Orang Gaji Sebenar

Orang Gaji Sebenar

Assalamualaikum wbt
Firstly, terima kasih kpd admin andai perkongsian ini di approved. Moga mungkin ada manfaatnya bersama.

Aku xnak maklum siapa spesifik aku sebenarnya. Either lelaki atau perempuan. Either anak atau menantu. Topik yang aku nak pembaca faham adalah, kita anak2 tanpa sedar buat mak kita macam orang gaji kita. Apa yang aku nak sampaikan, especially hal2 rumah la of course.

Pertama, bab2 dapur. Kita lepas makan minum, basuhlah pinggan mangkuk gelas (segala bekas makanan) kita sendiri. Xperlulah lepas makan, letak pinggan plus segala sisa makanan (bahkan makan xreti nak habiskan betul2, membazir tau x) kita just letak dalam sinki. Ingat sinki tu boleh basuhkan untuk kau ke. Yg sudahnya mak kau jugakla yang kena basuh. Sbb mak kau je yang sayang dapur dia.

Ni cawan lepas minum, letak je atas meja. Ingat meja tu berjalan ke tolong letak kat sinki. Sudahnya mak kau jugak tolong angkat letak sinki pastu basuh. Kau x kesian ke kat mak kau.

Ah, peduli apa kau anak lelaki ke anak perempuan ke, penat balik sekolah ke, penat balik main ke, penat balik keje ke. Kau kena ingat. Tu mak kau. Syurga kau ada pada dia.

Kalau kau anak perempuan yang dah kahwin, kau tetap kena jalankan peranan kau sebagai anak. Xpayah nak excuse sgt. Kalau anak lelaki, kau dah babitkan isteri kau nak kena hadap plak semua tu. Isteri kau penat layan kau, bila balik rumah mak kau pastu kau suruh dia tolong mak kau. Habis tu kau anak mak kau, kau x reti tolong sendiri ke. Kau hidup dengan mak kau sejak dalam perut kot. Kesian kat bini kau. Kurang2kan lah beban wanita bernama ibu dan isteri.

Kalau xreti kemas meja yang makanan tumpah2 tu xpe lah. Xreti sapu lantai ke xpelah. Yang penting, didiklah tangan dan kaki tu pergi basuh pinggan cawan masing2. Skop aku bagi, basuh pinggan cawan je, aku xsentuh pun bab buang sampah ke, basuh baju ke ape. Benda simple pun xkan xde common sense. Aku ulang, mak kau bukan orang gaji kau.

Bab kedua, keadaan rumah selain dapur especially ruang tamu. Dah tau bersepah dengan newspaper ke baju pakai ke ape ke. Tolong lah kemas. Takkan nak mak kau jugak buat. Kau ade tangan kan. Ade kaki. Apa salahnya tolong. Sapu sampah ke. Takkan benda basic camni pun aku nak terangkan.

Kalau ade adik2 kecil yang suka main bersepah, apa salahnya tolong kemas, nak cerdik lagi, ajar adik2 tu kemas sendiri. Ni yang terbongkok2 kemas, mak kau jugak. Kau? Hadap smartphone kau je. Yang lelaki suka main game, yang perempuan suka gosip kat whatsapp, insta, wechat, facebook. Sibuk tahu hal artis hal orang. Hal dalam rumah mak bapak kau sendiri x ambil tahu plak.

Aku ulang, xkira la kau anak lelaki ke anak perempuan ke. Anak mak kau ke menantu mak laki bini kau ke. Beringat sikit kenapa kau hidup dalam dunia ni. Agaknya kalau mak xde, rumah x berupa rumah dah kot.

Gaiss, benda basic camni, xyah tunggu masuk asrama ke, tunggu kahwin ke, baru nak berubah. Kau ubahla diri kau sebelum kau sibuk tegur orang lain. Tu mak kau. Kau x sedar sebenarnya kau dah treat dia macam orang gaji. Mentang2 dia mak kau, kau rasa selesa. Nak malas pun kau selesa, kena marah kena bebel pun kau selesa. Kau xtahu masa dia mengandungkan kau dulu kau ingat dia selesa sangat ke dengan morning sickness, sakit pinggang bagai. Beringat sikit. Kita ni sebagai anak, jangan lupa tanggungjawab kita. Mak kita tu wey. Hargai selagi masih ada.

Wallahualam.

– DZ

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments