Pakai Tudung

Assalamualaikum.

Hai , nama aku Nur Solehah (bukan nama sebenar). Berumur 18 tahun dan sedang menuntut ilmu di sebuah IPT. Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana dari segi material. Keluarga aku juga bukan dari kalangan org yg belajar bidang agama. Tetapi aku tetap bersyukur kerana dilahirkan dlm keluarga yg sederhana dan masih mengamalkan kewajipan dlm agama.Aku tidak mahu menyalahkan sesiapa atas sbb kisah lalu aku. Aku hanya mahu cerita pasal diri aku sahaja.

Sewaktu aku kecil(sekolah rendah) aku adalah seorang yg degil dan mengada ngada. Aku sgt marahkan ibu jika tak dapat apa yg aku hajati. Maklumlah aku adalah anak bongsu ibuku, perlukan prihatian lebih. Aku disekolah sgt teruk. Aku tidak dengar ckp cikgu, bersembang2/bermain main ketika cikgu sedang mengajar, aku seorang yg selekeh, bertepuk tampar dengan lelaki dan byk lagi perangai buruk aku dulu. Kedegilan aku sewaktu kecil dulu menjadikan aku biadap dgn ibu ayah . Hubungan dgn ibu ayah serta adik beradik lain adalah sgt teruk apatah lagi hubungan aku dgn Allah SWT. Ya, aku meninggalkan solat walaupun aku sudah akil baligh waktu tu.

Seingat aku, waktu sekolah agama( sesi petang) sahaja aku solat Asar, waktu lain rasanya tak kot. Rasanya lah. Kalau aku solat pun mungkin dalam keadaan terpaksa dan masih tidak betul solat aku tu.Ibu banyak kali nasihat aku , tapi aku buat tak endah saja. Pernah sekali tu membaca Al Quran bersama ibu dan kakak2 , ibu marah dan betulkan bacaan aku kerana aku tersalah baca. Nak tahu apa aku buat? Aku melenting dan terus masuk bilik. Betapa tabahnya hati ibu aku tu saat membesarkan aku yg serba degil dan malas beribadah.

Masuk je sekolah menengah, aku dimasukkan ke asrama. Perangai lama aku masih ada. Cumanya solat fardhu tu aku full kan waktu kat asrama shj. Haha, kelakar pulak bila teringat balik betapa hipokritnya aku. Aku masih bertepuk tampar dgn budak lelaki( berlapik ye), mencari masalah dgn kawan, kerja sekolah masih tidak lengkap, selalu kena marah dan paling sgt aku kecewa dulu aku suka mengumpat orang. Allahu. Betapa teruknya aku, dengan tinggal solat(if kat rumah) mengumpat org lagi. Keji betul perangai aku dulu. Bukan mengumpat saja, pernah bergaduh kawan satu dorm(haha, betapa kebudak budakkan aku dulu sampai nak gaduh gaduh).

Dulu penampilan aku sgt teruk. . Aku dulu agak gendut sedikit , jadi kalau aku tak jaga kebersihan diri , org akan pandang aku selekeh. Mmg dulu aku selekeh org nya. Aku pernah kena tegur dgn akak senior sbb kebersihan diri aku ni. Haha, teruk kan aku dulu? Bukan setakat selekeh dan menjengkelkan,aku jugak pernah kacau someone(lelaki) sbb aku mmg suka kacau org, haha. Budak tu diam je, buat aku macam tak wujud. Yeah, aku dulu ada geng so tak heranlah kalau aku buat benda2 mengarut macam tu. Dan aku terfikir mungkin aku dulu ada geng sbb perangai aku yg gila2 buatkan geng aku suka kawan dgn aku. Ye kot.

Tapi, perangai aku beransur pulih masa form2. Mungkin disebabkan ada kelas fardhu ain(kelas agama) yg dibuat di asrama. Aku mula mendekatkan diri dgn agama. Waktu tu ada kelas al quran, dan aku sedar aku tak reti sgt baca sbb tak selalu baca. Jadi aku rasa malu sbb kena baca iqra balik, tapi bahagian akhir2 tu je lah . Yg depan2 tu ada lah ulang balik sikit2 sbb ustazah nak test, hehe. Aku mulalah start baca al quran dgn akak dorm aku. Yeah, aku semakin lancar tetapi takdelah sepenuhnya. Aku sudah mula berubah perlahan lahan dari segi solat,pertuturan dan pergaulan antara lelaki dan perempuan serta sesama perempuan.

Akhir tahun 2013(aku form2), aku ada menyertai satu program agama dalam masa seminggu. Dari situlah aku mula mendekatkan lagi diri aku ini tentang hal2 agama yg wajib aku tahu. Di situ lah aku mula melihat akak2 fasi dan abg2 fasi yg mana mereka mereka ini sgt menyejukkan mata apabila dipandang kerana cara pemakaian dorang, cara pertuturan dorang dan tingkah laku dorang sgt mengujakan hati aku. Aku juga makin fhm kepentingan menjaga solat, aurat dan pergaulan lelaki perempuan. Alhamdulillah.

Maka bermulalah kisah tudung labuh aku. Aku start pakai tudung labuh awal tahun 2014. Aku dah memiliki satu tudung labuh warna hitam Aku mula pkai tudung labuh. Bukan setakat labuhnya tudung tapi aurat aku , aku jaga dgn memakai handsock dan stokin apabila keluar berjalan(tak kisah , sama ada dirumah atau disekolah). Malah, solat aku penuhkan dan tidak hiprokit seperti dulu,dirumah atau disekolah sama shj. Mulut busuk aku juga telah aku ubatkan. Tidak lagi mahu mengumpat apatah lagi mendengar umpatan. Pergaulan dgn lelaki pun telah aku bataskan, tiada lagi isu tepuk menampar. Cikgu2 makin ku hormat dan tiada istilah mengumpat/mengutuk cikgu.

Pernah sekali tu aku menyesal sbb tak ambil aliran agama masa form1 tapi aku yakin perancangan Allah itu lagi hebat.Walaupun aku bukan daripada keluarga yg berlatarbelakang kan ustaz dan ustazah, aku tetap bersyukur kerana Allah telah hadirkan org yg baik baik utk membimbing aku. Sebenarnya panjang lagi kisah aku ni, tapi aku cuba ringkasnya.

Pemakaian tudung labuh ini aku cuba istiqamah sampai masuk IPT. Walaupun masih awal utk aku mengenali dunia IPT, aku mengharap Allah bantu aku istiqamah dlm pemakaian ini. Aku ini bukanlah seorang yg sgt baik/alim. Aku ini orgnya biasa biasa shj . Amalan sunat hanya sikit2 shj tetapi aku mengharapkan pemakaian aku ni dpt mendorong aku dlm kebaikan. Pernah seorang ustazah ckp dgn aku,”tudung labuh benteng diri”. Bermaksud dlm pemakaian tudung labuh ini kita dapat bentengkan diri dri gangguan lelaki,InsyaAllah dan sebenarnya mmg tidak dpt dinafikan.

Sepanjang aku bertudung labuh ini, aku sedaya upaya jaga batas dgn lelaki. Tidak manis langsung jika betudung labuh siap berhandsock dan berstokin bagai tapi masih bertepuk tampar dan sembang perkara yg tak berfaedah dgn lelaki ajnabi(lelaki asing). Walaupun aku sedar aku byk kekurangan, tapi aku cuba utk istiqamah dlm pemakaian ini. Kadang kadang aku rasa sedih dan kasihan tengok org lelaki dan perempuan(bukan mahram) duduk bersama sama , bergelak ketawa dan kadang kadang bertepuk tampar. Dan secara tiba tiba aku teringat zaman jahiliyyah aku dulu. Semoga mereka dapat hidayah dri Allah SWT.

Terlalu byk faedah yg kita boleh dapat jika menjaga solat, aurat, pergaulan dgn bukan mahram, menjaga mulut , telinga dan sebagainya. Aku telah melalui fasa hijrah dan telah nampak byk perbezaan antara aku yg dulu dan yg sekarang(bukan aku je, kawan2 yg pernah segeng dgn aku dulu pun ckp macamtu).Permulaan pemakaian tudung labuh aku mesti ramai tak percaya. Yelah, dulu mulut macam longkang , kuat mengata, suka kacau lelaki dsb , dan sekarang tudung labuh dan pendiam.(suka diam bila sekelas dgn lelaki. Tak suka terjerit jerit mengedik/ketawa terbahak bahak/main kejar kejar dengan kawan lelaki. Dulu yelah, sekarang bukan.) Tambahan lagi, aku dah cuba utk tidak memaparkan wajah dimedia sosial. Aku cuba hide kan picture yg kwn aku tagged dan aku private kan gambar aku. Jadi, di akaun media sosial aku tiada gambar aku. Haha, sampai friends pon aku tapis. Mana tak kenal dan tak mahu kenal ,aku unfriend.

Haha, sebenarnya byk lagi kekurangan yg perlu aku baiki, dan org yg diluar yg senasib aku pun sama rasanya…so, janganlah kita selalu judge org dlm pemakaian dia. Byk sebenarnya yg org tu cuba baiki tapi mereka cuba satu satu. Bukan mudah nak tinggalkansemua habits yg tak elok tu.Aku bukan bangga diri dgn pencapaian yg aku telah dpt(penghijrahan) . Aku nak buktikan pada pembaca , yg sekarang teruk tak selamanya teruk. Cuma keputusan terletak pada kita, nak atau taknak berubah je.

Kepada yg tidak lgi rasa nak tutup aurat, jaga pergaulan dgn bukan mahram, suka keji/mengumpat orang, suka ckp benda yg tak berfaedah, suka ketawa terbahak bahak, yg suka mencarut, yg rasa hidup tak tenang , yg rasa kesunyian , dsb aku cadangkan korang check balik solat korang. Kalau ada yg on/off tu silalah full kan, takpe buat perlahan lahan(aku macamtu jugak dulu). Nak bahagia dunia dan akhirat tapi solat letak tepi, macamana?

– Nur Solehah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit