Nur dan Raya

Nur dan Raya

Salam Ramadhan pecutan akhir. Mesti semua lepas tarawikh sibuk mengemas rumah dan buat kuih kan. Salam perkenalan. Aku perkenalkan diri sebagai Kak Kelip Kelip sebab aku tengah rilek rilek depan rumah aku tengok lampu kelip kelip.

Aku tergerak hati nak confess ni sebab tiba tiba teringat kisah hidup lama sambil tengok Nur tadi. Aku ada nampak banyak status FB or Twider (twitter) marah Ustaz Adam, sampai cakap eh tak logik lah cerita pengarah ni. Guys, tiada yang mustahil dalam hidup ni tau.

Ada dulu aku teringat mak aku waktu bulan Ramadhan, selalu ja duduk di kerusi depan rumah tunggu ayah aku balik hari hari. Sebagai budak kecik, kami main macam biasa ja mainan dalam rumah. Sesekali aku mengerling jugak mak kat luar rumah tu menunggu penuh harapan. Maybe bagi aku waktu kecik, ayah tak de kat rumah lagi aman dari ada.

Then teringat hari hari raya yang lain, disebalik sliding door, kami anak beranak kecuali ayah duduk diam diam ja orang di luar beraya dengan baju raya baru. Ada sekali tu 5 tahun baru ada baju raya.

Jangan terkejut dan pelik, both mak dan ayah kerja kerajaan. Macam mana susah sangat ya? Sebab semua makan pakai mak yang tanggung. Ayah jaga diri sendiri ja. Takpe, kami semua dah maafkan ayah. Moga ayah tenang di sana.

Alhamdulillah sekarang ni, walau tak mewah tapi rezeki sentiasa ada. Susah macam mana pun aku tetap belikan baju raya mak dan adik adik. Kuih tak banyak tapi ada. Perayaan ala kadar tapi tiada ketakutan macam dulu dah.

Cinta ni bukan sekadar nak jaga maruah dan nama baik depan orang ramai tapi cinta ni jaga hati dan perasaan orang yang kita sayang tanpa peduli orang lain. Pengorbanan sebenarnya mengutamakan kekasih kekasih walau diri sendiri sakit dan susah dan tak semestinya orang lain tahu. Salam ramadhan semua. Malam ni malam refleksi diri aku dengan penuh rasa syukur apa yang aku ada sambil aku berdoa moga Allah makbulkan doa keluarga kami dengan tangisan anak kecil satu hari nanti. Amin. Alhamdulillah syukur dan bahagia segala yang ada sekarang ni dan yakin akan ada lebih lagi rezeki akan datang

– Kak Kelip Kelip

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit