Niaga

Aku suka berniaga sejak dibangku sekolah rendah lagi. Memang pada waktu itu, aku banyak jual lirik lagu dan gambar kartun pada rakan-rakan. Rasa seronok bila setiap hari balik dari sekolah, duit syiling banyak dalam envelope. ( Aku simpan duit dalam envelope )

Naik sekolah menengah, perniagaan aku berhenti begitu sahaja. Aku baru sedar susah payah ibu ayah pergi kerja siang dan malam tanpa putus. Aku merupakan anak sulong, mempunyai 3 adik beradik dan semua perempuan. Jadi sebagai seorang kakak, aku harus bantu ayah dan ibu aku. Tapi aku jenis yang suka memerhati. Pada waktu itu juga lah, instagram masih baru di mata dunia. Aku sedar akan kewujudan niaga online. Masalahnya macam mana?

Aku mulakan dengan dropship. Waktu itu aku tak tahu istilah dropship, cod, wts, wtb dan lain-lain. Aku banyak habiskan masa aku dengan komputer. Aku tiada rakan-rakan yang lebih arif berkaitan perniagaan. Minat aku lain berbanding mereka. Apa yang aku pelajari hari ini, adalah usaha-usaha-dan-terus usaha. Doa-doa-dan terus berdoa. Allah Maha Kaya dan Maha Mengetahui segalanya.

Aku pernah ditipu, dicaci, dimaki hamun oleh customer sewaktu awal dalam niaga online. Hampir berputus asa aku dibuatnya. Waktu itu aku tingkatan 3. Masih mentah. Ayah dan ibu lah yang banyak beri aku dorongan dan sokongan. Sehingga kini, aku masih berdiri walaupun sering dipukul dengan caci maki.

Paling aku gembira, bila rakan-rakanku sudah mula menceburi minat ini. Sekurangnya, mereka rasai sendiri pengalaman yang pernah aku lalui. Niaga tidaklah semudah yang orang sangka. Perlukan kekuatan mental dan emosi. Semangat yang tinggi perlu ada dan paling utama adalah niat. Apa tujuan kita berniaga? Bukanlah wang semata-mata, kerana wang gelaplah mata. Kita mahukan suatu yang bermakna, kesabaran. Sabar layan kerenah dan ujian-ujian yang timpa kita.

Bila difikirkan balik terlalu banyak sifat mahmudah yang boleh kita ketengahkan dengan cara berniaga. Aku harap kita semua berniaga tidak salah niat. Niat yang salah boleh mengundang rasuah, judi dan seumpamanya. Niat tak menghalalkan cara. Salam ramadhan al mubarak

– N. Med

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit