Pandai Masak Tapi Pakai MSG

Pandai Masak Tapi Pakai MSG

Jadi perempuan ni memang kena rajin memasak. Nanti dah kahwin mak mertua tanya, pandai masak tak? Kita jawab tak pandai. Dapat mak mertua okey, xpela. Dapat mak mertua cerewet? Haa tak ke kena bebel hehe.

Macam aku, dari sekolah rendah aku dah start masuk dapur. Belajar goreng nasik, goreng maggi, goreng telur. Itu je la..simple2. Masuk sekolah menengah aku up skill, masak ayam goreng, sup, tomyam pulak. Pastu reka2 makanan tu, makanan ni. Dan yang best semua family aku suka. Abah dan kakak aku adalah peminat setia maggi goreng aku. Pakai perencah maggi la jugak buat rencah goreng, letak ayam akit, lada sulah sikit. Kes tu sedap.

Masuk zaman belajar ngan kerja haa lagi hebat. Ayam masak tiram. Ayam kunyit. Sambal ayam. Ikan asam pedas, nasik ayam. Eh macam2 la. Masa tu raaa hebat gila tak hengat. Bila bakal husband tanya masa tu pandai masak ke x. Harusssssss aku jawab pandai. Bagi je apa pun. Boleh masak.

Tapi…… lepas dah kahwin. Baru aku sedar. Aku ni sebenarnya tak pandai masak. Mana taknya, masak tomyam pakai pes, masak nasik ayam pakai pes, asam pedas pakai pes. Masak apa2 pun aku kena pakai MSG. Yang paling aku favourite adalah Maggi Cukup Rasa. Peh. Takda ni tak hidup dapur aku masa tu. Mula2 aku sembang dengan mak mertua, dia tanya, pandai masak tak. Aku jawab jawapan selamat, taknak berlagak sangat. Aku jawab boleh masak tapi takdela pandai. Haa mak mertua lega la dengar. Satu hari tu tengah memasak dengan mak mertua aku cari laa MSG dalam peti ais mertua. Masa ni aku tinggal rumah mertua. Apa2 jenis MSG la. Tak jumpa.. aku tanya ke mak mertua. Ada tak Cukup Rasa ke, Ajinomoto ke, Knorr Pasti Sedap ke. Mak mertua aku cakap dia tak pernah pakai benda tu. Dia pakai garam gula je. Orang dalam rumah mak mertua aku ni memang tak makan apa segala jenis MSG pun….. mak mertua aku cakap, kalau ada je masakan berMSG dia mesti akan dapat detect and dia akan pening kepala… jeng jeng jeng. Terkedu aku. Kelu lidah berkata2. Aku memang tak pandai perasakan masakan pakai garam gula. Takut gila aku masatu. Dah la aku tengah masak lunch untuk the whole family mertua. Aku masak lauk hidangan utama plak tu. Astaghfirullahalazim. Macam mana aku nak buat ni. Aku pun terpaksa la capai garam gula segala. Ya Allah. Huduh benar rasa masakan aku haritu. Orang makan diam ja. Aku rasa mesti dorang dah cop aku tak reti masak tapi nak tunjuk pandai masak depan mertua. Malunya aku masatu.

Lepas tu, aku google cara seimbangkan masakan dengan garam dan gula. Aku pun experiment kat dapur masa mertua kelas mengaji malam. Pun tak sedap. Last2 aku buang masakan aku. Sejak tu, aku stress gila nak masuk dapur. Bila mertua aku memasak, aku buat2 busykan diri. Aku buat tak paham. Berkurung dalam bilik. Stress kalau aku ingat balik masa tu. Hidup aku dalam pelarian aku rasa. Aku jadi susah hati kalau mak mertua aku memasak. Last2, aku masuk jugak dapur. Aku tolong potong sayur, bawang untuk mertua masak. Tapi paham tak perasaan tu, rasa menyusahkan mertua kena masak untuk aku dan laki aku. Sedangkan anak lelaki dia dah kahwin. Tapi mak jugak masak. Apa guna ada isteri kan. Mak mertua aku pulak jenis, kalau nampak aku potong sayur ke apa ke. Pastu dia akan suruh aku masak apa yang aku potong tu. Makin la berserabut aku nak masuk dapur. Aku takut nak tolong mak mertua aku. Dulu dapur la tempat kegemaran aku. Sekarang? Macan tengok rumah hantu pulak aku rasa.

Adui.. aku tak sangka dah boleh masak macam2 pun still dikira tak pandai masak sebab masak pakai MSG dan pes. Last2 aku come clean ngan mertua aku. Aku selama ni masak kena pakai MSG. Takda tu, masakan aku kelaut. Mak mertua aku paham. Dia tak banyak bunyi. Cuma. Aku rasa tercabar nak improve diri dalam masakan. Aku kumpul kekuatan masuk dapur balik. Aku baca tips2 kat facebook. Google. Aku join group masakan. Aku call mama aku tanya macam mana nak masak itu, masak ini. Aku cuba guys aku cuba. Demi masa depan suami dan anak2 aku.

Sekarang ni Alhamdulillah. Aku dah boleh masak tanpa MSG. Cuba kadang masih kelaut rasa masakan aku. Aku masih mencuba. Ada hari sedap. Ada hari tak sedap. Doakan aku guys.. kalau ada pakar masakan kat sini boleh bagi tips cara seimbangkan rasa pakai gula, garam, asam jawa etc etc tu mohon komen dan bagi pendapat. Hehe. Assalamualaikum.

– Yana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments