Padah Makan Pil Terancang

As salam. Thanks admin jika menyiarkan coretan aku yang tak seberapa ni. Tak ada pun yang menarik. Tapi harap boleh dijadikan pedoman pada orang lain. Aku lahir dari keluarga yang sangat besar. Adik beradik ramai. Semua jarak dekat2. Susah sangat hidup masa tu. Manakala, sepupu sepapat aku, kebanyakkan mereka senang. Tak sama macam kami. Jadi, kami yang susah ni, dihina. Disisihkan. Seolah-olah kami tak wujud. Mereka senang sebab mak ayah mereka tangungan tak ramai.

Kata mak, ipar duai dia semua ambil perancang. Taknak anak ramai kononya. Katanya, kalau anak ramai, susah. Nak makan pun kena catu. Terkesan juga mak dengan kata2 dorang. Seolah-olah sindiran. Mak diam. Kata mak, anak2 tak pernah menyusahkan diri dia dan ayah. Mereka angap, anak ramai ni rezeki. Lama jugak kami hidup susah. Maklum lah, ekonomi makin hari makin gawat. Tapi, makan pakai kami tak pernah mak ayah abaikan. Anak2 mak dengan ayah semua belajar tinggi2. Ayah kerja siang malam untuk kami.

Pekara yang mak ingat sampai sekarang, bila mak dan ayah ke rumah adik beradik untuk meminjam duit, macam2 benda yang mak dengar. Memberi, tapi tak ikhlas. Dijaja nya cerita yang buruk2 sahaja. Aku tahu mak simpan sampai sekarang. Yang paling kami ingat, bila ada majlis sambutan hari jadi atau apa, mereka tak pernah menjemput. Hinanya kami di mata mereka. Kami tak pernah kebulur makanan mereka, tapi kenapa perlu sisihkan kami?

Bila ada kenduri, mereka pasti catukan terus makanan untuk kami. Mereka takot ambil lauk lebih. Hinanya kami. Tapi, tu semua tak pernah mematahkan semangat mak ayah membersarkan kami. Jadi orang berguna. 9 beradik semuanya berjaya. Walaupun ada yang berkeja biasa. Tapi, kami tak pernah menyisihkan mak ayah.

Benar. Janji allah tu pasti. Baik atau buruk, pasti ada pembalasan. Makcik2 aku yang amik pil perancang masa zaman muda, sekarang semuanya ketandusan kasih anak2. Mana tidaknya, semuanya duduk jauh. Yang duduk dekat pun, semuanya susah. Setakat mampu untuk makan diri dan keluarga sahaja. Mulut2 yang dulu selalu menghina kami susah pun dah dapat pembalasan. Benar kata mak, anak ramai ni, rezeki yang allah sembunyikan melalui mereka. Mak tak pernah menyesal melahirkan kami.

Allah hadirkan hujan, namun dia beri pelangi. Dulu, rumah kami hanya berdindingkan kayu usang. Bumbung bocor. Tapi sekarang, berkat kesabaran mak dan ayah membesarkan kami, sebuah rumah banglo berdiri megah di sekeliling rumah makcik2 aku yang mulut macam longkang hasil dari perkongsian anak2. Kata mak, beranak la seramai mungkin jika allah berikan kita rezeki. Sebab, di setiap seorang anak, akan ada rezeki masing2. Jangan takot. Selagi kita percaya yang allah tu ada, rezeki takkan pernah putus. Pesan aku pulak, pada orang2 di luar sana, jangan menghina adik beradik yang susah, kerana kita tidak pernah tahu bila dia akan senang. Amik teladan. Jadikan pengajaran.

– zulaikha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit