Orang Depression Mengada-ngada

“Mengada ngada je depression. Wei, kau boleh pergi exercise tak? ”

Ayat tersebut pernah di berikan kepada saya. Saya tahu dan saya akui, senaman merupakan salah satu cara atay langkah dan usaha dalam penyembuhan penyakit depression. Namun bagi saya, ianya memerlukan langkah demi langkah. Terus menyuruh pesakit untuk terus bersenam adalah tidak wajar.

Ianya seolah olah menyuruh orang yang baru kematian orang tersayang untuk terus senyum dan gembira. Ianya seperti menyuruh orang yang sedang migrain untuk terus bangun dan bekerja. Ianya seperti menyuruh orang yanh sedang lumpuh kaki untuk terus bangun dan berlari.

Ini hanyalah pendapat peribadi saya sebagai salah seorang pesakit “Major Depressive Disorder” with anxiety element. Ayat tersebut diberikan kepada saya semasa saya dalam keadaan sering menggigil. Kaki saya menggigil tidak bertenaga. Badan saya sangat lemah dan tidak berupaya. Otak saya sangat berat. Saya tidak mampu berfikir secara normal. Saya rasa badan saya sangat berat, seperti sekiranya saya baring, saya rasa seperti terbenam dalam tanah. Saya tak cukup nafas. Saya rasa sangat cemas dalam segala hal. Saya memandu secara berbahaya.

Pola tidur saya berubah. Saya sentiasa tidur sepanjang hari. Otak saya tak dapat berfikir dengan baik. Saya sentiasa menangis siang dan malam. Saya rasa diri sangat tidak berguna, menyusahkan orang. Saya asingkan diri dari masyarakat. Saya jadi sangat takut dengan semua orang. Saya rasa ingin membunuh diri setiap hari. Saya dapat lihat dengan jelas perancangan saya untuk membunuh diri.

Saya menerima kecaman daripada rakan rakan yang saya rapat. Mereka mengatakan saya sengaja buat buat depress. Mereka kata saya sendiri yang nak depress. Mereka kata, “dah besar pandai pandai fikir sendiri”. Mereka nampak saya semakin diam, saya semakin menjauhkan diri, saya sentiasa tidur di rumah dan di tempat kerja. Bila saya menjauhkan diri dan tidak bercakap, mereka juga menjauhkan diri dan tidak bercakap dengan saya. Mereka tidak mahu deal lagi dengan drama saya, mereka memutuskan untuk menyuruh saya mencari tempat tinggal lain. Mereka semua buang saya.

Keadaaan menjadi bertambah teruk. Saya rasa sangat sangat tidak berguna. Saya pernah tidur dengan pisau. Saya kelar kelar tangan saya secara sembunyi. Tiada siapa pun tahu tangan saya penuh kesan kelar. Seksanya rasa ingin bunuh diri setiap hari. Otak saya jadi blank, langsung tak dapat fikir apa apa, tak dapat rasa apa apa.

Berbulan bulan saya hidup macam zombi. Saya hidup jauh dari keluarga. Tiada siapa yang boleh bantu saya. Saya hidup seorang, hari hari berperang dengan pemikiran sendiri. Penatnya saya rasa. Saya rasa macam nak gila. Saya rasa tak ada apa yg boleh dibuat, tak ada harapan, rasa tak perlu pun hidup lagi.

Saya tidak tinggal solat. Saya jaga solat saya. Saya doa siang dan malam supaya Allah bantu saya. Saya menangis nangis time solat minta tolong Allah. Kerana agamalah saya tetap gagahkan diri tidak membunuh diri. Namun saya tidak mampu berhenti daripada berfikir untuk membunuh diri.

Saya pernah baca mengenai tokoh ilmuan Islam yang mengkaji ilmu psikologi termasuk mengenai penyakit depresi, anxiety serta personality disorder. Saya baca bahawa hospital psikiatri pertama didunia ditubuhkan oleh tokoh Islam. Saya baca yang pesakit ini perlu mendapatkan rawatan daripada golongan profesional.

Prayer can be supplements but those who suffer from mental illness still need to seek professional help. Ianya suatu penyakit, maka pesakit deserve untuk dapat rawatan doktor.

Akhirnya saya mencari pertolongan daripada doktor. Saya memberitahu setiap simtom yang saya alami. Doktor memberi surat rujukan psikiatri kepada saya. Saya dirujuk kepada seorang Doktor Pakar Psikiatri.

Kini saya dalam rawatan. Menerima ubat ubatan bagi membantu saya. Doktor memberi kata kata positif. Doktor memberi kata kata semangat.

Saya makan ubat tiap tiap hari. Saya rasa ada harapan untuk sembuh. Saya mula rasa ingin hidup semula. Saya mula rasa ada tenaga untuk bersenam. Saya belum sembuh sepenuhnya. Suicidal thought masih menghantui saya. Rasa tidak berguna masih ada. Cuma sekarang saya semakin tenang dalam perbuatan. Saya sudah boleh memandu dengan tenang. Saya semakin kurang rasa cemas.

Saya merayu sangat, supaya anda tidak memperlekehkan rakan rakan atau orang yang menghidap penyakit ini. Jangan kecam kami. Tolonglah kami. Kurangkan beri nasihat kerana nasihat anda selalunya nasihag yanh salah dan tidak sesuai dengan pesakit ini. Jadilah pendengar yang baik. Never dismiss our problem. Mungkin bagi kamu ianya hanya masalah kecil, hanya perlu think positif. No. Ianya tidak semudah yang anda sangka. Berilah sokongan kepada kami.

Bantu lah kami.

Depression adalah suatu penyakit. Penyakit ini memerlukan rawatan yang sewajarnya. Dapatkan bantuan profesional bagi rawatan.

– Pesakit MDD

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit