

*pertama sekali kalau korang (L/P) da anak bagilah kasih sayang yang cukup, didiklah dan bimbinglah anak2 kecil kalian dengan ilmu dan sabar.

*Janganlah sesekali menghukum anak tanpa usul periksa atau memukul anak mengikut panasnya hati kerana anak2 kecil jiwanya rapuh dan mampu ingat setiap tindakan kalian.

*Andai anak2 kalian ternyata salah, hukumlah dgn sewajarnya. Jangan sesekali menghambur kata2 kesat atau berkasar agar tidak menjadi luka seperti aku.

*Pujilah anak2 kalian jika mereka melakukan sesuatu kebaikan.

*Jangan wujudkan jurang antara anak. Kerana saban tahun mereka akan semakin dewasa dan pasti anda akan merindui waktu2 ketika mereka membesar. Treat them as a friend too.

*Akhir sekali, jangan jadi MACAM AYAH AKU yang memberi parut luka pada isteri dan anak2 sebab mereka akan semakin menjauh dengan kalian, agak2 masa dalam kubur nanti siapa yang nak sampaikan doa selain drp pasangan & anak2 kalian? Member ofis? Member ajak lepak mamak? Member dota?

Maafkan aku kalau confession ni xda manfaat yang korang rasa boleh guna. Aku cuma nak sampaikan apa yang terbuku di hati. Dan nak bagitau Nurul yang its ok. Aku pon ada ayah mcm kau. Chill ok.

Oh ya dan juga nak tegur komen2 yang mengandungi fake feelings. Tak sangka pulak panjang.

Sekian. Semoga harini lebih baik. InshaaAllah ;)

– -Gadis xberlesung pipit

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit