Mr. Istikharah

Salam kepada semua pembaca tegar IIUM Confession. Aku berumur 27 tahun dan ada kerjaya yang stabil. Aku nak share benda yang penting untuk gadis-gadis yang masih bujang kat luar sana. Confession ni 100% pasal stigma masyarakat “perigi mencari timba”. Dalam hidup aku ni tak pernah aku berkapel atau ada hubungan rapat dengan kaum lain jenis. Sekali pun aku tak pernah rasa macam nak berpasangan. Dulu masa zaman belajar bukan tak pernah ada yang nak masuk jarum, tapi aku stop cepat2. Aku sebolehnya nak jauh dari hubungan sia2 ni.

Bila ada yang mesej buat2 tanya pasal assignment ke, aku akan jawab, lepas tu aku stop. Dengan senior2 laki pun aku jarang nak sengih2 senyum sembang ke apa. Lantak la nak cakap aku sombong ke apa. Aku cuma rasa kalau aku kapel, aku macam dah tak special. Kawan aku cakap aku pelik sebab bila dorang berkapel, dorang rasa dorang disayangi and special. Aku syukur sangat Allah pelihara aku dari benda2 yang sia2 ni. Walaupun kawan2 keliling aku ada pasangan, tak pernah pun aku terikut2 nak berpasangan jugak. Itu zaman belajar.

Sekarang, aku dah 3 tahun bekerja, kerjaya stabil, hidup pun tak banyak masalah, family penyayang walaupun kadang2 ada la konflik2 manja tu. Mana ada family perfect. Masa aku start kerja, aku start jumpa ramai orang. Kawan laki pun ramai, tapi setakat kawan la. Ada ja yang nak lebih dari kawan, tapi aku akan stop awal2 and keep them in friendzone. Sebab aku ada keyakinan yang laki2 yang nak minta lebih dari kawan tu bukanlah jodoh sejati aku.

Aku ada sorang kawan laki yang aku kenal dari sekolah lagi. Dia ni memang gigih la tunggu aku dari sekolah, zaman uni, sampai la dah kerja. Awal tahun aritu dia ada tanya, ada sapa2 lagi tak. Dia nak bawak parents dia jumpa parents aku. And i said, no. Kenapa aku tak nak? Sebab aku sentiasa tengok dia sebagai kawan aku yang sweet, not more than that. Same goes with my friend yang aku kenal masa zaman PLKN. Kenal dia memang lama and dia banyak kali cakap nak serius, tapi aku tolak dengan baik. Mana aku tau dorang bukan jodoh aku? Itu aku tak dapat jawab. Tapi aku memang yakin seyakinnya. Masa ni adik2 n mak aku dok rasa aku ni lesbian kot. Sebab x minat laki. Hahaha.

Start awal 2017, bermula lah segala-galanya. Naluri kewanitaan aku tiba2 rasa nak ada pasangan. Mungkin sebab dah 27, and aku rasa dah tiba masanya aku sedar dari comfort zone aku yang mana nanti kalau dah masuk 40-an, comfort zone tu akan bertukar jadi boring/ngeri zone sebab tak ada teman hidup. Time ni aku dah start solat hajat, istikharah, baca zikir2 untuk Allah lembutkan dan bukakan pintu hati aku untuk peneman hidup aku nanti. Walaupun xda calon lagi time ni, aku dah start istikharah dah. Tak perlu tunggu ada calon baru nak start smua ni wahai kaum hawa sekalian.

Dalam doa aku, aku mohon semoga Allah bukakan pintu hati aku hanya untuk laki yang benar2 jodoh aku, and jauhkan aku dari hubungan yang sia2. Solat2 sunat ni bukan sekali dua ya gadis2 sekalian. Tapi berulang2 dan istiqomah. Nak dijadikan cerita, aku ada berjinak-jinak dengan aktiviti outdoor under persatuan negeri. Melalui aktiviti ni, kenalan aku bertambah bukan saja orang sekeliling aku. Masa aktiviti dijalankan, group aku kena tunggu group lain sampai. Meeting point di sekolah area Baling.

Masa tu aku anggap Allah gerakkan hati aku untuk toleh kat dia and mata kami saling berpandangan. Entah dari mana dia muncul aku pun tak tahu. Tiba-tiba dia lalu sebelah. Drama sungguh la. Aku tiba2 jadi dupdapdupdap. Dalam hati hanya Allah yang tahu apa perasaan aku masa tu. Aku namakan dia Ri. MasyaALLAH, terpana kejap mata aku. Ada la dalam 3 saat mata kami berpandangan tapi aku rasa macam dalam alam lain. Hahaha. Agak menggelikan statement tu. Ri ni boleh dikategorikan ada rupa, badan pun just nice. Start dari situ, aku cuba riki2 kat kawan aku pasal Ri. Sebab kawan aku and kawan Ri ni kerja sama tempat. Lepas balik dari aktiviti tu, aku asyik teringatkan dia. Aku jadi yakin, mungkin dia lah jawapan kepada solat hajat / istikharah aku. Aku buat satu keputusan gila. Aku minta tolong kawan aku “risik” Ri. Tapi kawan aku rahsiakan siapa aku. Selamat lah identiti aku kalau dia reject ke apa kan.

Tapi mengecewakan, Ri cakap dia dah ada someone special and dia minta maaf sebab mengecewakan aku. Aku pun terima kenyataan tu and sikit pun tak ada rasa mnyesal sebab ikut kata hati aku sebab mintak tolong kawan aku risikkan. Aku anggap itu salah satu usaha yang mampu aku buat masa tu. Dari aku dok tertanya2 and memendam rasa yang tak berkesudahan, lebih baik aku direct je. Dalam pada itu, aku masih lagi dok teringat kat Ri. Aku tak pernah rasa macam ni sebelum ni. Aku solat hajat, minta petunjuk, andai dia jodoh terbaik, permudahkanlah. Sesungguhnya Allah yang memegang hati manusia.

Dua bulan kemudian, aku dapat whatsapp msg. Dari unknown number. Tapi aku tak reply sebab tak kenal nombor. Lepas tu, aku dapat tahu Ri tanya pasal aku kata kawan dia yang sama kerja dengan kawan aku tu. Tapi aku tak ada la expect apa pun. Lepas tu aku dapat mesej, tanya kabar. Rupa2 nya itu nombor Ri!!!!!. Dia perkenalkan diri dia kat aku sebab mesej sebelum ni kan aku ignore sebab aku tak kenal.

Sejak dari hari tu, dia selalu la mesej2. Ayat2 standard orang baru nak berkenalan. Seminggu dia dok mesej2 aku. Aku tak puas hati, mula2 masa kawan aku riki dulu dia kata dia ada someone special and now, dia nak bersweet2 pulak. Aku dah start rasa dia ni playboy. Lepas seminggu, aku direct terus terang kat dia yang pasal aku riki dia melalui kawan aku. Dan aku tak suka laki yang dah ada kekasih, tapi nak msg2 perempuan lain. Time ni la dia luahkan semuanya.

Dia cakap dia saja reka cerita sebab masa tu dia tak nak ada komitmen. Tapi masa first time jumpa aku, dia memang ada rasa sama macam aku rasa. Itu yang buatkan dia usaha untuk dapatkan nombor aku. Sebab tu dia tanya pasal aku pada kawan dia. Aku tanya, kenapa suka aku? Dia cakap aku ada something unik, lain dari lain. Dia tak cakap aku cantik ye, tapi unik. So, please be yourself, sebab lelaki amat sukakan kelainan. Sebab tu Allah ciptakan kita semua berbeza2. Lagi satu, tak perlu nak terkinja2 menggedik2 untuk dapat perhatian lelaki. Just stop it girls.

Aku tak puas hati, aku tanya kat kawan2 pasal peribadi Ri. Mana la tahu, dia menipu ke. kita orang perempuan kena la berwaspada. Sifat dia, macam mana orangnya, perangai, akhlak. Alhamdulillah, semuanya baik. Lagi satu, dia pandai masak dan tak merokok. Sangat2 memenuhi kriteria aku. Aku yakin Allah dah jawab doa2 aku sebab dalam doa aku minta Allah bukakan pintu hati aku hanya untuk jodoh yang ditakdirkan untuk aku. Dan Ri muncul.

Kesimpulannya, apa yang aku cuba sampaikan disini wahai gadis2 sekalian, kalau nak mencari jodoh, tak perlu berkapel bertahun2. Tengok, macam mana Allah dah lembutkan hati aku yang keras dengan menjawab doa2 dan hajat aku. Mulakan dengan diri sendiri. Jangan malu berusaha walau pun di cop perigi cari timba. Persetankan cakap2 orang. Andai si dia jodoh kita, Allah akan permudahkan segalanya. Kadang2 akibat rasa malu tak bertempat kita dah kehilangan peluang untuk mengenali orang yang kita suka. Sebab kita tak tahu dan tak pernah tahu kalau hati dia pun sama rasa dengan hati kita.

Zaman sekarang laki berkualiti amatlah terhad. Jodoh kadang2 tiba tanpa di duga. A total stranger pon boleh jadi jodoh yang terbaik untuk kita. Once dah jumpa yang rasa terbaik, ambil tindakan segera. Start solat hajat dan istikharah, jangan tunggu nak ada calon baru nak buat semua tu. Sebab bila kita dekat dan minta pada Allah, insyaAllah, jodoh yang diberi adalah yang terbaik sesuai permintaan kita. Semoga pembaca dapat cedok kebaikan dari kisah aku ni.

– Yang Bertuah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit