Niat dan Ganjaran

assalamualaikum..terima kasih kalau perkongsian saya ini disiarkan. P/S: saya tak pandai bercerita macam orang lain, saya cuma boleh tulis dari hati yang “straight forward’ tanpa ayat tangkap leleh (apehal nak tangkap leleh plak kan sebab cerita ni bukan pasal cintan cintun pun).saya cuma ingin berkongsi pengalaman dan kejadian setelah saya membaca confessions mengenai ‘Allah tolong saya’. apa yang saya nak sampaikan adalah semalam saya memang dah takde duit untuk makan dan isi minyak kereta memandangkan bulan ni saya agak boros berbelanja (mengeluh) ~dah habis duit baru nk menyesal~

apa yang saya nak ceritakan disini ialah semalam ada pasar malam dikawasan tempat saya tinggal dan saya melihat ada orang kurang upaya yang sedang menadah bekas duit untuk minta derma, saya nampak ada beberapa not kertas warna biru, merah dan hijau. saya berniat untuk mendermakan sedikit wang yang masih berbaki dalam beg duit saya setelah saya membeli makanan, tapi saya tak berpeluang meletakkan duit tersebut didalam bekas tu disebabkan keadaan orang yang sangat ramai dan seakan menghalang saya meletakkan duit tu sedangkan dah 3kali saya lalu tempat tu dan ketika itu wang sudah saya genggam ditangan. akhirnya saya terus pulang tanpa bersedekah.

keesokan harinya mak saya cakap nak makan mutabak dan kebetulan mak saya demam, saya memang kena tunaikan permintaan tu walaupun saya tahu saya dah kehabisan wang. dalam kepala saya dah mencongak-congak untuk keluarkan duit yang saya sorok dalam beg duit yang saya namakan sebagai duit sorok, duit tu hanya ada RM20 (duit yg akan saya guna masa terdesak). untuk pengetahuan semua, saya memang menjalankan bisnes kecilan iaitu jual tudung yang saya ambil tanpa modal, maknanya bila customer dh bayar duit tudung tu baru saya akan bayar kepada pembekal. saya ada satu tabiat buruk cthnya kalau customer dah bayar awal duit tu saya akan guna dulu untuk beli keperluan saya dan saya akan ganti balik bila dah dapat gaji. tapi hari ni saya perlu hantar tudung tu balik kepada pembekal, jadi saya fikir takkan nak hantar mcm tu je tanpa bayar even sikit pun duit. saya tekad untuk keluarkan duit yang saya ada dari bank, dan dalam akaun bank saya tinggal rm4 je. saya tak kisah walaupun dalam akaun bank hanya berbaki RM4 dan ditangan beg duit ada Rm20, sebab saya jenis orang yang selagi tak selesai hutang memang takkan senang duduk, sentiasa fikirkan hutang tu.

kemudiannya saya beli murtabak untuk mak saya dan saya bayar semua hutang tudung tu dan saya lega. dalam masa yang sama saya fikir macamna nak teruskan hidup dengan duit takde dan gaji pun minggu depan baru dapat. saya cuma terus beristigfar dan fikir positif bahawa Allah akan tolong saya sebab saya nak menggembirakan hati mak saya dan menyelesaikan hutang tu. tiba-tiba saya menyesal sebab tak jadi bersedekah pada hari sebelumnya.

saya balik kerumah dalam keadaan risau dan tiba-tiba abang long saya bagitau yang kawan dia dah bayar duit untuk kerja yang saya tolog diorang buat (saya ada buat side income lain). dalam hati saya rasa macam nak menjerit dan Allahuakbar, saya tak sangka niat saya untuk bersedekah pada orang tu Allah dengar sb Allah maha mengetahui kan niat kita walaupun saya tak jadi sedekah dan saya anggap pulangan duit tu jgk sebab saya tunaikan permintaan mak saya dan saya selesaikan hutang tu. Allah gandakan lagi apa yg sy ada.

Alhamdulillah, saya rasa duit yg abang long saya bagi cukup untuk saya teruskan hidup hingga dapat gaji bulan ni.

cerita ni memang tak menarik, tapi bagi saya amat bermakna lagi-lagi selepas saya baca confession mengenai Allah tolong saya.

~ANI

– ani

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit