Owner Rumah Sewa

Owner Rumah Sewa

Assalamualaikum semua
Entry ni sehubungan dengan entry Owner Rumah Sewa Psycho sebelum ni. Saya bukan orang yang sama dengan penulis sebelum ni ya. Cuma apa yang dia alami tu lebih kurang macam yang saya kena sebelum ni. Cerita dia start macam ni

Beberapa tahun yang lepas masa saya masih dalam kursus Degree saya di salah sebuah ipts yang agak famous di shah alam, saya decide untuk berpindah dari rumah sewa yang sebelum ni atas sebab housemate baru yang masuk sangat bising dan mula buat kotor di dapur rumah. Waktu ni saya ada bela ‘sugar glider’ dan berkecimpung dengan orang-orang yang minat dengan pet ni. Salah seorang adalah budak lelaki yang mana saya selalu beli makanan sg dari dia.

Masa tengah borak-borak dengan dia pasal rumah sewa, dia ada informed yang dia ada satu rumah sewa. Dan dia tengah cuba cari penyewa by bilik untuk rumah tu. Since saya pun dah kenal dia, so macam interestedla bila dia offer, lagipun dia ada cakap yang dia akan cari penyewa yang lain dalam masa terdekat. Waktu tu memang tak terlintas langsung nak tanya dia ni duduk mana etc. Long story short, saya setuju untuk duduk situ plus sewa dia berbaloi dengan besar bilik yang ada. Lagipun sementara tunggu penyewa lain masuk seronok jugala dapat duduk sorang kan. Until one day after saya stay dekat situ barulah saya faham kenapa dia tak beria sangat nak sewakan dan iklankan rumah tu.

Ok saya ceritakan sikit budak lelaki ni masih muda. Lingkungan umur lebih kurang macam saya masa tu dalam 20+. Dia ada sewa kedai dalam bangunan yang sama dengan apartment yang saya duduk. No deposit required so siapa yang tak nak kan. Dalam bilik saya ada toilet yang boleh diakses dari luar bilik. So esoknya lepas bangun dari first stay disitu, bukak je pintu terkejut nampak ada lelaki kat ruang tamu. Nasib dia membelakangkan saya, slowly saya bukak balik pintu dan intai kot-kot pencuri ke. Bila tengok betul-betul, eh ni budak yang sewakan rumah ni kat aku. Masa tu memang rasa marah sangatla. Guess what, dia siap tengah buat kerja dia kat hall tu which is packing makanan sg segala. So saya cepat-cepat mandi dan keluar dari situ. Bila dia nampak saya dia boleh rilek tanya “pergi kelas ke?”. I was like weih kau sedar tak kau dah sewakan rumah ni dekat orang.

Balik dari kelas saya tengok dia takde, so kira oklah. Malam tu saya xberani keluar dari bilik sebab takut-takut kalau dia balik rumah dan bertembung ke. Gila kau kalau datang pencegah maksiat ke apa tak pasal-pasal je. Dan benda ni berulang sampaila seminggu saya duduk situ. Setiap hari dia memang akan balik rumah tu, so kira saya memang tak dapat nak guna dapur or duduk dekat ruang tamu. End up rupanya dia hanya nak cari penyewa bilik yang kosong je, while salah satu bilik memang dia letak barang dia. Dan dia akan balik rumah untuk packing barang bisnes dia. Tidur kat situ atau tak saya xpasti dan saya tak ingat berapa lama exactly saya duduk situ sebab benda ni dah lama. Tapi memang tak lamalah kan, dengan kereta kena pecah masa tengah park dekat situ lagi. Last sekali saya keluar dan berulang je dari rumah di cheras ke shah alam setiap hari. Biarlah tak bebas or jauh, asalkan selamat dan dekat dengan family. Sama macam apa previous confessor cakap, kalau nak menyewa please make sure kita ada agreement hitam putih dengan owner, kalau nak sewa sorang-sorang, make sure pintu bilik sentiasa kunci dan kalau boleh sewa dekat area yang tak terlalu sunyi. Punca saya lambat keluar dari rumah tu sebab saya perlu bawa keluar barang seorang diri since dah terlalu kerap pindah rumah sewa family pun malas nak tanya dah haha. Jadi mohon jangan kecam. Alhamdulillah dia tak ada buat apa-apa yang tak elok sepanjang saya duduk disana. Cuma cara dia tu yang salah. Mohon semua diluar sana hati-hati ya bila sewa rumah

– I

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit