Orang Gila Ke Neraka

Orang Gila Ke Neraka

Assalamualaikum. Nama aku adalah salah satu nama syurga. Aku berumur 30 tahun dan sudah berkahwin hampir 6 tahun. Tiada anak. Aku juga merupakan seorang pesakit mental sejak dari kecil lagi. Tapi disahkan oleh doktor pada usia aku 22 tahun. Senang kata kalau ikut mentaliti masyarakat kita, aku adalah orang gila. Sedih. Perit. Serabut. Marah. Geram. Benci. Semua rasa ini adalah rasa sebati dalam hidup aku hari-hari.

Aku ada anxiety disorder dengan panic attack dan bipolar disorder. Ubat aku Escitalopram, Quetiapine, Bromazepam, Zolpidem dan Propranolol. Tiap-tiap hari aku makan pagi dan malam untuk terus rasa yang aku masih hidup. Tapi aku selalu fikir sampai bila aku kena makan ubat ni. Orang-orang sekeliling akan selalu pesan, aku jauh dengan Tuhan, sebab tu aku kena macam ni. Ya, aku memang pendosa dan aku memang jahat. Tapi jangan salahkan iman aku sebab aku sakit macam ni.

Aku seorang suami tapi aku dengan isteri tak pernah duduk sekali. Ktorg tak dikurniakan anak lagi. Sedih dan sunyi juga kehidupan kami. Isteri aku tersangat baik. Memang tersangat solehah. Mak ayah dan keluarga aku sayang sangat kt dia. Bagi dorg, dia anak kandung. Aku menantu. Tapi aku bersyukur sangat sebab mereka terima dia dengan ikhlas. Bagi keluarga sebelah isteri aku pulak, amat berbeza layanan mereka terhadap aku.

Isteri aku ni fragile sangat. Terlalu manja dan bergantung kepada seseorang. Kuat mengeluh dan setiap kata-kata dari dia aku sangat rasa sebagai sarcasm. Orang akan cakap yang inilah ciri-ciri seorang wanita dan isteri tapi keaadan dia menyebabkan aku rimas sebab aku tak terdaya nak layan. Aku lemah. Dia lemah. Macam mana rumah tangga kami. Hari-hari aku fikir benda ni sampai aku tak mampu jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik. Jahatkan aku?

Aku tinggal dengan kawan baik aku yang baru bercerai. At first, aku anggap dia boleh jadi teman aku bila aku sunyi dan aku boleh jadi teman dia bila dia sunyi. Aku dah anggap dia macam abang aku. So, aku cerita semua benda pasal sakit aku dekat dia. Tapi bukan semua orang boleh faham apa aku rasa. Ktorg selalu juga bertekak dan berbalah. Dan semuanya akan salah aku. Aku pentingkan diri. Aku tak terbuka. Aku terlampau memaksa. Aku menyibuk dalam segala hal. Aku memang tak sempurna. Jahatkan aku?

Mak ayah aku pula letak harapan yang tinggi kat aku. Aku anak lelaki sulung. Aku ada 5 kakak atas aku. Masa zaman kanak-kanak, aku selalu doa supaya Allah kurniakan aku seorang abang. Tapi percaturan Allah hebat. Aku dapat dua adik lelaki yang istimewa. Mungkin Allah nak ajar aku supaya jadi seorang abang yang baik instead of aku dapat seorang abang yang baik. Btw, bila dah ada 5 orang kakak atas kau, orang akan judge kau yang kau lembut. Ye, aku memang kaki bangku dan lembut tapi aku bukan transgender. Aku sanggup korbankan minat aku jadi lawyer sebab aku nak masuk bidang engineering supaya aku boleh jadi keras. Haha. Then, salah satu reason aku kahwin awal adalah untuk menidakkan kt orang yang aku lembut. Sebab kalau kau lembut, orang akan cakap kau gay/homoseksual. Even wife aku sendiri pernah anggap aku macam ni. Ayah aku pernah gelarkan aku pondan. Sedih kan? Dah tak larat dah nak rasa sedih. Tapi bukan salah beliau pun. Apa-apa memang akan tetap jadi salah aku. Jahatkan aku?

Adik beradik aku yang lain pula selalu salahkan aku sebab cara aku layan isteri aku tak macam layanan dorg dapat dari abang-abang ipar aku. Aku pun tak tahu nak buat macam mana. Perlukah aku berkepit 24jam? Aku ada ramai anak buah, dan diorang teramat manja dengan aku. Bila aku spend time dengan anak buah aku, wife aku akan terasa dan akan mengadu kat kakak-kakak aku. Aku juga yang kena. Bila aku manjakan adik-adik istimewa aku, wife aku akan merajuk sebab katanya tak dapat layanan yang sama. Then, mak ayah aku akan sekolahkan aku mengenai tatacara menjadi suami yang baik. Again, aku memang gagal jadi suami, anak, adik yang baik untuk mereka semua. Jahatkan aku?

Aku dah tak tahu nak cerita kat siapa. Sebab bagi aku, semua takkan faham apa aku rasa. Orang yang aku rasa akan faham aku pun dah mula benci aku. Maaf sangat2 abang housemate aku. Aku dah buat pelbagai cara untuk gembirakan kau tapi aku dah mula sedar akulah penyebab kekusutan kau. Sama juga untuk isteri aku. Aku tak pernah sekali pun bahagiakan dia. Dia impikan perkahwinan macam kawan-kawan dia. Punya anak dan suami untuk bermanja mesra. Tapi apa aku bagi sekadar satu pengajaran agar dia bersedia bila aku tiada. Buat mak ayah aku, maaf punya anak macam aku. Mereka impikan anak lelaki yang gagah perkasa tapi aku hanyalah seorang yang lemah kudrat.

Dalam tiap-tiap doa aku, aku merayu pada Tuhan untuk bukakan hati orang-orang yang aku sayang. Aku sangat-sangat berharap agar mereka buka hati mereka untuk rasa yang aku ini masih hidup kerana hari-hari yang aku lalui, aku tetap merasa hidup aku tidak bermakna. Bila mereka benarkan jiwa mereka rasa ini, aku akan ada kekuatan yang aku perlu terus bangun untuk mereka.

Bagi aku, aku sekadar seorang gila yang bakal ke neraka. Kerana hidup aku penuh dengan dosa menyusahkan orang lain. Wujud aku sekadar untuk menyusahkan. Aku bukan seorangyang istiqamah solat malam malah aku liat bangun subuh. Bukan sahaja Tuhan benci aku. Seisi manusia akan pandang aku sebagai pendosa sejati dan punca segala kesalahan. Aku dah biasa rasa ini. Sebati. Sebab aku seorang gila yang bakal ke neraka.

– Syurga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments