Nak Apa Sebenarnya Masa Temuduga?

Salam, aku Jannah. Keje HR baru 3 tahun jer. Alhamdulillah ada keje kan. BTW aku jadi bidan terjun dalam bidang HR ni, bos Nampak kelebihan kat situ dia offer aku job ni. Sebelum ni akaun.

Sekarang syarikat aku keje ni dalam proses mengembang. Banyak jawatan tiba2 ada. Contoh macam akaun ke-2, designer, customer service, operation dll

Kat sini bukan aku nak mengeluh, tapi aku rasa kena bagitau benda ni. AKu mengomel kat tempat kerja bukan dapat apa pun.

Jadi boleh kira confession ni macam TIPS DATANG INTERVIEW lah ye

1) Ikut arahan pada iklan kerja kosong. Yang ni ramai fail awal-awal. Hatta ada master sekalipun fail taknak ikut arahan. Apa kau ingat ni syarikat abah kau?

Kalau iklan jawatan kosong suruh email resume, email jer. Ni yang aku tak paham entah camne lah ada sesetengah ni dapat nombor boss, dia pi wasap boss. Haiyaa, biasa yang main PM fb, wasap bos, memang 100% rejek awal.

Kalau nak walkin hantar resume, pastikan pakai kemas2 macam nak gi interview. Bukan drop jer kat tangga. Biar beradab ye. Bagi salam apa semua. Kau suka tak kalau aku pi umah kau jenguk2 kepala masuk dalam pastu duk suka kihkihkih luar pintu? Tak kan?

2) RESUME pulak kena ada kaitan dengan JOB yang korang mintak tuh. Kadang-kadang aku taktau korang mintak job apa. Dengan email taktau hujung pangkal tetiba ada resume celepuk gitu jer.

Kalau korang belajar dulu takde kaitan dengan job yang korang mintak, apa kata letak jer apa-apa jer benda yang boleh kaitkan. Yang boleh buat boss berminat nak ambik kau sandang jawatan tu.

3) Dah hantar resume, tapi takdak orang panggil interview? Haaaa, caranya senang ajer. Sama ada email balik sekali lagi DENGAN resume yang lebih ummpph, atau datang sendiri bagi resume by hand

Tolong la jangan call tanya. Serius memang kami ada SOP dan ikut flow dia

4) Dah tau hantar resume, sila lah angkat call kalau kami call. Ni lagi satu. Taknak angkat call sebab nombor phone pejabat naik kan? Habis tu takkan aku nak guna phone aku lak call korang semua? Kan waktu pejabat ni.

Ada yang resume memang gempak gila lah. Tapi bila call 4 5 kali taknak angkat, call lagi esok hari taknak angkat jugak! Apa aku buat? NEXT aje. Anggap la takdak rezeki kita nak jadi rakan sekerja.

5) Bila kami call, bagitau sila datang interview. Pukul berapa, kat mana, dan kena bawak apa dan lain-lain. Kalau nak rescedule interview bagitau ajer lah. Benda boleh bincang kan. Jangan buat benda-benda kat bawah ni

6) Datang lewat. Suruh datang kul 10 pagi. Dia pi mai kul 11 pagi. Biasanya bos memang terus rejek orang lewat. Melainkan , sebelum kul 10 pagi tu korang siap2 call bagitau lewat sebab jem ke, ada emergency ker dan lain-lain. (benda boleh bincang)

Datang awal 30min awal kalau boleh.

7) Datang pakai formal lah. Tau formal? Perempuan pakai baju kurung (kalau melayu), lelaki pakai lah slack, kemeja, tie, kasut, stokin. Takyah la pakai jeans ke, baju corak2 ke, baju cutting body ke, Buat skema jer pakai baju tu.

Biar time interview nampak skema. Ingat yer.. ATTITUDE FIRST, SKILL SECOND. Tak guna skill pandai gila tapi takdak attitude der.

8) Bagi salam. Ketuk pintu (kalau ada pintu), Senyum kalau jumpa orang. Jangan duk buat muka ketat tak puas hati

9) Bila dipanggil interview. Biasanya ada panel 2 3 orang. Masuk bilik sebut la “asslamualaikum” kalau islam. Kalau tak, sebut la “hello” ke apa . Kalau laki pi la salam tangan dulu dengan panel laki, dan vise versa

10) Mintak izin dulu sebelum duduk.

11) Baru lah boleh interview. Biasanya panel akan tanya korang apa2 berkenaan kerja ni. Kalau taktau jangan cakap taktau, reka la sikit apa2 benda yang berkaitan. JANGAN CAKAP TAKTAU. Sebelum datang buat la research skit okeh.

Prepare pasal job korang mintak tu. Ni mintak job designer kena la prepare bawak contoh2 design ke, bawah kerja2 sebelum ni dah buat ker

12) Otak kena ligat berfikir time interview. Biasanya akan tanya soalan yang memerlukan korang berfikir dengan pantas.

13) Takdak jawapan betul atau jawapan salah ketika interview. Biasanya kalau dah panggil interview ni, panel dah tengok resume korang tu. Panel rasa korang sebenarnya boleh buat kerja ni cuma nak confirmkan ajer dengan interview.

Ibaratnya sebelah kaki dah masuk woi! Jadi buat la elok-elok

14) Soalan Bocor Time Interview

+ KENAPA NAK KERJA SINI?

Tolong jangan jawab sebab nak cari pengalaman. Nak cari pengalaman tu kalau korang bersembang dengan kawan2 ke, dengan family ker. Ibarat korang buat kerja ni macam experiment pulak. Dah ambik pengalaman dah cukup boleh berhenti lah maknanya? Heh

Cth jawapan: Nak cari duit, memang minat lama dah dgn job ni, nak kerja dekat dgn rumah,

KENAPA BERHENTI KERJA SEBELUM NI?
Jangan cerita keburukan majikan sebelum ni. Walaupun majikan korang memang buruk! Jangan!

BERAPA GAJI NAK?
Be reasonable. Jangan bagitau ikut suka bos la nak bagi berapa. Bagi satu nilai yang korang rasa patut. Contoh nak RM2000.

KENAPA SYARIKAT KENA BAGI RM2000 SEBULAN KAT AWAK?
Jangan jawab sebab “saya ada degree, sbb tu RM2k” ,
Jangan jawab sebab “ saya ada komitmen kereta, anak, dll”
Jangan jawab sebab “kawan sy kerja jawatan camni gak dapat RM2k”

Sebab2 tu tak kukuh, tak menjawab dgn betul “KENAPA KENA BAGI RM2k KAT YOU?”

Jawab lah sebab saya ada kemahiran ini, ini, dan ini. Saya terer buat itu ini dan ini. Semua benda ni saya rasa nilai dia RM2000 sebulan. Contoh jer. Ibaratnya kenapa RM2000 tu patut kita dapat? Haaa tu kena pikir la ye

15) Biasanya panel akan tanya korang dulu. Pastu last sekali panel akan tanya korang “Ada apa2 nak tanya tak?

Haaaa, masa ni korang kena la tanya woi! Suka hati korang la nak tanya apa,

Waktu kerja bila ke,
Gaji berapa sebanarnya yg company nak bagi
Job scope terangkan detail lagi ke
Cuti berapa hari
Kerja kat mana ke,
Dan macam2 lagi lah berkaitan.

Biasanya panel saja jer tak bagitau semua sebab dia nak suruh korang tanya! Jangan kabor takde apa nak tanya. Haiyaaaa

16) Last skali, ucap terima kasih dan salam tangan. Tu jer.

17) Biasanya kalau korang dapat kerja tu, kami akan call untuk confimkan. Kalau korang taknak kerja tu lepas interview, Bagitau awal2 taknak, supaya senang kerja semua orang.

18) Dah datang kerja buat kerja sungguh2 jangan esok terus mintak cuti!

i Cannot brain!

19) Itu jer lah kot apa yang ada dalam kepala aku sekarang ni. Kalau korang berminat lagi tulisan ni nanti aku tulis lagi.

Bye

– Jannah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit