Murah ke Perempuan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bende ni agak panjang, jadi jgn suruh saya lukis, sila baca dan jgn malas. Soalan aku, murah ke perempuan?

Ok. Cerita dia macam ni, pagi tadi aku pergi lah lepak kat restoran dgn family aku dan aku terdengar lah perbualan 3org lelaki yg duduk dkt dgn meja aku. Dan tiba2 seorg lelaki tu cakap “wei senang bhai nk ‘something’ drpd si Dila tu,pujuk2 je dah dpt”. Dan kwn dia balas “alah perempuan zaman mcm ni.. Ayat je cair, semua sama je” . (ayat Diorg lbh kurang mcm nilah). Mak ayah aku dgr terus pandang Diorg semacam dan Diorg pon senyap buat tak tau. Soo rude.

Point dia adalah, yg wanita, awak dah besarkan. Tau beza yg mana lelaki yg mana buaya. Awak couple dgn dia lpstu awak beri semua yg dia nk. Awak tahu kan “dara” tu satu2nya maruah awak yg awak kena jaga. Dan masalah nya awak kapel dgn dia, konfem ke dia kahwin dgn awak? Kalau dia hanya nk rosakkan awak mcm mana. Dia tahu kita ni perempuan, senang dipujuk. Jadi Diorg hanya bagi ayat jiwang2 awak dah cair. Jangan jadi murah sangat, jual mahal Skit. Tapi, jgn mahal sgt takut org xnk. :) dan lagi satu yg buat aku sakit mata adalah, di media soo.sial *baca social* terutama insta, banyak Sgt gambar awek cium pakwe lah apalah. Kau ingat sweet. Sweet lagi gambar kau cium mak kau. Awak cium dia dah salah, awak sebarkan pulak kat insta dah slh, awak buat org fitnah awak dah slh. Adakah dgn kiss awak tu membuat kan hubungan awk dgn dia lbh kukuh? Ataupun doa atau solat istikharah awak yg buat hubungan awak kukuh? Hmm entahlah *dgn nada sindir *Dan lagi satu aku nk pesan kalau Ade gambar (Muslim) kapel Kiss kiss tapi blm halal blh tak jgn komen” longlast “rasa pelik pulak sbb kalau awak nk doakan dia longlast xpe, tapi jgn lah kat gambar yg kiss kiss sbb Nnti Dia akan rasa it’s okay to kiss seseorg yg blm halal, xde sape mrh. Dan ini akan buat dia rasa nk post lagi sweet memories Diorg. (kononnya)

Lelaki,
Awak kan khalifah, tapi knp awak tak bimbing perempuan tu. Awak pergi rosakkan dia dan ajak dia buat bukan2. “alah, saya ajak je, dia yg nak”. Dik, sila phm kau gilo. Awak dah tahu dia senang dipujuk, awak hasut dia. Patutnya drpd dia liar awak ajar dia jadi wanita baik, bkn sbb dia liar, senang pujuk awak ambik kesempatan kat dia. Awak tahu tak, bila awak ajak dia, dan dia pon ikut, saya nk ucap tahniah sbb awak adalah salah satu punca yg merosakkan kehidupan perempuan tu dan awak dah buat dosa. Perempuan dah hilang *mutiara*dia org blh tahu bila dah kahwin, jadi perempuan xkan selamat. Kalau lelaki, dah hilang teruna, org xdpt tau Sgt. Jadi lelaki selamat. Ehem Ehem kat dunia je, uhuk uhuk. Kat akhirat Nnti pandai2 lah. Dan kalau awak tak Mintak kat perempuan, maybe dia xbuat maksiat dgn awak, jadi mungkin sbb awaklah dia nk buat maksiat.

Jadi awak lelaki dan perempuan, kalau nk berkawan xpe, tapi tolong jaga adab sikit tau, tak mau maksiat. Maksiat tu x jamin awak kawin dgn dia. “alah dia dah janji dah nk kawin”. Der, org blh je janji sbb senang, nk tunaikan tu Perghhhh susah. Dan awak mesti ingat, setiap bende yg awak buat, awak akan bwk nama mak ayah tau. Cth awak post kat media sosial yg awk kiss dia. Nnti org aku tertanya2, “mak dia xtau ke anak dia Kiss kat media sosial” atau “mak ayah dia ni xajar ke agama”. Kita xnk rosakkan nama mak ayah kan. Jadi buat perangai ok Skit.
Kalau awak buat maksiat Ape je awak dpt? Kalau nk Kate sedap.. Ye sedap lagi kat akhirat Nnti. Dan bende2 mcm nilah penyebab kes buang anak atau gugur ank. Kau ingat dah senang maksiat, dpt anak, kau buang mcm tu kau selamat lah. No man, Kau silap.

Dan , jgn lah disebabkan seorg wanita kau dpt, kau nk cop semua wanita murah. Amboiii habis family kau xde perempuan ke? Dan perempuan, tak semua lelaki Jht, Ade je yg baik, yg xkan ambik kesempatan, cuma awak je jual mahal. Jk. Dan hapuskan lah tipikal “semua lelaki /perempuan sama ja. Sbb ia menampakkan yg awak ni sedikit pelik sbb awak sorang je yg Ade pemikiran mcm tu. Cmon dah 2017 kot. Move on lah drpd ayat tu. Jk

Akhir kata. Yg dah besar tu, jagalah diri baik2, jgn kasi org ambik kesempatan kat awak. Maaflah kalau sedikit boring (memang boring) dan terkasar bahasa. Alah anggap lah gurau member2. (saya minta maaf) takde niat nk laga2 kan lelaki perempuan. Ia hanya pandangan saya dan maaf kalau Ade silap.

Jaga batas pergaulan =Allah redhai hubungan =mak ayah kasi Greenlight =blh kawin dgn aman. Hahha

Maksiat =dosa =xredhai Allah =mak ayah malu =x kawin atau kawin tapi suami x bahagia

Jadi pilihlah?

– Muka senyum

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit