Nenek dan Sisinya Yang Misteri II

Nenek dan Sisinya Yang Misteri II

Salam. Maaf, saya cuba pendekkan cerita pada post yang lepas sebab saya tak rasa saya akan post lagi sampai tertinggal beberapa hal penting.

Baiklah, alang-alang dah post yang kedua, insyaAllah saya cuba perincikan cerita kemudian habiskan terus. No lll, lV ye.

Disclaimer : Bila nenek jatuh sakit, kami bawa nenek ke hospital dulu untuk check semua. Warded jugak seminggu tapi sebab doktor tak tahu apa masalah, sebab dah tua juga, abah pun minta keluar. Tapi at the same time, kami masih panggil doktor datang ke rumah untuk check perkembangan nenek. Awalnya, mulut nenek belah kanan henyot juga, sebab strok kan. Lama2 okay balik. Tapi itu lah, sampai ke sekarang, doktor cakap semua okay. Gula okay, darah okay. Masa nak check darah ni lah, berperang kot nak pegang tangan nenek. Dia taknak bagi. Tiga tenaga muda lawan satu tenaga tua. Heh.

Okay. Masa jumpa ustaz yang bagitahu dekat dengan nenek ada lima ekor. Yang empat ekor tu, semua ustaz boleh sebut tuannya siapa. Si A, Si B, Si C, Si D. Yang sekor lagi tu, ustaz sebut nama tuannya ialah Jah. Bila Ustaz bagitahu Paklong, Abah,MakLang , MakSu, A,B,CD tu semua diorang kenal. Duduk belakang rumah, kampung sebelah la blablabla. Jah tu, takde sape kenal. Bila balik, abah bagitahu mak, mak pun cerita dekat jiran belakang rumah yang merupakan kawan baik nenek, kotlah boleh tolong. Rupanya Jah tu, nama panggilan nenek masa muda. Sekarang orang kampung panggil nenek MakNgah Ejah, tu yang abah adik beradik tak dapat tangkap. Dari situlah kami tahu bahawa nenek pun membela.

Nenek memang tinggal dengan MakSu sekeluarga. Masa ustaz datang, dia duduk ruang tamu je, takde naik atas scan apa semua. So, lepas dia bagitahu pasal Jah tu, dia bagitahu juga, salah seorang cucu nenek ada gangguan, dari belaan nenek lah. Sebab nenek nak bagi dekat cucu tu. Ustaz kata, dari pintu besar, bilik cucu tu ketiga dari kiri. Nama tuan bilik Sofi. Kami pun cakaplah bukan Sofi, tapi Sofina. Ustaz pun bagitahu, ya ya Sofina lah orangnya. Anak perempuan sulongkan? Kami ternganga, betullah anak perempuan sulong. Ustaz cakap, benda ni dia tengok anak perempuan sulong, kalau takde dia tengok anak bongsu. So yang sulong nenek lelaki, dia tengok anak-anak MakSu. Si Sofina tu bari darjah 6 kot, kesian lah kalau kecik2 dah dapat gangguan.

Ustaz tu cakap lagi, yang sekor belaan nenek ni, dia masuk rumah melalui tingkap bilik nenek yang berlubang. Dia datang rumah tiap hari Selasa, sama ada masa Maghrib atau pukul 10. Ustaz ni siap describe rupa hantu ni kot. Dia datang dalam keadaan berbaju kurung style lama, rambut putih, pakai selendang, muka tua, mata merah. Ustaz cakap, kalau awak-awak nak tengok boleh, dia boleh datang dalam mimpi. Ehh gila ke nak tengok pulak. Elok-elok dah tak dapat tengok. Yang tingkap berlubang tu, kami pun tahu lepas ustaz bagitahu. Aduh.

Ustaz yang suruh cari benda lama tu pulak. Saya ada bagitahu kami ada jumpa tempayan kan? Benda yang nenek selalu bawa tu, sampai sekarang kami tak tahu apa benda sebenarnya. Adalah yang kami syak, iaitu tasbih kayu milik nenek. Tasbih tu, kalau nenek lupa letak kat mana, satu rumah kena gesa cari tasbih tu. Sekarang pun ada, kalau nenek melalak, kami bagi tasbih tu suruh nenek berzikir. Tapi tu lah, sebab kami pun tak pasti. Bila kami jumpa tempayan tu, ustaz takde cakap pape pun pasal penanggal sebenarnya. Ustaz cuma cakap, memang tempayan ni lama dah ada, kepunyaan moyang kami. Dan dia minta kami buang tempayan tu. Abah cakap, tempayan tu nenek tak pernah bagi kering. Mesti ada air kat dalam tu. Dan saya juga ingat, yang saya pernah mandi guna air dalam tempayan tu. Kalau tak isi balik, memang kena marah kaw-kaw punya.

Saya ada sepupu ni, anak PakLong. Dia ni jenis berani dan kalau nak tahu benda tu memang dia cari betul-betul. Dia juga suka baca fiksyenshasha. Sebelum ni, dia senyap je takde cakap pape. Tapi bila je dia dengar jiran kata ada nampak bebola api atas rumah, dia macam “finally aku nampak dah kaitan diaaa”

Dia cerita, bebola api ni merupakan jelmaan penanggal. Penanggal ni biasanya dibela oleh bidan-bidan dan penanggal ni minum darah wanita yang bersalin. Tempayan wajib dimiliki oleh orang yang mempunyai penanggal. Untuk apa, saya tak pastu sebab saya tak berani dengar cerita haha. Kan dah cakap, saya ni penakut. Patutlah, bila cucu nenek yang period datang jaga, dia macam bau apa ni bau apa ni. Lepas tu jilat bibir. Weh! Sapa tak gerun. Ada lagi tanda-tanda penanggal yang saya tak tulis tapi ada pada nenek saya sebab saya takut. Tengah period ni oi, tak kelakar okay.

Pernah sekali tu, adik angkat mak yang boleh merawat tu datang. Nak tengok apa bendanya. Tapi, dia masuk rumah je dia rebah sebab benda tu kuat, tak bagi dia masuk. Anak makcik yang umur 10 tahun boleh nampak benda-benda ni, dia cakap benda tu tengah jaga. Dengan rambut mengerbang, mata merah. Dia pesan lain kali jangan tengok mata nenek. Kalau dia berkenan, dia ikut balik. Erhhh.

Yang tu memang kami perasan, mata nenek memang tajam. Saya pernah tenung mata nenek sekali sebab geram, nenek cakap dengan suara kasar, “eh keras kepala jugak manusia ni” pastu mengilai. Seram mak! Lepas tu makcik cakap, nenek ada pakai sesuatu kat muka untuk nampak cantik, dekat kepala untuk disayangi, dekat kaki sebagai penunduk.

Kami masih berusaha panggil ustaz tok bomoh datang berubat. Sebab nak travel tu, memang sah-sah tak boleh. Percayalah, dah bermacam cara kami buat. Dah bermacam orang kami panggil. Yasin beramai-ramai, solat hajat, bagi makan anak yatim. Bukan nak menunjuk, tapi yang diberitahu ustaz semua kami ikut. Takde yang karut pun setakat ni sebab taknak terpalit sekali. Bukti susah nak mati bila main dengan jin ni dah ada depan mata kan, takde pasal nak main sekali. Ye saya tahu, kalau kami berusah pasti dapat ganjaran suatu hari nanti. Kami cuma harap nenek sebelum sakit haritu sempat bertaubat. Sebelum hembuskan nafas terakhir, harapnya nenek sempat mengucap. Hari-hari saya doakan nenek diampunkan dosanya, dipermudahkan sakaratul mautnya jika ajal sudah tiba. Tapi hari-hari juga nenek masih lagi macam tu. Tubuh nenek dah kurus kering, tapi makannya banyak. Pantang sebut makanan sikit, terus jerit “aku nak makaaannnnn!” “Kau sebut apa tadi, aku nak makaannnnn!”.

Hmm. Setakat itu je lah ceritanya. Sebab memang setakat itulah ceritanya. Rasanya dah tak tertinggal apa-apa. Maafkan salah silap. Salam

– Tash

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit