Nasihatilah Aku

Assalamualaikum & hai kepada semua pembaca disini. Aku seorang perempuan berusia 20-an dan juga seorang ibu kepada seorang anak perempuan 3 tahun. Aku ialah young mom yang sebelum ni aku ada menulis disini berkaitan serba sedikit apa yang terjadi pada aku. Selama beberapa bulan selepas confession aku banyak sangat nasihat yang berguna yang aku dapat dari kalian yang komen & aku apply serba sedikit perlahan-lahan & Alhamdulillah, my life getting better slowly.

Tujuan aku menulis disini untuk berkongsi kepada mereka yang sebaya aku yang hidup ni tak selalunya indah & macam biasa aku perlukan kata-kata semangat dari otai-otai berpengalaman yang lebih kuat. Sebabnya aku rasa macam, macam jela, macam my family tak cukup kuat jadi my support system kerana beberapa peristiwa. Kawan-kawan dah semakin sibuk mmbina kehidupan yang lebih baik & aku rasa tak patut untuk aku kacau mereka dengan benda remeh yang merunsingkan aku. Thats why aku menulis disini sbagai anymous.

Aku masih berstatus sebagai seorang isteri kepada suami aku yang sorang tu. Perlunya aku mengalah dari minta dilepaskan terus menerus sebab aku rasa dianiayai oleh ibu aku sendiri. Dia melihat kehidupan suami aku makin senang. Dalam diam dia dah pinjam beberapa ribu dari suami aku untuk perniagaan dia. Aku rasa mungkin ibu aku tu terdesak dengan ekonomi keluarga kami agak jatuh kebelakangan ni. Disebabkan rasa serba salah dia pada suami aku ni, dia tak habis-habis berkias yang dia kena tanggung aku, tanggung anak aku, tanggung makan tempat tinggal dan sebagainya. Ibu aku pun kiaskan pada pekerja-pekerja dia & adik-adik aku “haih, bilalah kakak ni nak balik rumah dia. Lama lagi ke kat sini.” Bila benda ni sampai pada aku, sakit dia lebih sakit dari salah faham dengan suami sendiri. huhu.

Keluhan demi keluhan dia luahkan yang dia perlu tanggung aku semula dalam keluarga. Macam-macam kiaskan pada aku yang dia akan malu kalau aku berpisah dengan suami aku. Yela, suami aku yang dia canang dia banggakan pada seluruh keluarga. Kalau kami gagal bersama, memang orang akan kata dia dah sia-siakan hidup aku pada orang lain. Kerana dia, perlu aku korbankan tawaran matrik dan belajar dekat sini je. Kerana dia, aku perlu korbankan pilihan & mimpi-mimpi aku sebab kalau tak aku bukan anak dia lagi. Fyi, parents aku ni jenis dia kalau tak ikut rules diorang ibarat kita ni bukan anak dia dah tak sayang dia dah. Tapi dia tak pandang pun bebanan yang akan ditanggung anak dia. Mostly adik beradik aku sekarang tengah struggle untuk ikut jalan yang mereka suruh macam mana aku dulu.

Lepas beratus drama yang dah jadi kat aku, jadi aku decide untuk buat perjanjian dengan suami aku. Dia pun liat nak lepaskan aku sebab dia kata lepas kehilangan aku dia tahu dia banyak silap & apa yang ada pada aku semuda ni tak ada pada orang lain. Tapi aku rasa sebenarnya taste suami aku ni memang kena cantik & kena ikut kriteria dia nak. Aku sangat pasti dia dah mencuba untuk cari ganti aku tapi dia yang tak kena atau dia yang kena reject. Aku dulu terima dia dengan keadaan dia baru mula nak menapak. Gelap, berjerawat, tak berjaga. Aku yang picit jerawat dia bersihkan dia tanpa rasa geli ke apa sikit pun. Cuma dia tu je yang demand rasanya.huhu.

Dengan desakan keluarga, dengan kantoi abang sendiri cerita pada scandal-scandal dia yang aku ni dikahwinkan sebab nak kontrol aku dari liar buat aku betul-betul hilang arah. Hal yang ni sebab dia amik kesempatan nak tunjuk pada scandal dia yang dia yang paling baik sebab tu dia boleh further study dia tanpa kena ikat dengan keluarga aku. Jadi bila aku jadi janda nanti, membuktikan yang aku ni bukan seorang yang boleh dikawal. Teruk la kiranya. Banyak lagi yang dah jadi tapi yang aku cerita antara yang paling patahkan hati aku pada keluarga aku sendiri.Tak cukup lagi ke aku taat aku korbankan semua untuk keluarga tapi terpalitnya pada aku semula? Apa yang jadi pada aku memang betul-betul tunjukkan aku perangai yang sebenar orang sekeliling aku macam mana sebenarnya balik muka masing-masing.

Jadi aku kembali masuk dalam rumah suami aku, aku akan stay selagi dia tak hina keluarga aku & sakitkan aku. Sepanjang ni so far Alhamdulillah semua agak okay dari sebelum ni & aku nampak dia lebih cakna kat anak dia. Dengan aku pun jarang cari pasal sebab aku sendiri rasa aku lebih garang sekarang ni. haha. Sekarang ni aku dah habiskan study aku untuk diploma. Lepas ni aku usaha untuk sambung demi peluang pekerjaan yang lebih baik. Suami aku ada kata, dia lepaskan aku belajar tapi sekiranya dia nanti sunyi izinkan dia kahwin lagi. Agak-agak korang rasa apa jawapan aku? Aku kata okay. Sebab sebelum ni dah jadi mainan untuk dia tambah lagi. Buat la bang. Yang tanggung tu dia. Aku dah sehabis daya buat segalanya tapi andai dia perlukan lebih lagi, itu pilihan dia. Aku pasti, setiap perkara yang jadi mesti ada hikmah dia. Aku dah siap dah kalau ada perempuan willingly nak berkongsi dgn aku, caranya dia dgn suami aku kena dapatkan aku sebuah rumah untuk aku & anak aku atas nama aku. Siapkan semua isi dalamnya. Then, you go. Kalau gaduh, dilepaskan atau sebagainya aku ada apa yang patut aku ada

Bila orang tau apa yang aku kata ni, katanya aku berlagak tak pijak dibumi yang nyata. Aku tahu hidup ni tak mudah. Jadi aku perlu lebih kuat & acah kebal dgn bnyak benda. Apa guna aku belajar perundangan aku belajar agama kalau aku nak sentiasa harapkan keajaiban. Aku mengumpul dengan permulaan yang sangat sikit & aku yakin aku akan untung pada hujungnya nanti. Sebab tu sebolehnya biar aku berhutang untuk aku sambung belajar takpe kot. Paling tidak aku kena buat pjj pun aku rela. Sebab aku pasti, aku tak rasa ada yang nak support aku kalau aku buat keputusan sndiri. Jadi aku boleh belajar, bekerja & manage anak aku pada satu masa yang sama. Berdirinya aku bukan untuk diri aku sendiri tapi untuk anak aku. Aku nak dia membesar tanpa tahu keburukan yang ada pada kami sebagai ibu bapa dia. Yang dia perlu tahu, dia ada ibu yang sntiasa usaha & ayah dia yang sntiasa adakan semua & dua-dua sayang dia.

Ada masanya aku rebah. Aku rasa aku tak tahu aku boleh menapak lagi atau tak lepas ni. Hari ni aku bersemangat, esok lusa aku sndiri tak tahu apa yang akan jadi. Pada masa yang sama, aku syukur aku punyai mereka yang ibarat keluarga aku sndiri yang ada, yang sanggup buat macam-macam untuk aku paling tidak boleh buat aku rasa yang aku cukup bahagia kejap. Haha. Banyak lagi yang perlu aku belajar yang aku perlu tahu. Bagi diri aku sendiri, aku masih mentah & banyak benda yang perlu dilakukan untuk hidup dalam keadaan yang baik. Aku sangat harapkan nasihat pembaca yang lebih berpengalaman smada dari segi manage kewangan, masa & sebagainya. Semoga setiap yang baik dari kalian dia rahmati semula dengan kebaikan yang lebih & lebih lagi kepada semuanya. Terima kasih.

– Young Mom

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *