Niat dan Rezeki

Niat dan Rezeki

Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab siarkan tulisan ni. Ini bukanlah confession sebenenarnya,tapi lebih kepada perkongsian untuk diambil iktibar.

Nama aku Diana. Aku pernah hantar satu tulisan kat sini dulu tajuk “belajar tinggi tapi berhutang”. Kali ni, aku nak berkongsi tentang rezeki. Macam cliche je tajuk nya tapi ini yang aku alami.

Sebelum ni aku berkongsi yang aku bekerja di sebuah pasaraya dengan basic RM2000, kerja long hours sebelas jam, susah cuti, off day once a week only dan kekadang off day freeze for certain reasons, kerja on public holiday without double pay but replacement leave and penat gilaaaa. (so thats the summary of my previous job hehe).

Kerana tempat kerja yang terlalu stress, takda masa untuk family dan diri sendiri, hampir setiap hari aku pergi kerja dalam keadaan hati yang tak redha. Setiap kali aku tengok customer yang ramai aku rasa tertekan dan rasa nak give up dengan kerja tu. Tapi aku teruskan jugak sebab aku apply tempat tempat lain semua rejected.

Sepanjang aku bekerja, walaupun gaji aku banyak, walaupun aku tak lokek dengan mak ayah, walaupun aku berzakat, tapi rezeki aku, aku rasakan sempit. Bila aku beli sesuatu walaupun hanya sehelai tudung, aku rasakan yang duit aku banyak menyusut. Belum tengah bulan lagi aku dah separa kering. Teruk kan? Tu bukannya ada kereta, bukan ada hutang pun melainkan ptptpuu tu pun seratus je kena bayar bulan-bulan. Makan mak tanggung, pegi kerja abah hantar, sewa api air wifi astro semua tak payah bayar. Tapi kenapa aku rasa seolah-olah terbeban?

Sepanjang tempoh itu juga, aku rasakan hubungan dengan kawan-kawan macam tak berapa best. Bukan gaduh, tapi macam tak begitu rapat. Aku rasa alone. Aku tak suka boss, boss pun macam tak suka aku haha. Aku mencari-cari mana puncanya dan apa silapnya. Bila aku cari cari, baru aku tahu, puncanya adalah aku tak ikhlas bekerja mencari rezeki dan AKU TAK NIATKAN KERJA TU IBADAH KERANA ALLAH! Astaghfirullah.

Bukan tu saja, solat pun lintang pukang. Kerja long hours sebelas jam tu tak temasuk waktu solat eh. Aku ulang, TAK TERMASUK WAKTU SOLAT. Korang bayangkanlah kalau kau solat 15 minit, kau kena cover hours. Tapi 15 minit tu untuk satu waktu. Takkan kau solat satu waktu je kan? Biasanya setengah jam untuk waktu Zuhur dan maghrib atau Asar dan Maghrib. Heh, majikan claim pasaraya dia pasaraya Islam, Muslim. Tapi? Fikirlah sendiri. Jadinya, bila waktu solat, aku kena terkejar kejar sebab surau untuk staff tu berada di bahagian luar so thats mean kau nak solat kena thumbprint security pun nampak kau keluar solat kalau tak thumbprint kena warning letter bla bla blaaaa. Dari kaunter nak ke surau tu je dah berapa minit. Nak naik tangga sampai surau lagi. Tak macam usain bolt dah aku berlari. Apa kau dapat kalau kau solat terkejar kejar? Pasal cover hours tu aku tak heran lagi, tapi bila customer tengah ramai gila, dan kau lambat sikit nama kau kena diumumkan ala ala vip suruh kau balik cepat? Hmm.. Panjang pulak bebel hal solat ni. So gitulah, dapat bayangkan tak?

Lama kelamaan, aku terfikir, aku tak boleh terus hidup macam ni, aku bukan nak kerja situ 2-3 bulan. Mungkin amek masa 3-4 tahun sampai aku stable atau dapat kerja lain. Jadi aku nekad nak ubah mentaliti aku. Setiap hari aku gi kerja tu aku niatkan ibadah semata kerana Allah dengan doa supaya hati aku tenang. Aku yang selama ni kurang bersyukur aku cuba jugak untuk suburkan rasa kesyukuran sebab Allah bagi aku merasa kerja gaji banyak (bagi aku la) sementara kawan kawan aku yang lain semua unemployed dan sedang menganggur. Aku baiki solat aku di rumah. Bila di tempat kerja aku jaga sebaik mungkin kerana waktu solat itulah waktu aku rehat, waktu aku nak bertemu Allah, dan aku minta Ya Allah mudahkanlah urusan kerja aku Ya Allah.

Aku kurangkan jugak aktiviti aktiviti jahiliyyah aku seperti mengumpat mencarut customer, boss dan kawan kawan. Aku belajar bersabar dan bertenang. Aku banyakkam senyum, aku bina hubungan baik dengan semua orang, termasuk yang bukan satu department dengan aku.

Agak lama gak la aku nak sesuaikan diri dengan perubahan tu. Tambah pula persekitaran yang tak begitu menyokong, ada kalanya aku terbabas jugak dan adakala hati aku rasa macam aku ni plastic hipokrit dan sebagainya.

Tapi lama kelamaan, aku mula boleh adapt dengan keadaan tu walaupun tak sepenuhnya. Dan Allah tunjuk satu persatu balasannya atas usaha yang sikit tu.

Aku mula rasa rezeki aku makin lapang. Mula mula aku tak perasan, tapi sampai satu hari tu, aku dah belanja banyak untuk rumah, adik adik, siap bagi pinjam sana sini, tapi aku tengok balance dalam akaun aku masih banyak. Hujung bulan masih boleh belanja lagi. Dan ada simpanan lagi. Alhamdulillah. Mungkin kerana aku ubah niat pada mulanya? Dan aku mula rapat dan baik dengan boss, kawan kawan, dan staf staf lain. Hilang dah perasaan alone tu semua. Paling terkesan bila aku tak buat dah aktiviti aktivit jahiliyyah aku. Walaupun kadang kadang terbabas, tapi akhirnya benda jahat tu kurang sikit demi sikit.

Dan yang paling membahagiakan aku, bila Allah bukak rezeki untuk aku, aku dapat tawaran mengajar di sekolah. Walaupun starting dia kecik sebab ni sekolah agama yang private, tapi Allah beri aku kelapangan masa, rehat yang cukup dan sahabat sahabat yang soleh.

Kesimpulannya, setiap yang kita lakukan, bilamana ia diniatkan kerana Allah semata mata, inshaallah Allah akan bukak jalan untuk kita. Termasuklah bila kita usaha perbaiki kelemahan dalam diri dari sudut ibadah dan sebagainya. Aku percaya walaupun manusia ni tak sempurna, tapi kita kena usaha juga perbaiki setiap kelemahan. Dan aku percaya ada orang amalnya lebih hebat dari aku. Dan Allah boleh beri lebih pada dia. Kuncinya, syukur, doa dan keikhlasan tu yang penting. Hidup ini tak lama. Beramal lah selagi hayat dikandung badan. Okey itu saja. Terima kasih sudi baca!

– Diana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit