Nasib Si Bujang

Nasib Si Bujang

Assalamualaikum.. terima kasih admin sebab siarkan citer aku ni.. kepada pembaca semua terima kasih sudi membaca dan komen..

Apa yang aku nak luahkan kat sini adalah kisah aku sebagai pekerja yang masih bujang. Untuk makluman company tempat aku berkerja tu kerap mengadakan event di luar. Even pulak memang mostly on weekend.

Dalam office aku tu..aku sorang je yang x kahwin lagi.. by the way team aku tak lah ramai mana lebih ramai lelaki dari perempuan. Perempuan pun aku, kawan aku intan, dan 2 orang lagi officemate perempuan tapi pangkat bos sikit la.. aku dan dan intan je berdua perempuan.. intan ni dah kahwin ada anak sorang. Aku dengan intan ni dulu memang kawan biasa-biasa je sebab dulu team ktorang ramai.. geng-geng mak jemah.. tapi sekaran lepas sorang-sorang pindah, berhenti dan diberhentikan so tinggal la aku dan intan. So kami agak rapat. Aku dengan intan ok je dia pun kawan yang baik.

Masalah yang buatkan aku rasa macam terkilan adalah sebab aku ni bujang. So setiap kali outstation memang perempuan wajib sorang kena pergi sama ada aku atau intan. So memang xda orang lain aku ni la yang kena pergi dengan alasan intan xbole pergi sebab ada anak kecik. Ok xpe aku mengalah dan cube untuk faham sebab dia dah berkeluarga.. tapi aku pun manusia je.. ada hati ada perasaan.. kalau dah sampai tiap-tiap minggu muka aku jugak yang kena pergi sampai langsung xde life rasa hidup aku ni.. intan? Berselang lenang kat rumah dengan alasan ada anak kecik dia tu. Aku bersaba lagi walaupun kadang-kadang aku cakap jugak kenapa asyik aku je kena pergi aku penat tau x. Tapi intan buat diam jelah. Tapi merungut aku pun aku tetap pergi sebab fikir tanggungjawab…

Intan ni boleh dikatakan kerap cuti.. cuti MC cuti EL.. dengan alasan anak tak sihat. Ok tak apa aku beralah lagi.. tapi memang kerap. Memang la aku ni kawan dia tapi kawan pun ada limit kesabaran jugak.. bukan setakat cuti tapi intan kerap jugak masuk lewat alasan yang sama.. anak muntah.. anak itu dan ini.. kadang-kadang dia masuk lambat sebab dia cakap dia rehat kat bilik rehat sebab mengantuk.. pening and lain-lain.. aku memang jenis yang ambil berat pasal dia tapi aku pun penat jugak.. bila dia tak datang.. kerja dia aku yang kena handle.. bile dah cuti nak contact bukan main susah nak respon.. bos pulak kalau apa-apa semua tanya aku.. sue intan tak masuk lagi ke? Sue intan mana? Sue suruh intan tengok wassap dia.. sue itu dan sue ini. Memang aku selalu dengan dia tapi beragak-agak la. Dah macam aku ni PA intan ni pulak.

Ada sekali tu intan mengandung anak kedua.. korang pun boleh agak kan orang mengandung ni macam mana.. dengan emosi tak menentu.. x larat semua tu.. lagi la kerap dia cuti.. masuk lambat semua. Dan masa dalam tempoh dia mengandung outstation semua weekday or weekend semua aku yang kena pergi. Ok aku consider lagi sebab dia mengandung kan so x bole buat kerja berat-berat. Tapi kadang aku pun tak larat sampai sakit. And yes aku dan intan ada bergaduh pasal hal ni.. aku cakap la takkan la aku je kena pergi.. sebab aku ni bujang? Aku fikir tolong kau ni sebab kau mengandung je intan. Korang tau dia jawab apa? Mana la aku tau.. dah tu kau ni tolong aku tak ikhlas ke? Aku jawab la bila masa yang aku cakap tak ikhlas? Then intan cakap habis yang kau mengungkit tu kenapa? Aku terdiam. Hati ni Allah jela yang tau bila mana kau ikhlas tolong orang tapi dia kata kau mengungkit.

Dan pasal tu jugak aku try nak buat masuk lambat.. MC or El.. tapi aku xreti. Cume kadang-kadang bila dia tak datang tu aku pun akan cuti sebab serius aku tak larat nak settle kan keje orang lain. Aku pun ada kerja sendiri.. kadang-kadang aku kena ketepikan kerja aku pasal bos mintak nak tengok kerja intan..

Tapi yang buat aku kesal tersangat-sangat adalah aku hilang kerja pasal intan. Yes intan salah satu punca aku hilang kerja dengan alasan lain bos cakap aku tak nak pergi event time weekend. Pasal aku ni dah menyebabkan prestasi kerja intan teruk. Aku terfikir kenapa aku yang dipersalahkan? Hanya kerana aku mengelak untuk pergi event sekali dua.. dan aku dikatakan tak bagi komitmen? Pasal intan tak sihat masa mengandung.. naik lambat kerap cuti.. kerap hilang time keje aku dijadikan alasan intan punya kerja teruk? Apa ni?? Aku mimpi ke? Bagai nak terduduk waktu dengar alasan tu.. intan pulak bila dapat tau macam tak ada perasaan. Tak rasa bersalah langsung. Lepas aku dah tak ada aku dapat tau dia sekarang dah tak ada nak naik lambat semua. Aku cakap sorang-sorang oh boleh pulak kau naik awal ye..takut ke kena macam aku nanti?

Aku tak kisah nak membantu kawan tapi berpada-pada la..dari anak kau kecik sampai dah umur 3 tahun..setiap kali bos suruh pergi outstation alasan kau anak kau kecik lagi menyusu badan itu ini. Aku tengok orang lain pun ada anak sebaya anak dia elok je tak ada isu pun. Apa pun semoga kau bahagia la buat aku macam ni ye. Nasihat aku pada korang janganlah kau letak kudrat kau macam nak mati pada kerja sebab macam mana pun kau buat kalau dia nak tendang kau anytime. Dan nak tolong kawan tu berpada-pada jangan jadi macam aku fikir kawan last-last macam ni nasib aku. Aku cuba nak tepis perasaan sakit hati sebab fikir dia kawan baik aku jugak tapi manusia kadang aku tewas jugak dengan perasaan.

– Si Bujang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments