Nasihat Adik-adik II

Assalamualaikum semua…

I’m back…again. hahaha…kali ni just nak clarify balik reasoning saya buat confession Nasihat Adik-adik tu.

Saya baca komen, dan ada yang tersinggung dengan cara penulisan saya yang seolah-olah merendahkan martabat sesetengah course. Saya minta maaf. Bukan itu maksud saya. Bagi saya, ambillah course apa pun. Yang penting, adik-adik kena tunjukkan yang adik berjaya dengan course yang adik ambil tu.

Saya bagi contoh situasi yang berlaku di sekeliling saya.

Situasi 1

A dan B ambil kos medic.

A memang budak pandai, belajar kat uni score semua exams dengan results terbaik, very passionate dengan pembelajaran dia. Kalau kita tanya dia soalan berkaitan isu kesihatan, dia boleh explain dengan detail apa yang kita nak tahu tanpa perlu dia membuka buku atau menyelak nota. A memang menjadi bualan orang ramai. Yelah, nama pun doktor.

Tapi lepas 2 tahun bekerja, A quit. Bukan sebab tak tahan dengan kehidupan HO, tapi sebab dia nampak keuntungan berkali ganda kalau dia mengusahakan sendiri bisnes ayah mertuanya. Ditinggalkannya karier doktornya dan sekarang menguruskan bisnes ayah mertuanya.

B pula budak biasa-biasa, results di uni biasa-biasa, orang pun kenal macam tu je nama dia walaupun dia seorang doktor. Tapi sebab results dia biasa-biasa, orang pun tak kenal sangat.

Struggle habis nak grad dan melalui kehidupan perit HO. Tapi sekarang, B merupakan seorang doktor di hospital kerajaan. Gaji dia mungkin tak sehebat A tapi dia strive dan “berjaya” di mata saya.

Situasi 2

C budak terror jugak, dapat SPM straight As. Lepas dapat results tu, kita pun tanya dia, adik nak sambung kos apa? Semangat dia jawab medic. Wahhh…gahnyaa…

Tak lama lepas tu, dapat tahu dia ambil kos computer. (again, saya tak rendahkan kos ni)

Bila ditanya kenapa ambil kos ni, jawabnya sebab kos ni senang. Tak payah serabut kepala.

D budak biasa-biasa, results SPM pun cukup-cukup makan. Orang memang tak pandang la D ni. Tapi D berusaha mengubah hidup dia. Dia masuk matrikulasi, tapi apakan daya, tertulis results biasa-biasa sahaja untuknya. Tak gempak 4 flat. Berusaha lagi, masuk universiti dengan kos bahasa.

Ye, memang orang pandang lekeh, alaa, kos bahasa je pun.

Tapi, kalau D berjaya, dia boleh jadi lecturer.

C pulak jadi software something2. (sorry, saya tak tahu menahu sangat pasal komputer ni, sebab tu saya tak berani komen)

Moral of the story is adik-adik, ye, results yang bagus BOLEH menjamin future adik-adik, tapi adik-adik kena ada attitude yang betul. Adik jangan ambil jalan mudah, nak senang grad, so adik amik kos “mudah”. Saya tak judge kos mudah, sebab saya rasa semua kos pun susah. Akan ada susahnya.

Buat sesuatu tu ikut minat adik. Kalau adik dah terjun dalam laut tu, selam sampai ke dasar laut dik. You are already in the ocean, kenapa nak tengok surface ja? Selam dalam-dalam. Rasa kepayahan menyelam tu, dapat results biasa atau gempak bukan kayu ukuran. Jangan jadi cetek pemikiran.

Prove to yourself and others yang walaupun adik dapat results biasa-biasa adik berjaya menjadi orang yang berguna.

Sekarang ni lagi la, competitition sangat sengit. Results gempak semata bukan menjadi ukuran. 100 orang boleh dapat 4flat. What sets you apart from them?

Sama jugak dengan dua orang adik yang sorang dapat 4 flat, sorang 3.5. Dua-dua masuk interview yang sama. Bila keluar results interview, adik yang dapat 3.5 dapat kerja tu, adik 4 flat menganggur.

Kenapa? Bukankah budak 4flat yang ‘gerenti’ boleh dapat kerja? Not anymore adik.

You need to have passion. Adik kena ada soft skills. Belajar dik. Belajar rajin-rajin. Bukak minda adik, timba pengalaman dengan orang lain. Itu yang akan menyinarkan adik dalam sekelompok orang. Pedulikan mak cik-mak cik yang suka compare adik dengan anak diorang. Ingat, rezeki di tangan Tuhan.

Akhir kata dari saya, be passionate in whatever career you choose. Adik amik seni kulinari pun tak pa. Prove to people and yourself bila adik berjaya kerja di hotel terkemuka or even better, adik berjaya bukak bisnes restoran sendiri.

Ubah mentaliti masyarakat kita yang sentiasa judge results bagus as kayu pengukur. Sebab akak sendiri lalui benda ni dan sekarang semua orang bukak mata dengan pencapaian akak setakat ni. (akak bukan bongkak atau riak. Akak just jadikan diri akak example. I know how you feel. Nanti kalau akak rajin, akak cerita my journey)

Okay, dah puas hati sebab berjaya bukak pekung di dada. Thanks for reading. InsyaAllah akak doakan adik-adik semua berjaya kelak.

Ingat: be PASSIONATE

wassalam.

-Cik Pokemon

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *