Owner Rumah Psiko

Salam, thanks admin siarkan confession ni.. Tujuan aku tulis ni just nak bagi peringatan kat penyewa2 especially perempuan. Selalu kita dengar penyewa buat hal kan..tapi kali ni owner yang buat hal..

Aku A, perempuan,umur 2+ dan masih bujang (bukan nak iklan jodoh haha) dapat arahan utk berpindah office starting jan 2018. Sebelum ni office aku kt shah alam. So start dec 17 aku mula cari bilik sewa yg dekat dgn public transport memandangkan office aku dekat bandar KL. Aku ada bad experience 2x stay umah sewa (tak perlu aku spesifickn kt sini) n kali ni aku betol2 cari bilik yg selesa, nonsharing, rumah x crowded.

Dalam tengah bulan dec aku jumpa 1 post psal bilik sewa. Aku tak ingat aku tengok kt fb, ibilik or mudah. Iklan dari ejen rumah. Bukan owner. Aku contact ejen utk urusan details rumah. Aku puas hati n deal utk masuk rumah by end of dec 17.

Cerita pasal owner psiko ni mula bila aku deal utk ambil kunci rumah sbb aku nk masok kn barang2. Kebetulan hari jumaat (29/12) aku ke KL utk set up barang2 ofis. So aku decide nak ambil kunci rumah sewa tu. Malangnya ejen x da time tu so dia bg no owner utk deal pasal kunci. Deal dgn owner lepas office hour aku akan jumpa dia kt rumah tu. Aku p sorg je time ni..(aku mmg spesis yg berani nk.buat apa2 sorg2). Time ni pn aku dh start pelik dgn owner ni. Tp aku sedapkan hati je sbb owner ni mcm sembang hebat gila pasai diri dia, harta dia, bisnes dia (Aku syak dia ni join bisnes MLM hahaha) sbb byk kali dia mention pasal client dia bagai. So aku hati2 takot dia ajak aku join bisnes dia sbb dia dh bagi hint. Settle jumpa owner, tengok rumah n ambil kunci. Dia pesan kat aku nak antar barang nnt gtau dia so dia bole dtg skali. (Sekali lg pelik sbb time ws nk ambil kunci dia dh bebel2 ckp dia dh serah pd ejen tp kena jumpa aku utk tnjuk rumah, bg kunci). Aku just mention weekend (30 or 31/12) aku akan masok kn barang. Kesalahan pertama aku kt sini (sah kena kecam jap g hahaha) terima pelawaan dia nak tumpangkan aku balik tp separuh jalan ja..aku tipu dia ckp akak aku dh tggu kt area tu. Malam ni aku dh settle bayar deposit+ sewa bulan jan.

31/12 aku dgn 2 org lg kawan aku pindah barang ke KL. Aku tak gtau owner nk masok barang sbb aku dah rasa dia pelik n aku kena hati2..Sampai blok tu aku tengok kereta owner ada kat bawah. Aku dah berharap yg bukan owner tu ada kt rumah sewa tu. Lucky me owner x da kt rumah tu. So aku pindah barang2. Nak balik terjumpa dgn jiran sebelah rumah. Level atok2 dah. So borak2 psal penyewa lain kt situ. Kebanyakan yg sewa situ melayu, family, student n bujang kerja. So aku tambah yakin skit aku nk stay situ sorg2. (Awal2 ejen ckp ada 2 org lg penyewa akan masok skali aku, tp hri ambil kunci owner ckp 2 org tu tak jadi masok. Rumah ni baru nk disewakan balik lepas renovate)

Disebabkan ada hal office yg x settle lg kt shah alam so aku decide tak stay kt KL lg. Aku akan stay KL hr selasa (2/1) malam. Aku inform ejen pasal ni sbb aku still x sign agreement even dh bayar sewa n ambil kunci n remind ejen few things yg dia dh ckp nk sedia tp dlm rumah still x da brang2 tu.

Around pkul 9pm aku dpt ws dr owner wish happy new year n hope aku selesa kt rumah tu. Aku reply ws ni utk ckp tq, wish new yr kt dia jgak. Pkul 1130pm owner ni ws aku lg tnya ada mna n ajak aku hang out utk celebrate new year. Aku x reply pn ws yg ni. Tapi ws ni lg buat aku pikir pelik psal owner ni. Aku cerita kt member2, n akak aku pasal ni. So masing2 suruh aku hati2.

Selasa malam aku balik rumah KL. Settle kemas2 brang skit aku pn ready la nk tido tp aku ni jenis susah nk tido kalau berubah tempat. Plus KL bising gila wey malam2..huhuui..dah tu kipas bilik plak dok berbunyi krek3..geram je aku dgn kipas tu.

Tetiba kipas tu mati, plus fon aku stop charging. Aku dah pikir blackout ke umah ni. So aku bukak tingkap skit intai umah2 lain. Ada yg gelap ada yg berlampu (tp lampu kuning so aku pkir tu cahaya lilin). Tak sampai seminit lepas tu dpt call dr owner. Aku x jawab sbb aku pikir mesti dia nak inform pasal blackout. Lgpn dh 1250 mlm time tu. 3x call aku tak jawab, owner tu ws tanya aku ke dalam rumah. Katanya ada pencuri masok rumah dia n pencuri tu dalam bilik aku n dia nak tangkap pencuri tu. Aku dh geram apa hal plak owner ni. Aku reply cakap aku yg dlm rumah tu, bukan pencuri ke apa. Elok je bluetick ws aku tu, pintu bilik aku kena ketuk dr luar (aku jenis tido kunci pintu bilik even kt kmpg aku pn aku practise mcm ni). Rupa nya owner tu dh ada dalam rumah tp disebabkan pintu bilik aku je ada kunci so dia x bole buka dr luar. Aku dh cuak time ni. Dia suruh aku buka pintu, nk make sure itu aku, bukan pencuri. Gila apa nk sruh aku buka pintu. Aku cakap dr dalam je itu aku nk make sure apa lg. Owner ni x puas hati suruh aku buka pintu jgak. Aku bg option sruh dia tggu luar rumah nnt aku keluar. Dia x nak. Dh nak brgegar pintu aku rasa dia ketuk. Buat bising lg.

Aku tengok siap2 dalam bilik aku ada apa yg bole guna in case kalau owner tu buat hal. Gunting, pisau, besi gantung.baju. n kebetulan aku still dengar org2 kt blok tu x tido lg (kt bawah ada kedai minum). Kt sebelah rumah aku ada tangga n aku still yakin ada org kt situ sbb dr awal aku dgr dia borak kt fon. So aku buka pintu bilik. Terus owner tu masok bilik aku tp aku keluar ke pintu depan, buka smua pintu tp tak sempat nk buka kunci grill. Dia ajak discuss psal aku masuk rumah tak inform dia. Aku cakap aku x nak discuss apa2 dalam rumah, dalam gelap mcm tu. Dia still ckp x payah buka pintu nanti org salam paham. Aku balas dlm gelap, pintu kunci ni lg org salam paham nanti. Dan2 tu jugak dia on suis utama. So baru la aku tau tak blackout pn sebanar tp owner yg off suis letrik. Dia still dgn ayat dia knp masuk x inform. Ejen x inform dia aku masok rumah. Aku tunjuk bukti ws aku dh gtau ejen. Kunci pn aku ambil dr owner. Kat mana plak cakap aku x inform dia.

Aku suruh dia keluar sbb dah malam n aku nak tido. Owner tu diam, aku dh takot time ni. Tak tggu lama aku tegaskan suara cakap tak nak discuss apa2, sruh dia keluar, kunci pintu luar, aku terus masok bilik, kunci pintu. Alhamdulillah tak jd apa2. (Owner ada try nk pegang bahu aku tp aku elak sbb aku takot dia nak calit apa2 hahaha ). Sepanjang malam weyh aku tak tido.

Esoknya aku inform akak aku, ejen n buat cover report polis skali. Ptg tu jugak aku pindah barang, tumpang rumah akak aku. Tp yg aku geramnya owner ni pusing crita lain kt ejen. Dia cakap dia ubah pikiran tak nak sewa kan by bilik. Nak sewa kan 1 unit rumah. So dia nk pulangkn semula duit aku n mintak aku pindah. Sikit pn dia tak cerita kt ejen pasal dia masuk rumah malam tu. So aku conclude owner mmg sngaja nk masok rumah mlm tu sbb kalau betul dia salah paham (mcm yg dia asyik ckp mlm tu) mesti dia gtau ejen skali.

Alhamdulillah, mggu ni dah settle semua. Dapat balik duit, n kunci pn aku dh pulangkan. So girls out there, jaga diri k. Nk sewa rumah cari betol2. Even kadang2 kta dah abis berhati2 dah tp org lain pulak yg masalah. Nak tido kunci pintu bilik, baca almulk, ayat kursi. Aku x cakap semua owner rumah mcm ni. Tp ni experience aku dgn owner yg mcm ni. Assalam.

– Penyewa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit